iskandar80

Blog ni khas untuk para pembaca 18 tahun ke atas. Mempunyai unsur-unsur 18sx serta sensitif bagi sesetengah pihak. Khas untuk golongan Biseksual. Siapa yang tak berkenaan BOLEH BLAH... iskandar_tuan@yahoo.com.my

Friday, July 04, 2008

iskandar journal

Mabuhay from Philippines. Sekarang aku dah masuk malam ke dua berada di Filipina. Banyak cerita aku nak story nanti. Seronok juga berada kat sini walaupun banyak tempat menarik yang tak sempat aku nak singgah. Masa cukup mencemburui. Esok plan nak round sekitar tempat penginapan aku. Tempat jual cenderahati tak jumpa lagi, tapi banyak cadangan telah di terima dari penduduk tempatan. Best juga kat sini, nak cari makan ajelah yang susah sikit. Ok nanti kalau sempat di lain masa aku akan ceritakan maklumat sepenuhnya lawatan aku ke negara 7107 pulau ni. Ok salamat...

Monday, June 23, 2008

iskandar journal

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kat korang semua yang menghantar email ucapan selamat sembuh dan doa untuk mak aku. Alhamdulillah dah 3 hari mak aku discaj dari wad. 29hb ni ada temujanji semula di HUSM. Thanks juga atas maklum balas korang tentang hotel di Manila. Senang sikit aku nak buat pilihan. Aku dah buat tempahan hotel. Tak adalah sampai 5 star, yang biasa-biasa aje. Cuma nak mandi dan tido aje kan? Masa yang selebihnya berjalan-jalanlah satu Manila.

Sekarang ni adik lelaki ke-4 dan bongsu dah dapat sambung belajar semula. Abangnya dapat UKM dan adik pulak masuk Kolej Negeri. Sekarang ni aku makin bertambah risau sebab mak aku dah tak ada orang nak jaga. Macam-macam bermain dalam kepala aku sekarang ni. Aku cuba tak memikirkan sangat tentang perkara tu, tapi tak boleh juga. Terasa nak terus balik bekerja kat sana aje sekarang juga, boleh aku jaga dan perhatikan mak. Aku tak nak jadi macam arwah ayah yang aku tak sempat nak jaga dia semasa dia sakit dulu. Aku balik pun tak sempat tengok wajah arwah untuk kali terakhir. Sedih dan pilu pulak hati ni bila memikirkannya. Tertekan juga sekarang ni.

Kalau ikut perancangan aku, selepas umur 35 tahun baru aku nak balik ke kampung. Aku nak sambung belajar lagi untuk tempoh masa terdekat ni. Tak nak mempersiakan masa yang ada. Masa arwah ayah aku meninggal dulu aku masih di Kedah, belajar. Sekarang ni aku risau kalau-kalau masa aku belajar nanti perkara buruk akan berlaku kat mak aku. Takut tak sempat aku nak jaga dia. Nak bermanja-manja dengan dia. Alah.. nak nangis pun ada ni.

Masa aku call petang tadi suara dia ceria aje. Sedap sikit hati aku. Tapi itu tak dapat tenangkan perasaan aku secara keseluruhan. Sekarang ni apa yang bermain di dalam kepala aku ialah perlukah perancangan aku diubah? Alah...pening wooo...

Aku start oncall dari hari khamis minggu lepas sampai khamis ni. Jumaat malam aku akan berlepas ke Thailand (kalau ikut perancangan). Lepas tu selang beberapa hari aku akan ke Manila. Semalam aku dah beli serba sedikit kelengkapan nak berjalan jauh. Beg yang lama aku dah ganti baru. Peralatan lain aku dah asingkan sikit-sikit.

Dah dua hari E dan bini nya dok bergaduh. Habis satu rumah tonggang langgang. Bukan aku nak aibkan dia bila aku menulis di blog aku ni, cuma kesian juga kat E bila bini dia buat macam tu. E pulak mana lagi tempat dia nak pi, aku jugalah yang dicarinya. Perempuan ni kalau cemburu buta, teruklah (kadang-kadang lelaki pun bila cemburu lagi teruk, betul tak?). Memanglah tanda sayang, tapi kan ada cara yang lain nak menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang tu. Entahlah, aku nak masuk campur, dua-dua kawan aku. Aku ni pulak semalam ajak dua-dua keluar makan malam. Nak menceriakan keadaan aku ni terpaksalah buat lawak bodoh, tapi berjaya. Dua-dua dah tak bergaduh, buat sementaralah. Lepas tu E pulak buat pasal balik lewat malam. Malam tadi depa dok berperang macam Israel Palestin. Pukul 4am baru ada gencatan senjata. Pagi tadi aku memang dah janji dengan E nak pi kerja sekali, dia pulak tak bangun lagi. Selamat aku call dia. Bila aku tengok rumah dia, Ya Allah gila babab bersepah. Tongkang pecah pun ok lagi.

Pagi tadi pulak kereta aku berasap bonetnya. Bila diperiksa dia punya batang cooler retak (tak bocor, temp tak naik pulak). Padahal pagi tadi aku baru kutuk kereta iswara depan aku yang ekzosnya besar gedabak. Siap aku kutuk, ekzos besar-besar asap tebal gila. Rupanya asap tu datang dari bonet kereta aku. Ya ampun... tobat aku nak kutuk-kutuk kereta orang lain lepas ni. Insaf dibuatnya. Parking tepi jalan sekejap, E tolong tengok apa yang terjadi. Lepas tu aku hantar kereta aku ke rumah E sebelum dia hantar aku ke pejabat. Sampai sekarang kereta aku tak betul lagi, jawabnya malam ni aku tido kat ofislah.

Tapi aku kesian kat E yang sedang bersusah payah sekarang nak memperbaiki kereta aku. Kalau dah siap karang dia akan call aku. Dia cukup suka membantu. Aku pulak jadi kesian kat dia, dah macam pembantu peribadi aku pulak jadinya.

Korang ada baca akhbar Metro hari ni (mukasurat dua)? Dah biasa dengar atau korang pun mungkin dah biasa buat atau tak pernah buat adegan tu. Tapi sekarang ni kan banyak tempat selamat nak buat benda alah tu, carilah tempat yang selesa sikit. Aku pelik juga kadang-kadang (padahal aku pun dulu pernah juga buat, tapi tak pernah kantoi pun, hahaha...). Nak buat kat tempat awam tu ok aje, tapi berpada-padalah, line kena clear. (Kepada sesiapa yang tak sempat nak beli akbar Metro, kat sini aku lampirkan artikelnya).
Apa-apa pun lu pikirlah sendiri.

Liwat atas mangkuk tandas

TAHAN...pasangan gay yang ditahan, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Tindakan aneh dua lelaki berkurung hampir dua jam dalam sebuah tandas awam di sebuah pusat menjual kraftangan terkenal di ibu kota, kelmarin membongkar kegiatan jijik pasangan terbabit yang melakukan hubungan homoseksual di atas mangkuk tandas.

Pasangan lelaki gay terbabit masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dikatakan turut meliwat sesama sendiri bagi memperoleh kenikmatan hasil hubungan songsang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Kerja terkutuk itu bagaimanapun terbongkar apabila disedari seorang peniaga yang curiga melihat hubungan mesra luar biasa pasangan terbabit sebelum memasuki tandas di tingkat satu pusat jualan kraftangan yang menjadi tumpuan warga kota dan pelancong asing.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, peniaga berkenaan mengesyaki sesuatu terhadap pasangan terbabit apabila mereka tanpa segan silu memeluk satu sama lain sambil sesekali berkucupan dan mengusap penuh berahi.

Curiga dengan perangai pelik itu, peniaga berkenaan terus menghubungi detektif pusat kraftangan itu sebelum mereka mengatur strategi untuk menangkap pasangan gay terbabit.

Detektif yang enggan dikenali berkata, sejurus menerima maklumat, dia bergegas ke tandas dimaksudkan untuk menyiasat perlakuan songsang itu.

“Pasangan terbabit dipercayai melakukan hubungan terkutuk itu dalam bilik hujung tandas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut memanggil dua pengawal keselamatan untuk mengawasi kawasan itu bagi mengelakkan mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, seorang daripada pasangan terbabit keluar dengan pakaian tidak terurus manakala rambut berserabut.

“Tidak lama kemudian seorang lagi keluar dari bilik tandas sama sebelum saya dan pengawal menahan mereka.

“Pasangan terbabit pada mulanya cuba berdolak-dalih dengan mengatakan tidak membuat apa-apa, bagaimanapun selepas beberapa kali ditengking, mereka memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Pemeriksaan dalam bilik tandas itu turut menemui cecair dipercayai digunakan pasangan terbabit melakukan seks luar tabii.

Detektif berkenaan berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut dan selepas disoal siasat mereka mendakwa tandas berkenaan itu dijadikan ‘markas’ gay melakukan hubungan sejenis.

“Seorang daripada mereka yang ditahan itu bekerja sebagai tukang masak di Pulau Pinang manakala pasangannya berasal dari Sabah dan bekerja kilang.

“Lebih mengejutkan, pasangan berlainan agama itu dipercayai baru beberapa jam berkenalan sebelum mereka bersetuju melakukan hubungan sejenis,” katanya.

Difahamkan kedudukan tandas itu agak sunyi selain tidak ramai yang menggunakannya, dijadikan sarang golongan gay melakukan hubungan terlarang.

Menurutnya, sebelum ini, pasangan gay menjadikan tangga di kawasan berkenaan untuk melempiaskan hawa nafsu, tetapi selepas pihak pengurusan memasang kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan mereka menjadikan tandas awam sebagai sasaran.

Oklah aku nak mandi dulu, apa-apa hal aku sambung lain kali.


Monday, June 16, 2008

iskandar journal

Malam semalam aku terpaksa balik ke Terengganu. Mak aku masuk wad di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Terpaksa ambil cuti kecemasan. Tak pernah seumur hidup dia masuk wad, kali ni buat aku terkejut beruk bila dapat berita dia masuk wad. Risau tahap dewata dah semalam. Naik highway aku tekan 170. Aku ikut jalan jauh sikit. Ikut lebuhraya pantai timur baru naik ke Kuala Terengganu sebelum sampai ke kampung aku. Nak balik ikut Gua Musang-Kota Baharu mata aku ni rabun sikit malam-malam. Balik sorang pulak tu.

Jalan kat Terengganu rosak gila. Depa pi perbesar jalan, yang mangsanya kereta akulah. Kotor satu hal, calarnya jangan kiralah, nak menangis aku tengok kereta tengahari tadi. Sabar ajelah. Banyak sungguh lencongan, lubang atas jalan punyalah besar, jalan gelap pulak tu, batu dengan pasir atas jalan dan lopak jangan ceritalah. Whaaaa...

Mak aku alhamdulillah nampak sihat, pukul 8am tadi dia selamat menjalani pembedahan under GA. Nak cerita apa sakitnya susah sikitlah. Takut korang tak paham pulak, tapi kesan jangkamasa panjang yang aku risaukan boleh menyebabkan hilang ingatan atau lumpuh satu badan dengan tiba-tiba. Mak aku pulak ada kencing manis dan darah tinggi. Aduh makin sakit kepala bila fikirkannya. Tapi dengan senyuman dan lagak biasanya petang tadi menyebabkan kerisauan aku berkurangan sikit. Semalam tekanan darah dia tinggi sebelum pi pembedahan, mesti sakit gila. Tapi adik aku kata dia biasa aje. Ialah mesti dia tak nak anak-anak dia risau tentang kesihatan dia. Petang tadi tekanan darah ok seperti biasa, tapi kencing manis pulak tinggi sikit. Mungkin kesan dari ubat bius tak habis lagi. Insyallah aku harapkan dia cepat sihat. Aku harapkan korang doakan juga untuk aku kesejahteraan dan kesihatan mak aku. Dialah satu-satunya 'wanita besi' yang aku sayangi.

Malam ni aku ada kat rumah. Nak tunggu kat wad pun tak boleh, wad perempuan. Nak tunggu kat hospital pun mak aku kata baik balik rumah, esok pagi boleh datang lawat dia lagi. Tadi aku baru call dia. Dia dok lepak-lepak atas katil sambil tengok tv. Lepak gila tu...

Dah lama aku tak update blog ni. Bulan lepas kalau tak silap aku sekali aje aku update. Email aku terima banyak gila suruh aku update cepat. Kadang-kadang masa free tapi aku tak free (ada faham??? Aku pun tak faham hahaha...). Banyak benda juga nak cerita tapi nak mula dari mana ekkk...

Semalam tengahari aku pergi kenduri kawin member aku kat Shah Alam. Nak tak nak kena pi jugalah sebab member tuuu... Nak-nak dia sendiri pulak mai bagi kad jemputan. Rezeki jangan ditolak. Wajib kita memeriahkan majlis. Ramai juga yang datang, macam-macam ada. Buat kat Dewan MBSA. Nak tempah hotel katanya banyak yang dah book. Paksa relalah sanding kat sana. Selamat penganting baru kat korang semoga berbahagia sentiasa. Aku bila lah pulak... (Pulang paku buah keras sendiri nampak... hihihi...).

Malam kelmarin aku ikut E punya kepala. Dari Seri Kembangan ke Kajang ke Nilai ke Semenyih. Semata-mata nak cari tempat makan aje. Gila tak gila lah mamat tu kelmarin. Tapi selamat makanan best, awek cun-cun punya. Aku order nasi goreng cina. Banyaknya dia buat rasanya boleh makan untuk 3 orang. Aku kebetulan lapar tahap dewa masa tu. Aku bedal semua cuma tinggalkan lebih kurang dalam 7-8 suap aje lagi yang aku tak larat nak kunyah. Sambil makan tu kitaorang layan EURO. Rehat separuh masa pertama terus kitaorang pecut balik.

Masa yang lain dalam bulan ni kebanyakannya aku habiskan masa dengan oncall. Rasanya dalam 15 hari dalam bulan ni yang dah berlalu aku kena cover 10 hari untuk oncall. Khamis dan jumaat lepas aku ambik cuti. Tak larat nak kerja. Kalau dalam sehari oncall dapat rehat tak apa juga, ini kes makin bertambah, sakit badan wooo... Tu yang aku ingat lain kali nak tido kat tempat kerjalah kalau oncall. Tak kalut aku nak bangun pi kerja kalau ada kes, minyak jimat.

Sebut pasal minyak dah naik sekarang ni, kesannya aku tak rasa sangat. Gaji campur dengan OT punya duit, stabil lagilah kewangan aku. Kalau dia nak naikkan RM4 seliter pun ok lagi. Aku bukan nak berlagak, tapi cukup-cukup bersyukur dengan kenikmatan dan keberkatan rezeki yang Allah kurniakan. Aku kesian juga kat member-member lain yang gaji kecik. Sekarang ni pi kerja dengan motor aje. Ialah masing-masing punya rezeki dan cara kehidupan. Memang aku berasa syukur sangat, berjimat cermat tu biasalah. Cuma bab boros aku ni tak boleh kawal sangat. Dalam bulan ni aje dah RM5000++ duit aku melayang. Selamat dah cover balik.

Soalan lazim yang korang hantar kat email aku biasanya tanya dari mana aku download movie gay. Ramai yang nak tahu. Baik aku beritahu kat sini, ialah kita kongsi sama-sama. Korang pi kat http://gayarabs.blogspot.com. Aku dulu suka dengan orang arab (ada satu cerita tentang mamat arab, nanti kalau ada masa aku story). Kat tepi web ni ada banyak link-link ke blog yang sewaktu dengannya. Korang pilih ajelah. Download lah sampai muntah. Melancaplah sampai lembik konek korang. Laman web melayu pandai-pandai koranglah nak cari.

Aku juga berterima kasih kat korang yang hantar gambar peribadi dan sumbangan artikel menarik sepanjang aku hidupkan blog ni. Terharu juga bila korang sanggup tunggu aku balas email korang. Bila korang gembira aku pun rasa tersentuh. Yang bestnya walaupun aku lambat balas, korang masih faham dan hormati kehidupan aku. Thanks guys...

Dalam 28-30 Jun ni cadang nak ke Thailand (kalau jadilah), biasalah nak cari ayam. Hihihi... acah aje. Alah cuti-cuti Malaysia aje, shoping-shoping dengan E. Dan perancangan untuk bulan Julai ni nak ke Manila. Tiket dah beli, cuma hotel tak tempah lagi. Korang ada cadangan tak mana satu hotel yang best dan budjetnya ok kat Manila. Ni kalau bayar mahal-mahal hotel haprak nak buat apa.

Lupa pulak aku nak story. Dalam sejarah malam semalam, aku kena saman kat Kuala Terengganu. Ciss...saman lampu break ke tiga tak menyala aje. Tak ada kerja betul lah polis-polis ni. Tapi tak apalah, dah kerja depa, nak marah pun tak bertempat juga aku ni. Tak apa, balik Selangor nanti aku selesaikan saman aku. Member kerja trafik ramai, tak ada hal punyalah. Kici punya kes.

Oklah aku nak pi masjid lepas ni. Atok aku dah panggil tu. Ok blah dulu.

Friday, May 30, 2008

iskandar journal

Dah sebulan lebih aku tak jenguk blog ni. Bukan sengaja tapi tak sempat nak update. Banyak cerita aku nak story kat sini. Dalam masa sebulan ni banyak benda dah berlaku. Bila aku nak update aje adalah pulak kerja lain yang kena aku buat. Itulah pasal aku malas nak mengadap PC.

Kerja kat ofis ni jangan ceritalah, dari dulu sampai sekarang tak berhenti sibuknya. Dalam sebulan lepas pulak aku sibuk prepair kursus anjuran jabatan aku. Banyak persiapan nak kena buat. Mungkin mudah kalau difikirkan tapi nak melaksanakannya cukup tersiksa. 'Kepala' yang uruskan kursus tu aku lah juga, jadi semua kerja aku buat sendiri. Bukan tak nak bagi pada orang lain tapi aku nak pastikan kursus tu berjalan dengan lancar dan yang paling penting berjaya. Kepuasan tu yang penting. Sebab yang datang kursus tu bukan calang-calang orang, semua orang-orang besar, VVIP lah katakan. Dari Penasihat, Pengarah sampailah ke kuli-kuli. Alhamdulillah atas usaha gigih kami semua, kursus tu mendapat pujian dan Big Boss aku kembang hidunglah bila orang puji. Kami cukup puas hati bila semua peserta kursus kembali dengan senyuman. Aku rasa seronok dan terlepas satu beban dengan kelancaran kursus tu.

Untuk pengetahuan korang aku sekarang ni dah memiliki sebuah kereta. Pergi kerja naik kereta. Malam-malam keluar makan dengan kereta. Jalan-jalan dengan kereta. Hisap rokok dalam kereta. Cuma belum tido aje lagi dalam kereta. Hihihi... Tengah gila sterenglah katakan. Kereta aku biasa-biasa aje, asal boleh berjalan cukup. Tapi yang bestnya, aku beli kereta tu empat tayar tapi dia bagi aku satu lagi tayar free kat dalam bonet. Boleh...hahaha... Sekarang ni rasa makin panjang pulak kaki aku nak berjalan ke mana-mana, pantang di ajak. E selalu teman aku walau ke mana pun. Sekarang ni mana ada aku, dia pun ada sekali. Setiap malam dia datang rumah aku. Aku ni kalau member tak ada, malas aku nak keluar jalan. Lepak rumah ajelah. Setakat ni alhamdulillah dah sampai ke Johor aku berjalan. Cuma dok menghitung hari nak balik ke Terengganu dengan kereta baru. Insyallah aku cuba gagahkan juga walaupun aku pun tak yakin dengan diri aku untuk drive sejauh tu. Apa yang penting, kita redah aje...

Om dah keluar pindah dari rumah aku. Korang jangan fikir aku halau dia pulak. Dia tak berani beritahu aku sebab apa dia pindah keluar (mungkin dia tahu aku tak setuju kalau dia nak pindah keluar) dia hantar msg aje. Dah hampir sebulan juga dia keluar dari rumah aku. Selidik punya selidik rupa-rupanya dia ada masalah keluarga. Tapi dalam selidikan aku tu pulak mendapati bahawasanya keluarga Om ni bermasalah sikit. Jadi aku pun faham situasi dia macam mana. Aku pun tak kisah sangat. Cuma rasa bosan pulak tinggal sorang-sorang ni. Tapi E pulak selalu datang rumah untuk menemani aku.

Malam tadi aku berbual-bual dengan E kat depan rumah aku. Sambil lepak-lepak tu kami hisap rokok. Entah macam mana tetiba aje dia lentokkan kepala dia atas bahu aku. Aku betul-betul terkedu. Biar betul mamat ni. Lama juga dia lentok atas bahu aku, aku memang diam time tu. Entah apa ada dalam kepala dia time tu pun aku tak tahu. Aku ni pulak jadi kayu, ialah dekat tempat public tu. Betul-betul kat luar pagar rumah. Aku biarkan aje. Kalau bab-bab lentok kepala atas bahu ni biasanya bekas-bekas awek aku aje yang buat.

Dah lama lepas tu kami baru bersembang. Entah macam mana terkeluar cerita dia berkahwin dengan bini dia. Dia kawin sebab terpaksa (adalah ceritanya tapi aku malas nak tulis kat sini, kan tu rahsia orang), kalau ikut hati dia (dan perangai dia sekarang yang aku perhatikan) tak nak dia kawin awal. Belum puas enjoy lagi. Tu lah sebabnya dia suka lepak dengan aku. E ni cukup bagus, dia ni suka tolong orang. Aku cakap aje apa pun, pasti dia tolong. Kadang-kadang rasa segan pulak. Tapi dia ni baguslah, rajin. Kadang-kadang terasa diri aku ni ada kelemahan berbanding dengan dia. Tak apa nanti aku cuba tingkatkan tahap kerajinan aku. Tak kiralah berkaitan kerja atau personal life.

Banyak lagi aku nak bercerita tapi nanti dululah, ni dah time nak pi jumaat. Jom pi masjid.

Tuesday, April 29, 2008

iskandar journal

Hari ahad lepas aku nak update blog. Cuaca panas gila. Tak senang duduk aku dibuatnya. Duduk depan kipas pun tak rasa apa. Dua tiga ratus kali aku turun naik semata-mata nak ambil air sejuk. Haus.

Tengahari panas tu E datang singgah rumah aku. Berpeluh-peluh dia. Rupanya baru habis tolong bini dia kemas rumah (dah dia tinggi, maknanya kerja yang sesuai untuk dia ialah membasmikan sawang-sawang yang wujud di muka bumi ni, padan muka dia, hahaha...). Kesian pulak aku tengok dia. Dia datang pun nak tanya aku dah makan ke belum. Kalau belum dia nak ajak aku keluar. Aku yang belum makan masa tu jadi seganlah pulak. Ialah kan bini dia ada kat rumah, kalau bini dia dah masak dan dia pulak makan luar dengan aku, ape ke halnya yoppp... Kesian kat bini dia pulak.

Dia pulak makin bersungguh nak ajak aku keluar makan. Aku tolak dengan baik. Aku kata baru habis makan (kebetulan pinggan breakfast pagi tu masih aku tak bawa turun ke dapur). Dia baring sebelah aku. Muka dia hampir rapat dengan muka aku. Aku boleh rasa hangat dan hembusan nafas dia. Nak aje aku tolong lapkan peluh kat muka dia. Geramnya...

Dia berbual sekejap dengan aku, lepas tu dia ajak aku keluar petang nanti. Pi minum petang dalam pukul 4pm. Aku baru berbincang dengan jemaah menteri pagi tu untuk melaksanakan projek tido untuk rakyat dalam waktu petang. Kacau daunlah mamat ni. Aku tak bagi apa keputusan pun, lepas tu dia minta diri. Rasa macam dia ambil berat tentang aku lebih dari isteri dia pulak. Terkompiuslah pulak. Opppsss...terlebih sudah.

Aku harap dia akan lupa tentang minum petang tu. Ialah cuaca panas gila tu. Menyengat kulit ni. Bahang jangan cakaplah. Tak sampai 5 minit lepas dia balik, member aku yang lain pulak call. Dia ajak makan tengahari kat rumah dia. Aku ingat nak menolak, dah dia paksa, kena pi jugaklah jawabnya. Bukan apa, bila dengar bini dia penat-penat masak, kesianlah pulak. Tengahari tu pekena laksa penang. Bolehlah buat kenyang perut.

Dalam pukul 3.30pm aku balik rumah. Baring-baring sekejap tetiba terlelap. Ialah perut dah kenyang dan bersesuaianlah dengan perbincangan aku dengan jemaah menteri. Tengah sedap-sedap tido E bunyikan hon kat depan rumah aku. Ciss... Paksa relalah aku bangun. Kesian kat dia, ialah panas-panas macam tu pun datang juga. Sebab dia bersungguh sangat, ikut ajelah dia. Dia bawa aku pi jalan-jalan. Lepas tu nampak gerai jual cendol. Lepak makan rojak, dia minum air kelapa (sakit kerongkong dan panas badan katanya), aku pulak minum cendol jagung. Bestnya. Dengki dia kat aku sebab tak dapat minum ais. Rokok dia pun dah tukar, ada hisap rokok budak-budak, Salem Mentol. Merah muka kena kutuk dengan aku. Dia kata tukar sekejap aje sebab sakit tekak punya pasal.

Malam tu aku lepak kat rumah aje. Layan tv. Semalam aku dah start oncall sampai ahad ni. Semalam sibuk yang teramat. Dari pagi sampai petang aku tak dapat rehat. Selamat makan free ada (sebab ada mesyuarat kat jabatan aku, aku tak terlibat pun). Ramai pelawat, vendor dan bermacam-macam jenis orang datang jumpa aku. Tak cukup mulut aku nak layan. Ialah kena bercakap banyak. Layan ajelah, dah memang kerja aku. Malamnya terbongkang.

Pagi semalam sempat aku keluar dengan Az (member yang aku baru kenal dalam sebulan lepas). Semalam berbual punya berbual terkeluarlah cerita pasal sekolah lama. Dia kenal pulak dengan Yus (kalau korang ada baca dalam tag Aku Seorang Lelaki, ada aku ceritakan pasal dia). Terkejut aku, dia lagilah terkejut. Kecil aje dunia ni aku rasakan masa tu. Az ni kawan baik Yus masa dari Form 1 sampai Form 3. Satu sekolah mahad.

Masa Form 4 & Form 5 dia dah satu sekolah dan asrama dengan aku. Rupanya Yus selalu cerita kat Az tentang aku. Walaupun diaorang dah berpisah tapi masa tu mereka masih berhubung. Terharu aku masa tu bila Az cerita balik tentang apa yang Yus cerita pada dia tentang aku. Semuanya baik-baik belaka. Tak cukup nafas aku rasakan masa tu. Tapi sayang, kali terakhir mereka berhubung masa Az nak berkahwin. Cerita terakhir Az tahu, Yus dah berpindah ke Sabah untuk melanjutkan pelajaran. Masa tulah depa terputus hubungan. Kebetulan pulak family Yus kat sini dah berpindah rumah juga. Dengar dia masih belum berkahwin lagi masa kali terakhir Az jumpa dia.
Teringat pulak kisah dulu. Dia antara insan yang paling romantik yang pernah aku jumpa. Kalau berjumpa dengan dia masa ni, entahlah apa akan aku lakukan. Rindu kat dia.
Hari ni pun aku tak larat dah nak berdiri. Pukul 6pm aku dah terbongkang. Nak buka mata pun tak larat. Penat sangat hari ni. Kerja jangan cakaplah. Berdiri aje 4 jam hari ni secara berterusan. Ni pun baru bangun tido, lapar punya pasal.
Lastly untuk hari ni thanks guys sebab wish tahniah untuk Lesen P aku. Aku berjanji kat korang yang aku tak akan mendrifkan jalan raya kat Malaysia ni. Jadilah pemandu yang berhemah. Aku bawa tak laju punyalah, kan Malaysia ni standart had laju dia 120km aje kat mana-mana jalan. Betul ke??? Hahaha...redah aje. Ok lah tu...

Saturday, April 26, 2008

iskandar journal

Alhamdulillah misi aku pada 24hb telah berjaya. Misi aku pada hari tu "pastikan stereng kereta aku tidak dirampas oleh pegawai JPJ. Nak dipermudah cerita (supaya korang paham) AKU DAH LULUS UJIAN MEMANDU. Yipeee...Hip, hip hureeey...
Aku macam tak percaya yang aku boleh lulus ujian tu. Sedangkan cikgu yang mengajar aku memandu tu pun tak yakin dengan aku. Member-member aku pun agak aku pasti kena ambik ujian kali kedua. Aku dengan sendirinya rasa tak yakin dengan diri aku. Selamatlah motivasi positif dalam diri aku masih ada lagi. Hari tu hujan lebat gila. Memang hujan rahmat bagi aku.
Berpeluh tu jangan ceritalah walaupun aircon kereta tu sejuk nak mampus. Ketar dok sebelah JPJ. Aku kebetulan dapat JPJ perempuan. JPJ tu pulak cikgu aku dah mark sebagai JPJ yang banyak songeh. Last-last nasib aku kurang baik dapat dia juga masa test tu. Cilakak...
Masa mula-mula kereta aku bergerak je dia dah mula bebel. Ada aje yang tak kena. Mula-mula tu tahanlah lagi. Tersengih ajelah aku. Masuk separuh masa kedua sakit pulak telinga aku ni. Aku buat tak dengar aje apa yang dia cakap. Nak aje aku berhenti kereta suruh dia turun jalan kaki. Mungkin dia tengok aku dah malas nak sengih, dia pun berhenti bercakap. Dia duduk diam aje sebelah aku. Baru aman. Aku pun dengan tenang dapat habiskan pemanduan aku (ewah ayat...pemanduan berhemahlah katakan).
Bila aku dah tamatkan pemanduan dia bagi keputusannya. Alhamdulillah lulus. Sebenarnya risau juga aku kalau dia tak luluskan aku. Aku berterima kasih jugalah kat dia. Sekarang aku dah dapat lesen P.
Lepas ni aku dok sibuk nak uruskan pembelian kereta. Kereta apalah aku nak beli. Tengah fikir-fikir lagi ni. Tapi E dah cuba tolong aku uruskan pembelian kereta. Aku pun percaya kat dia. Ikut ajelah apa dia pilih untuk aku. Kiranya kereta apa pun aku tak kisah. Asal boleh bergerak oklah tu. Kalau korang tanya aku pasal kereta memang aku serah dirilah. Pengetahuan aku tentang kereta ni pun kurang. Sejak dulu aku malas nak ambil tahu, walhal arwah ayah aku dulu peminat kereta.
Tak apalah nanti aku kena belajar juga. Kalau rosak aku juga yang susah. Lagipun taklah orang boleh perlekehkan aku pulak nanti. Sekurang-kurangnya aku tahu sikit-sikit tentang kereta ni.
Kiranya satu azam aku untuk tahun ni dah ditunaikan. Bila aku dah beli kerete nanti azam yang kedua pulak akan ditunaikan.
Malam semalam aku keluar dengan member-member aku. Kiranya buat kenduri sikitlah. Aku belanja makan malam aje. Tadi aku belanja E dan isterinya makan malam.
Oklah aku dah ngantuk sangat ni. Lain kali aku sambung lagi.

Sunday, April 20, 2008

Best tu...

video

iskandar journal

Dalam dua tiga hari ni keadaan kat tempat kerja aku tenang sikit. Dan setiap malam dalam dua tiga hari ni E datang jenguk aku. Ajak keluar makan dan habiskan masa sampai pukul 1am dengan aku. Malam ni rasa sunyi pulak dia tak ada untuk temankan aku. Rindu pun ada. Gatallah aku ni.

Sebenarnya aku tak tahu apa perasaan dia kat aku. Keliru aku dibuatnya. Kalau duduk dekat dengan dia rasa macam couple lah pulak. Dia pulak jenis tak kisah kalau aku nak duduk dekat-dekat. Siap kalau tengok handset kepala kami pasti rapat. Dia tak kisah (kalau aku lagilah tak kisah...hihihi...). Entahlah. Sejak kebelakangan ni pun dia banyak tolong aku. Dalam dua tiga hari ni pun dia yang sibuk tolong uruskan pembelian kereta aku (walaupun lesen P aku belum dapat lagi). Bersungguh dia nak tolong aku.

Pagi tadi dia datang jemput aku untuk breakfast sama. Sanggup dia bangun awal untuk teman aku makan. Bini dia pun belum breakfast lagi, boleh dia breakfast dengan aku? Semakin perasaan aku jadi keliru.

Malam semalam aku keluar pi The Mines dengan dia. Saja jalan-jalan. Petang semalam pulak hujan lebat gila. Malam tu masa keluar hujan masih renyai-renyai. Singgah pi makan kat sekitar The Mines (lupa pulak aku nama tempatnya). Masa keluar kereta tu siap dia rapatkan badan kat aku, kononnya macam nak lindung aku dari kena hujanlah. Masa duduk pun dia duduk sebelah aku rapat. Aku biarkan aje, rasa best pulak ada orang macam ambil berat kat kita. Masa makan lagi best, siap dia tolong tiupkan tomyam aku yang panas. Tapi tak pulak dia suapkan kat aku. Segan kot, lain tahun mungkin dia akan buat. Romantik pulak dia time hujan-hujan.

Semalam kopak duit aku beli handset baru lagi. Lebih kurang seminggu lepas aku baru aje beli N95 8GB. Semalam aku kopakkan duit sekali lagi pi beli 6500 pulak. Kiranya dalam bulan ni dah beribu-ribu duit aku habiskan untuk... Entahlah kadang-kadang rasa macam duit tu tak penting sangat pulak. Apa yang aku nak boleh beli, cuma perasaan ni masih lagi rasa kesunyian.

Aku rasa dalam bulan ni aje aku dah habiskan dalam RM6000. Entahlah apa aku beli. Berkenan kat hati terus aku hulur duit kat tokey kedai tu. Aku kopak, tokey kedai tu juga kaya.

Petang tadi Om datang lepak kat dept aku. Dalam seminggu ni langsung aku tak jumpa dia. Bila tengok dia rasa macam rindu pulak. Muka dia cute, mungkin rambut dah panjang sikit. Sembang-sembang sekejap aje. Minggu lepas aku marah dia pasal benda kecil aje. Entah apa mood aku tak baik hari tu. Masa kena marah tu dia dengar aje apa aku nak bebelkan. Lepas aku dah reda dia masuk berkurung dalam bilik dia. Petangnya dia blah keluar dari rumah. Bila balik dah larut malam. Malas aku nak bebel lagi tapi risau juga aku sebenarnya. Rasa sunyi pulak time dia tak ada kat rumah.

Dalam minggu depan aku akan ambil cuti untuk test lesen P dengan JPJ. Risau, banyak lagi kelemahan aku. Rasa yakin tu ada tapi tak sampai 70%. Tu yang buat aku risau. Redah ajelah. Korang doakan lah kelulusan aku nak menghadapi salah satu dugaan ni. Mintak-mintak lulus. Amin.

Ok aku blah dulu. Kepada member-member yang hantar email, aku nak minta maaf kalau tak sempat nak balas. Aku akan cuba balas juga bila ada masa nanti. Thanks atas sokongan korang. Kalau ada artikel menarik bolehlah kongsi dengan aku. Kita kongsi ramai-ramai dalam blog ni.