Dah lama rupanya aku tak update blog ni. Aku pun tak perasan. Bukannya sibuk tapi entahlah, ada aje aktiviti aku sejak dari isnin lepas. Ok aku story apa yang aku ingat ajelah apa yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni.
Pagi ahad tu ada kes tapi kerja sampai tengahari aje. Petangnya time lepak, tapi aku tertido. Petangnya bila bangun rasa macam puas sangat pulak tido lama-lama. Aku buatlah kerja apa yang patut. Malamnya kebetulan selepas selesai satu kes aku dengan beberapa orang budak-budak yang oncall sekali pi makan kat restoran Rimbun Klasik. Dah lama tak ke sana. Order makan sakan yang teramat. Ikan siakap 3 rasa, sup ekor, kailan ikan masin, sotong dan udang goreng. Puas hati sebab sedap. Bila dah habis makan kitaorang lepak kat sana, kebetulan ramai awek cun-cun (balak cun-cun tak ada pulak malam tu). Memeber-member aku ni pun apa lagi, mulalah gatalnya. Macam tulah bila lelaki berkumpul, biarlah bini ngan anak ada kat rumah pun, mata tetap galak. Mulut mengomel dan mengkritik setiap susuk badan awek-awek tu, aku pun terlayan sekali dengan gelagat depa.
Malam tu bila balik aku tak dapat nak tido sangat, panas. Mungkin lepas pekena sup ekor. Terpaksa aku buka baju walhal dalam aircon pun. Last-last dalam pukul 4am ada satu kes, membawalah ke pagi aku tak tido. Bila paginya ofis dah buka, aku sambung kerja. Banyak fail-fail yang bertimbun atas meja aku. Nak siapkan dalam sehari memang tak sempat. Buatlah sikit-sikit. Petang dalam pukul 3pm ada mesyuarat, segar sikit biji mata ni. Apa taknya time nilah aku nak smach mamat sorang ni. Mamat ni bahagian IT yang jaga dept aku, lama dah aku geram. Hari tu memang peluang aku nak lepas geram. Puas sangat masa tu, selama ni dia aje yang bising kat aku sekarang time aku pulak balas dendam kesumat aku ni kat dia. Petangnya bila balik rumah sakit-sakit satu badan, pinggang aku rasa nak tercabut. Entah kenapa pun aku tak tahu. Lepas maghrib aku tolong member aku basuh rumahnya. Member-member yang menumpang dengan dia baru berpindah keluar. Sebelum ni rumah dia teruk sangat keadaannya, macam tongkang pecah. Maklumlah budak-budak bujang tinggal. Lepas kemas rumah dia, kitaorang pi makan. Balik dari makan terus aku tido. Tak laratlah, dahlah pinggang aku sakit.
Hari selasanya Hari Keputeraan Sultan Selangor, aku cuti. Bangun dalam pukul 11am. Best tido time-time cuti ni. Lepas bangun aku kemas rumah, dah lama tak mengemas. Dalam pukul 3pm baru keluar makan, sambil tu pi Jusco, shopping. Aku tak shopping sangat, tapi temankan member-member lain membeli. Aku cuma beli majalah aje. Puas shopping, tengok-tengok dah maghrib. Tak sedar langsung. Balik solat maghrib sekejap lepas tu keluar sekali lagi untuk aku cari kabinet dapur. Bila dah beli terus kitaorang pi makan malam.
Hari rabu rasa malas nak pi kerja. Kenapalah manusia kena bekerja? Siapa yang pandai-pandai cipta pekerjaan ni dulu? Sampai ofis buatlah kerja yang tertangguh. Ingat nak sambung tido, tapi ada kes sampai ke petang. Tahan ajelah. Berita gembira bila tarikh mesyuarat ke Melaka ditunda. Boss aku boleh pi, jadi cuti aku tak kena kacau. Yahooo...
Malamnya kabinet dapur aku sampai. Aku beli dua set tapi satu terpaksa aku reject sebab ada kerosakan sikit. Lantai dapur aku pulak tak dicuci lagi. Malam tu ingatkan nak basahkan dengan air sabun aje, last-last aku tercuci sekali lantai tu. Aku pun tak sedar masa aku mencuci tu, bila dah siap baru aku teringat yang aku nak cuci esok. Alang-alang dah cuci, aku mop kering terus aku letak kabinet tu kat dapur. Nampak sangat kepala aku dah mai-mai. Buat tindakan tanpa disedari.
Semalam ada jamuan kecil kat tempat kerja aku ni. Sambutan hari jadi staf, adalah makan-makan. Kenyang makan nasi beriani. Balik dari kerja terus aku tertido, kepala aku berdenyut dari paginya lagi. Nak keluar makan malam pun tak larat. Pagi ni bila bangun baju aku tak gosok lagi. Kelam kabut aku dibuatnya. Sampai kat tempat kerja macam biasa. Pagi ni walhal ada kes pun sempoi lagi, keadaan terkawal (macam pak guard selalu tulis dalam buku rondaan diorang tu).
Untuk makluman korang kalau tak ada aral melintang mungkin aku akan balik ke kampung esok pagi. Itu pun bergantung pada cuaca. Dengan keadaan jalan banyak ditenggelami banjir, kurang pasti pulak boleh atau tidak nak balik ni. Aku pun masih was-was. Mintak-mintak surut air. Aku kesian pulak kat sorang member aku ni. Lepas raya ni dia nak kawin, kalau banjir tak surut, apalah ceritanya nanti. Bersanding atas rakitlah jawabnya. Kota Bharu dah naik air, jalan PCB dah ditutup. Alamat menangislah member aku sorang ni. Tapi tak apalah, kawin tetap kawin. Ialah kan musim hujan, jadi syolah berlaga pusat. Hujan-hujan ni kan sedap kalau mengawan.Hihihi...
Berkaitan blog ni pulak, aku ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia dan member-member blog sebab menyokong aku. Bukan nak cakap besar tapi satu kesimpulan yang korang beri kat aku ialah "Ini blog aku. Jadi suka hati akulah nak buat apa pun". Betul tak? Aku akan teruskan blog ni macam biasa tapi terpulanglah kepada pembaca yang 'NORMAL' sikapnya untuk dari tidak melawat blog ni. Atau buat-buat tak tahu pun tentang kewujudan blog ni.
Ok aku blah dulu, nak pi solat jumaat. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban. Berbanggalah dengan pengorbanan yang telah dan akan kita lakukan. Sesungguhnya mungkin kita sendiri tidak tahu dengan apa yang kita lakukan tapi insyallah balasannya tetap akan ada. Aku juga nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf jika aku ada tersalah bahasa dan terkilaf maksud sepanjang aku melibatkan diri dalam blog ni. Sesungguhnya aku ni manusia yang 'daif' dan 'miskin', hanya kepada Dia sajalah semua kebijaksanaan dan kekayaan. Maafkan aku sekali lagi.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment