CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 16, 2009

iskandar journal

Lama dah aku tak update blog ni. Kesibukan dan kemalasan aku menyebabkan aku malas nak mengadap PC ni. Baik aku berehat dan mengisi masa lapang aku dengan bersantai. Ramai perli aku dalam email kata sejak aku ada awek ni semakin malas aku nak update blog. Bukan macam tu, kebetulan aku sibuk sikit dengan kerja seharian. Dan dalam masa yang sama sejak aku cuti balik kampung macam-macam benda berlaku. Ni pun aku baru balik bercuti dari Jakarta 9-12 Mac lepas.
Nak kata seronok pi Jakarta tu ok lah juga. Tapi aku tak puas hati dengan member aku yang sorang ni. Dah lah dia plan semuanya, sebab dia dah banyak kali ke merata tempat di Indonesia. Apa yang jadi korang nak tahu. Ada ke patut di bawanya kami ke shopping mall aje. Setakat nak ke shopping mall baik aku pi kat KL. Ialah bila kita pi tempat orang nak juga tengok tempat-tempat pelancongan dan bersejarah. Bukan gedung-gedung membeli belah moden. Kawan aku ni branded sikit sebab tu dia bawak kitaorang tempat-tempat macam tu. Aku jugalah yang last-last minit ajak dia ke beberapa tempat pelancongan yang aku tahu (yang tak ada dalam plan dia). Bayangkan selama 4 hari 3 malam kami cuma ke Muzium Nasional, Taman Mini Indonesia Indah, dan Monumen Masional Monas. Yang selebihnya banyak membazir masa dan tenaga ke mall. Mana tak sakit hati.
Member aku yang lain sampai tarik muka pasal tak puas hati. Hari last nak balik baru nak shopping cenderamata. Ada 1 jam setengah aje nak shopping sebelum bekejar ke airport. Mengeluh panjang kami dibuatnya. Selamatlah barang-barang aku sempat dibeli semuanya. Bolehlah tutup sikit ketidak puasan hati ni.
Jakarta bagi aku cukup membangun. Rasanya lebih maju dari KL (maksud aku dari segi pembangunan walaupun tak banyak bangunan yang cantik-cantik). Mungkin sebabnya keluasan tanahnya berbeza dengan KL. Jalanrayanya teratur dan bersih (setakat lorong-lorong tu biasalah, kotor dan berselirat sikit). Penduduknya ramah dan senang berkomunikasi. Dan seperti biasalah, pasti mereka akan memuji Malaysia. Bangga juga aku. Dan pastinya mereka akan beranggapan masyarakat Malaysia adalah orang kaya sama seperti Singapura.
Cuma tiga perkara yang aku tak berapa suka. Satu kepadatan penduduknya, dua sebab banyak gerai-gerai makan yang ada di tepi jalan yang mencacatkan pemandangan dan yang ketiga kesesakan dan bunyi hon sepanjang perjalanan menaiki teksi. Dan tambahannya satu lagi, aku tak selesa dengan kawalan keselamatan yang ada di muka pintu setiap mall. Alhamdulillah Malaysia bebas lagi nak bergerak. Indonesia sama dengan Filipina. Tapi selamat kawalan keselamatan di Indonesia bersikap profesional dan ramah berbanding Filipina.
Airport nya jangan cakaplah. Bersyukur kita tinggal kat Malaysia ni. Segala kemudahan kat Malaysia ni first class (maksud aku dari segi kemudahan). Betul kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Dan kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang. Jadi apa pasal lah pemimpin-pemimpin kita masih bercakaran? Yang sengsaranya kita ni sebagai rakyat. Kalau kita sibuk-sibuk pun bukanya gaji kita bertambah. Kerja makin banyak adalah.
Tengahari tadi aku ke Jasin Melaka dengan awek aku. Kawan dia kawin dengan lelaki cina mualaf. Tak hensem pun jantan tu. Aku masuk dewan tu ingatkan dah tersalah majlis. Ramai kaum cina dari melayu. Sampai kitaorang pi dekat dengan pelamin nak confirmkan yang kitaorang ni tak salah majlis. Makanan kenduri sedap juga. Sampai aku tambah 2 kali (tak pernah dibuat dek aku kat kenduri lain).
Malam tadi awek aku datang rumah, hantarkan bubur lambuk. Bolehlah makan, dari tak ada apa yang nak ditelan. Tak best sangat pun. Apa-apa pun alhamdulillah rezeki free. Boleh? Aku ni bab mengomen masakan serah kat aku. Tu yang awek aku fobia nak masakkan untuk aku. Nak suruh aku masak jangan harap, aku ni masak yang biasa-biasa bolehlah.
Hari ni juga first time aku berbual dan bertentang mata dengan mak awek aku. Orangnya lembut aje. Rancak juga kami berbual walaupun dalam 15 minit aje. Selamatlah aku ni peramah dan banyak mulut. Dan pandangannya tentang aku cukup positif (tu awek aku katalah malam tadi).
Oklah lain kali sambung (entah bila aku free gamaknya). Esok aku dah oncall. Aku blah dulu.

3 orang telah bersuara:

J_Lee said...

wahhh beb.. lamer ilang ko ek?
dok melayan awek rupanyer.. anyway thanks for keeping me update on ur latest adventures kt indo tu man.. xder ker citer2x panas masa kat indo tu :) ? (jgn marah ekk...sajer2x nk sakat ko :)

Tuan Iskandar said...

Sorrylah bro lama tak update. Penyakit MALAS aku dah sampai. Kat Indon tak ada cerita panas, aku pi dengan geng-geng aku. Tapi ada jugalah kena ngurat dek mat2 Indon kat sana. Nak2 kita ni orang asing, sukalah diaorang berbual dengan aku. Siap ajak balik pun ada. Tak kuasa aku nak layan, takottttt...

lillies said...

salam..
wah...dah jupe bakal mertua nampak..bila nak belanje nasik minyak neh???hehehe.....jangan lupe jemput ekk...hehehe..