CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

iskandar journal

Hari ni aku pergi kerja awal. Ada kursus yang dianjurkan oleh jabatan aku. Dan macam biasa kalau ada kursus, aku lah AJK nya yang menyibuk ke hulu ke hilir nak memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya ok. Senang hati aku.
Semalam adalah aku uruskan sedikit perkara-perkara berkaitan kursus. Tapi sebab dah biasa kendalikan kursus jadi semua benda tu jadi mudah. Tak tercari-cari sumbernya. Tahun ni kalau ikutkan akan ada empat kursus yang perlu dianjurkan oleh jabatan aku. Ianya melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Kertas kerja, pengerusi kena buat, aku cuma uruskan benda-benda teknikal. Mudah, tak perlu pening-pening lagi. Itu arahan Big Boss. Jadi aku sedaya upaya akan elak dari terlibat dengan jawatan pengerusi kali ni.
Aku rimas hari ni sebab kena berpakaian kemas. Hari ni aje dah lebih sepuluh orang tegur pakaian aku. Sebab selalunya aku pakai biasa-biasa aje. Kasut ladam kuda aku hari ni rasa berat nak bergerak. Lenguh kaki dibuatnya ke hulu ke hilir.
Ok lah aku nak lelapkan mata dulu. Dah penat. Kaki aku dah lenguh ni, badan penat, kepala sakit. Jumpa nanti.

0 orang telah bersuara: