CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 14, 2009

iskandar journal

Wisata Bali Indonesia (Bahagian 1)
09 April 2009

Jam 6am aku dah mula bangun. Banyak barang yang tak kemas lagi untuk perjalanan jauh aku ke Bali. Janji jam 8am awek aku akan ambil di rumah dah terus hantar ke LCCT. Tapi sebab pukul 8am baru aku nak mandi, jam 830am baru kami bertolak ke LCCT. Dalam perjalanan kami banyak bincangkan pasal tarikh perkahwinan. Pening aku dibuatnya. Macam minah ni tak faham-faham aku nak bercuti dan berseronok, dia pulak timbulkan isu ‘sensitif’ ni pulak. Tahulah isu tu penting, tapi bincang lain kali tak boleh ke? Saja nak bagi aku hangin satu badan. Memang pagi tu sepanjang perjalanan ke LCCT kami bertengkar pasal tu aje. Last-last dia bengang sendiri terus dia kuatkan radio. Tak hormat aku langsung cara macam tu. Aku malas nak bising banyak terus aku diam. Bila dia tengok aku diam barulah dia nak mulakan cerita lain. Padahal aku dah banyak kali cuba ubah tajuk, tak paham-paham juga perempuan ni. Malas aku nak layan.
Jam 930am kami sampai ke LCCT. Lepas cari parking terus ke medan seleranya. Aku dah beli sarapan, singgah bungkus masa kat rumah aku tadi. Masa makan kami tak banyak berbual, kalau berbual pun pasal benda lain. Malas aku nak gaduh kat tempat ramai orang ni, angin perempuan ni kita tak boleh jangka. Mau dia melatah nanti malu pulak aku dibuatnya.
Lepas makan dalam 10am dia hantar aku ke pintu pelepasan antarabangsa. Dia cuma turunkan aku kat situ. Dia terpaksa balik sebab ada kerja yang terpaksa dia lakukan. Aku ingatkan dia cuti hari tu. Tapi dia ambil time off untuk hantar aku aje rupanya. Aku pun lepak dulu kat luar kompleks tu untuk hisap rokok sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Patutnya kawan aku dah sampai. Call punya call dia masih dalam perjalanan lagi. Jam aku tengok dah nak dekat pukul 1030am. Aku checkin dulu. Lepas dapat Boarding Pass aku lepak tunggu member aku di pintu utama. Penerbangan patutnya pukul 1145am dan dijangka sampai ke Denpasar Bali jam 245pm.

Jam 1115am kaunter checkin dah tutup (terpapar di skrin board) . Aku call member aku, dia kata dah ada depan kaunter nak check in. Lega sikit aku. Tapi aku segera bergegas ke terminal perlepasan. Jam 1120am aku dah mula menaiki pesawat. Kawan aku tak juga sampai. Aku risau juga mulanya. Macam-macam aku fikirkan. Apa plan B aku nak buat kalau dia tak jadi pergi disebabkan kelewatannya. Aku tenangkan fikiran. Sambil aku duduk tu aku memerhatikan pintu perlepasan. Masih tak kelihatah kelibat member aku. Lagi 5 minit pesawat nak berlepas baru aku nampak member aku dan kawan-kawan dia berlarian kelam-kabut berkejaran ke arah pesawat. Lega sikit hati aku. Taklah aku bercuti keseorangan ke Bali.

Bila member aku dan kawan-kawannya naik pesawat mulalah adegan haru-biru. Dok mencari kerusi pulak tak jumpa. Biasalah bila dah kelam-kabut macam tu, macam-macam terjadi. Aku diamkan diri, malas nak join sekali keadaan haru-biru tu. Aku biarkan dia duduk dulu. Tapi dia dengan berpeluh bercerita tentang kelewatannya. Alasannya disebabkan bas yang diaorang naik dari KL lambat bertolak. Aku dah kabo awal-awal, suruh keluar awal tak nak. Sepatutnya 2 jam sebelum berlepas kena check in bagi penerbangan antarabangsa. Bukan dia tak biasa pergi luar negara. Aku dengar ajelah dia bercerita. Tapi dalam hati aku bersyukur juga sebab dia dan kawan-kawannya sempat naik pesawat. Kalau tak bercuti seorang dirilah aku kat Bali.

Tepat jam 1145am pesawat tu terbang di langit biru. Untuk makluman korang kami pergi berlima. Aku, Har (member kamceng aku masa kat kolej), Arip (bekerja di Sabah) dan pasangan suami isteri Wan dan Ain (bekerja di KL). Dalam pesawat aku berkali-kali mendengar Har dok bercerita benda yang sama. Dia ni kalau bab kalut biasalah. Aku dah faham sangat perangai dia. Dalam pesawat aku duduk dengan Har dan sorang mat salleh perempuan. Aku duduk di sebelah tingkap. Arip, Wan dan Ain duduk bertiga di barisan hadapan. Tengahari tu masa flight sedang terbang tinggi, perut aku terasa lapar. Ada ke patut dalam pesawat cuma ada maggi aje. Aku terus tak jadi makan, air kosong ajelah yang aku minum. Selebihnya aku melayan perasaan dan berbual dengan Har. Minah mat salleh sebelah aku tu pun ramah. Sempat juga tanya pengalaman dia tentang Bali (dia dah banyak kali pi Bali). Apa yang best katanya bila pesawat nak mendarat nanti ianya seperti ingin mendarat dalam air.

Dan jam 240pm pesawat kami mula nak mendarat. Memang betul, bila pesawat tu mendarat aje ianya seperti nak mendarat atas air. Pengalaman yang menarik. Kami rasa takjub juga dengan keadaan seperti tu. Rupanya landasan pendaratan tu telah di tambak di atas air. Tapi memang pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Bandar Udara Ngurah Rai Denpasar Bali. Alhamdulillah, satu lagi impian aku tercapai juga akhirnya. Bila memasuki kawasan terminal, pemandangan tak begitu menarik. Kalau kat Malaysia rasanya airport di setiap negeri lebih cantik. Itu pendapat akulah. Airport Bali ni kecil, dan tak layak nak dibandingkan dengan airport antarabangsa lain. Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong kami. Mesra layanan yang diberikan.

Destinasi pertama kami adalah ke Uluwatu. Kami tiba di sana dalam jam 410pm. Di sini kami melawat sebuah kompleks kuil yang terletak 100m dari aras lautan hindi. Pemandangannya cukup cantik. Har hari tu pakai seluar pendek, jadi sebagai syaratnya sebelum memasuki kawasan kompleks kuil dia kena pakai kain yang diikat seperti pario. Kena tutup auratlah kiranya. Kami yang lain pun pada mulanya tidak perlu pakai pario tu, tapi dek kerana gedik, kami semua memakainya juga. Baru jadi boria, taklah segan Har kena pakai sorang.
Sekitar kompleks kuil ni banyak monyet. Untuk langkah keselamatan cermin mata haruslah dibuka. Mengikut pengalaman pemandu pelancong kami, monyet suka benda-benda yang memantulkan cahaya. Dalam keadaan rabun-rabun ayam aku ni, curi-curi pakai jugalah cermin mata. Kalau tak, apa yang aku nampak nanti? Kebetulan semasa kami berada di Bali, mereka sedang menyambut perayaan bulan penuh. Jadi banyak acara keagamaan hindu di jalankan. Pada pengamatan aku ada perbezaan antara amalan hindu di Bali dan di Malaysia (walaupun asas agamanya masih tetap sama). Di sini sempat aku melihat cara mereka melakukan ritual keagamaan dan cara pemakaian mereka bagi menyambut perayaan ni. Kebetulan juga pilihan raya Indonesia sedang berlangsung pada masa yang sama. Selamatlah keadaan aman dan pelancong banyak berlegar-legar seperti biasa. Cuaca petang tu cukup panas. Menghampiri jam 5pm kami meninggalkan kawasan Uluwatu menuju ke tepi pantai. Mengikut jalan jadual perlancongan kami akan makan di tepi pantai sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam.




Jam 525pm kami sampai kesebuah restoran (Melasti Kedonganan Cafe) di Pantai Kedonganan Kuta Bali. Restoran tepi pantai ini cukup indah. Sambil menanti makanan dihidangkan kami mengisi masa dengan berehat dan menagkap gambar. Banyak gila gambar kami tangkap di sekitar pantai. Perut sebenarnya dah lapar, apa taknya, dah lah tak makan tengahari. Tulah sebab kami dok tak diam, kalau pakai kamera filem, mau dah tukar dua tiga roll filem. Selamat pakai kamera digital. Pemandangan matahari terbenam sangat indah.



Sempat juga aku tangkap gambar pelayan restoran. Cute bila tengok sekali, tengok dua kali rasa tak cute lah pulak. Pada pandangan korang?


Mamat cina ni aku tangkap gambarnya sebab dia selalu merenung aku. Cute juga kan? Ada ke patut dia tangkap gambar aku juga. Aku biarkan ajelah, buat tak tahu. Sebab aku juga dah tangkap gambar dia. Hahaha...


Menghampiri jam 620pm makanan dihidangkan. Pada mulanya kami berlima ingat ikan bakar dan kangkong goreng yang dia hantar untuk dikongsi. Sangkaan kami meleset bila setiap orang mendapat lauk yang sama. Kalau kat Malaysia berapa ringgit korang rasa untuk lauk individu macam ni? Kalau kita kat Malaysia rasanya kena kongsi makan, betul tak? Walaupun simple gila makanan ni tapi sedap dan mengenyangkan. Ikan bakar dia cukup segar, nasinya masih panas dan yang bestnya sambal dalam tiga perisa. Semuanya sedap.




Lepas makan kami dipersembahkan dengan tarian Bali. Dapat juga aku tengok tarian ni secara live. Perasaan bila kita tengok sesuatu tarian di tempatnya sendiri berbeza dengan yang kita tengok di tempat lain. Banyak gila aku tangkap gambar penari ni. Cantik orangnya, macam Krisdayanti pun ada rupanya. Lepas selesai menangkap gambar, makan, tengok tarian, kami bertolak ke hotel dalam jam 720pm. Dalam perjalanan menghampiri hotel, kami di bawa dan diberi penerangan oleh pemandu pelancong kami sekitar tempat shopping. Strategik gila hotel kami. Sekitarnya memang banyak temat shopping. Siaplah malam ni aku nak serbu menghabiskan berjuta-juta rupiah aku.


Lebih kurang jam 745pm kami tiba di hotel (Rosani Hotel Kuta Bali). Hotelnya macam biasa aje. Kemas, nampak macam kecil. Oklah untuk rehatkan diri. Tapi bila aku berjalan aje menghampiri bilik, rasa best pulak hotel ni. Siap ada kolam renang.


Letak aje barang terus terjun kolam. Nyaman gila bila berendam. Aku ni tak reti berenang, jadi kolam budak kecik aku kongker. Jangan marah. Last-last aku masuk juga dalam kolam orang dewasa lepas di yakinkan bahawa aku tak akan lemas dan boleh berdiri dalam kolam tu. Kawan-kawan aku yang lain sedap dok buat macam-macam gaya renangan, aku cuma manjakan diri dengan berendam.

Menghampiri jam 9pm kami dah bersiap untuk memulakan operasi menghabiskan duit. Nak kata banyak borong, tak jugalah. Habis dalam sekitar Rp 446000 aje. Yang bestnya aku menawar sampai murah. Malam tu aku beli lukisan bercorakkan buluh. Aku memang minat buluh.

Sampai budak-budak ni kata aku anak buluh betong. Anak kambing korang ni. Yang best penjualnya terpaksa akur dengan godaan dan rayuan aku, selamat tak hensem kalau tak dengan tuan-tuannya sekali aku borong malam tu.

Walaupun kebanyakan kedainya tutup jam 10pm, kehidupan di Bali masih rancak sebab mat saleh suka pi clubing. Bersepah mat saleh berjalan tepi kaki lima tanpa pakaian (jantannyalah, pakai seluar bermuda aje). Banyak kali aku cair sebab memerhatikan tiger show free. Kami pusing sekitar kaki lima jalan yang banyak kedai-kedai menjual pelbagai perhisan, baju, beg, dvd, lukisan dan lain-lain. Bab tawar menawar memang paling best. Kalau tak dapat harga yang kita nak, jangan risau, kedai lain banyak lagi. Pasti puas hati punya. Jadi ada aku kisah kalau peniaga tu tak nak turunkan harga?

Sekitar jam 1050pm kami dah kepenatan nak jalan. Nak ambil teksi, teksi kata had penumpang cuma 4 orang aje. Lastly kami berpakat naik kereta kuda. Dari harga Rp 200000 sebuah kereta kuda, kami tawar jadi Rp 100000 (sekitar RM30). Mahallah juga, penat punya pasal naiklah juga kereta kuda tu.

Pertama kali dalam sejarah hidup aku naik kereta kuda. Walhal kat Filipina dulu pun ada peluang naik tapi tak naik. Walaupun sempit tapi seronok. Pemandu kereta kuda tu peramah. Dia ajar kami beberapa bunyi dan pergerakan asan macam mana nak pandu kuda tu. Pengalaman yang menarik. Sampai hotel penginapan dalam jam 1110pm. Mandi-mandi terus tido. Esokannya ken bangun awal.
Untuk makluman korang waktu di kepulauan Bali sama dengan waktu Malaysia. Cuma di sini mataharinya keluar awal dari semenanjung Malaysia. Ialah, kan Bali selari dengan Sabah dan Sarawak punya masa. Jam 6am pun dah cerah gila macam pukul 7am lebih di semenanjung Malaysia.

2 orang telah bersuara:

lillies said...

salam..
wah...bestnye...!!
ade pic2 yang menarik lagi x?

worldpeace said...

menarik nyer pegi bali...teringin nk pegi tp x tau bila.