CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 25, 2009

iskandar journal

Hari ni aku gaduh besar dengan awek aku. Aku cukup pantang kalau ada manusia yang mulut celupar dan menunjukkan kebesaran kepala dia depan aku. Aku percaya kalau dia dok depan aku masa tu mau aku bagi penampar jawa secara percuma. Sakit hati aku meluap-luap tengahari tadi. Sampai aku sakit kepala petangnya.
Disebabkan aku ni jenis pemaaf dan kurang egonya, aku secara gentleman hantar msg minta maaf sebab aku tinggikan suara kat dia. Kalau nak harap kat dia minta maaf, ayat yang dia akan ucapkan 'man must make a first move'. Sekarang ni macam-macam aku fikirkan dalam kepala aku. Perlukah aku berkahwin dengan perempuan macam ni? Dia ni banyak psycho aku. Bila aku marah macam-macam yang dijawabnya. Bila aku kata ikut ni, dia pusing ikut tu. Arrrrrghh...tekanan sungguh. Korang yang dah kawin ada pandangan ke?
Banyak benda yang bertentangan antara aku dan dia. Banyak benda yang membuatkan jiwa aku ni sakit bila berbual dengan dia. Banyak benda kami tak sependapat. Dan banyak benda yang aku perlu belajar tentang dia. Tapi ada x-factor yang membuatkan aku masih setia dengan dia (setia ke aku?).
Rasanya bercinta dengan lelaki lebih mudah dari perempuan. Banyak cengkadaklah diaorang ni. Apalah salah jika dia tak menimbulkan kemarahan aku sentiasa. Itulah antara faktor aku tak nak bercinta dengan perempuan satu masa dulu. Aku lebih selesa dengan lelaki, faham perasaan kita dan sentisa hangat diranjang. Aku nak kawin ni pun sekarang aku dah fikirkan masa depan. Apa akan jadi dengan rumahtangga aku? Aduh...perlukah aku teruskan?
Setiap teman lelaki aku, akan cuba tenteramkan perasaan ni bila ia bergelora. Sentiasa membelai manja aku dan sentiasa berbahasa sopan walau pun marah. Tapi perempuan ni sentiasa nak naikkan api kemarahan aku. Aku cuma minta satu 'senyuman' aje dalam setiap perbualan atau perjumpaan. Bukanya psycho kepala otak aku yang dah tak center ni dengan macam-macam perkara. Arghhh... sakit kepala...
Petang tadi dia ajak aku keluar. Aku betul-betul sakit kepala pasal dia. Jadi aku matikan handset dan sambung tido. Bila aku on semula handset, lebih 100 kali miscol dia buat. Dia minta maaf dengan aku dan ajak aku makan. Kalau korang nak tahu kelemahan aku senang aje, kalau aku tengah marah korang minta maaf tetiba, aku secara spontan akan sejuk hati. Aku ni pemaaf orangnya. Jadi aku on ajelah. Malam tadi kami jumpa satu kedai makan ayam percik. Ok juga lah kedai kat Kajang tu.
Masa balik dalam kereta kami bergaduh lagi. Kali ni dia pulak tension. Lantak ko lah minah. Malas aku nak layan.
Semalam lepas kerja aku keluar makan dengan awek aku. Aku malas nak keluar sebenarnya sebab kawan aku ajak teman dia ke Setapak jam 1030pm. Jadi masa makan tak banyak kami bualkan dan kebetulan petang semalam kami bergaduh juga. Jadi baik aku diamkan diri dan habiskan makanan aku, dari aku bagi penampar minang pulak kat dia.
Malam semalam memang aku tak sangka, kawan aku secara rahsia plan ajak adik angkat dia yang comel keluar sekali dengan kami. Aku diperkenalkan kat budak tu dari gambar aje mulanya. Dan semalam satu kereta kami terpaksa bersesak 6 orang. Jadi aku terpaksa berhimpit dengan budak tu. Biar pun sesak tapi puas hati sebab dia berada rapat dengan aku. Nak kata dia ni hensem tak lah sangat tapi muka dia cukup manis dipandang, comel. Destinasi kami ke Danau Kota. Barang murah-murah. Aku beli jugalah baju sehelai dua. Yang lain aku tak berminat sangat nak beli.
Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Aku, kawan aku dan adik angkat dia satu group. Jadi ada kesempatan aku berada rapat dengan dia. Dan dia panggil aku Abang, sopan dan manja sebenarnya perangai dia. Tapi aku tak tahu apa status sex nya. Selepas 1 jam baru kami berkenal secara rapat sikit, tu pun masa makan member aku beri peluang aku bertanya macam-macam. Sporting gila lah member aku ni. Apa-apa pun aku cukup berterima kasih kat member aku sebab aturkan blind date semalam. Sampai rumah jam 4am pun aku rasa tak penat. Hati berbunga aje dibuatnya.
Dalam kereta semalam dia tido sebelah aku. Rasa geram nak cium pipi dia. Comel time dia tido. Arrrrggghhh...geramnya...tak sabar aku nak jumpa dia lagi.

4 orang telah bersuara:

J_Lee said...

aloo is, welcum to the married life nitemare man!!! acah jer
actually based on my present status as a married man r kn, ko kene pilih awek yg betuih2x faham n can accept u the way u r. elok gak dpt partner yg bertentangan sikap n perangai kan like u jenis permaaf dia lak jenis malas mintak maap.. tpi kalo ari2x gaduh jer walhal belum pun kawin lgi..rasa baik ko tinggal kn jer dia
cari jntn lgi baik beb :)

Tuan Iskandar said...

Hahaha...
Aku masih lagi positif dalam hubungan ni. Aku ni selagi boleh terima, aku layan macam biasa. Kalau dah peringkat tak boleh pakai lagi, aku blah. Dia ingat dia sorang aje perempuan?

BuRn said...

relax lah bro...contorl sikit amarah mu iteww heheeh..anyway best cite bro kali ne...

Unknown said...

nice bro dah lama tak ikuti entri ko..hehe
sabar yerk dgn awek ko
aku yakin bleh ahndlenya...