CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 14, 2009

iskandar journal

Hari ni aku bangun awal macam biasa. Jam 630am aku dah bangun. Disebabkan kemalasan aku, jam 830am baru aku nak bergerak pi kerja. Masa aku nak hidupkan kereta tak boleh pulak. Banyak kali aku cuba hidupkan. Takkan baru tinggalkan beberapa hari dah tak boleh hidup. Mesti masalah bateri. Nak call bebudak lain, siapa yang ada? Lagipun masa macam ni mesti semua dah masuk kerja. Aku nak try call E tapi mesti dia dah pi kerja juga. Aku pun call awek aku mintak tolong kalau dia ada jumper. Selamat dia nak tolong, sayang juga dia kat aku.

Aku call boss aku kata kereta tak boleh nak hidup. Mungkin aku masuk lewat sikit. Dia tak kisah sangat sebab tak ada kes katanya pagi ni. Jam 930am baru awek aku sampai dengan kawan pejabatnya. Diaorang pasang jumper kemudian selang 15 minit baru kereta aku boleh hidup. Alhamdulillah. Kemudian awek aku terus balik ke pejabat sebab dia ada mesyuarat jam 1030am.

Aku pulak pergi stesen minyak, topup minyak kereta yang nak dekat habis. Tengaharinya aku nak pergi ke bank asalnya untuk masukkan duit. Awek aku mintak tolong pulak teman dia balik rumah sebab gas kat rumah dia dah habis. Sampai kat rumah dia, rumah kosong tak ada orang. Mak dia mungkin ke surau solat zohor. Aku ni risau juga berdua-duaan dalam rumah tu. Kalau Tok Imam datang tak apa juga, kawin freelah jawabnya. Tapi aku takut mak dia balik tetiba nanti, maunya aku kena marah. Sebenarnya gas memasak memang habis tapi dia terlupa nak ganti gas yang baru. Gas yang belum guna ada, cuma mak dia tak larat nak ganti sebab sakit bahu. Aku tolong tukarkan. Kemudian dia tengok nasik dan lauk dah siap mak dia masak. Jadi dia pun makan. Dia ajak aku tapi aku dah kenyang makan pagi tadi.

Dia ajak teman dia makan kat dapur, aku ikutkan ajelah. Tetiba mak dia balik. Aku nak lari ke ruang tamu pun dah lambat. Buat cool ajelah muka ni. Mak dia relex aje. Aku pulak yang risau lebih. Lepas dia habis makan kami pergi ke bank. Lepas tu terus balik ke tempat kerja.

Petangnya aku balik rumah awal selepas kerja. Entah apa malasnya aku hari ni duduk terbaring aje layan tv. Baju tak basuh lagi. Tadi pun awek aku call ajak makan, aku malas nak keluar. Nak duduk lama mengadap PC ni pun malas, sakit badanlah asyik duduk aje. Jom tido.

0 orang telah bersuara: