Dah lama juga aku tak update. Ramai dah merungut. Mintak maaf bebanyak. Biasalah sibuk minggu ni dengan oncall. Masa yang ada amat berharga bagi aku untuk tido. Jarang nak mengadap PC selain dari buat kerja aje. Bosanlah kadang-kadang rasanya kehidupan aku ni. Tak ada dah kehidupan sosial. Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja. Macam mana aku nak mencari teman hidup yang sesuai. Nak date pun susah, takkan nak keluar malam aje date nya. Baik lepak atas katil, boleh guling-guling.
Berikut aku cerita urutan peristiwa (bukan urutan batin) sepanjang aku tak ada kat sini.
Pagi 15 Disember lepas aku bangun awal dalam pukul 5am gara-gara janji member aku nak bertolak pagi-pagi buta lepas subuh untuk balik ke kampung. Aku punyalah bersungguh mengemas beg baju pagi tu sebab malam sebelumnya aku kepenatan nak mengemas. Last minit lah kiranya ni. Pukul 6am aku dah siap. Aku pun tunggu lah member aku datang, sebab aku tumpang naik kereta dia. Tunggu punya tunggu jam dah pukul 8am. Aku pun call dia. Dia baru bangun tido. Sumpah seranah aku kat dia pepagi tu. aku punyalah bersungguh nak balik, dia selamber kodok aje baru bangun tido. Siap gelakkan aku pulak tu sebab bersiap awal. Lastly dia batalkan perjalanan hari tu sebab dalam berita masih banjir kat Kelantan dan Terengganu. Tak jadilah aku nak balik pagi tu. Sebelah rumah aku pulak pepagi buta dah bising, tengah buat renovation. Sampai ke tengahari. Selamat aku dah bangun awal, kalau tak mamat indon yang kerja tu pasti kena maki dengan aku sebab hari-hari cuti dok buat bising mengrenovate.
Pagi 16 Disember dalam pukul 10am kitaorang bertolak balik melalui Grik. Member aku nak singgah rumah tunang dia untuk hantar dan ambil barang hantaran. Dalam pukul 2pm kitaorang sampai di Grik. Selepas makan, solat zohor dan rehat-rehat sekejap barulah kitaorang bertolak ke Terengganu. Member aku ni duduk kat Kota Bharu tapi dia hantar aku sekejap. Alah dah biasa pun dia. Bukan sekali dua aku balik dengan dia. Petang tu dalam pukul 7pm baru sampai rumah aku. Lepas mandi dan solat maghrib aku lepak-lepak berbual dengan family aku. Hilang rasa penat dapat berbual dengan depa. Malam tu memang nyenyak aku tido.
Dari 17 hingga 19 Disember aku tak ke mana-mana. Hujan sepanjang masa. Hujan dalam 2 hingga 3 jam lepas tu cuma berhenti setengah jam aje, lepas tu hujan semula dalam 2 hingga 3 jam, punyalah lebat, nak ke mana-mana pun tak boleh. Terperuklah aku kat rumah melayan TV. Selamat line Astro kat rumah aku clear walaupun time hujan. Dapat aku tengok TV.
Pada 20 Disember Hari Raya Aidiladha. Paginya aku tak sempat nak sembahyang raya. Adik aku guna kereta, dahlah pagi-pagi tu hujan takkan nak naik motor. Adik aku ni pun satu, boleh dilupanya aku yang kat rumah ni. Dia lepas hantar mak aku pi kerja terus ke masjid. Aku ni dengan adik aku yang lain tunggulah kat rumah tu. Balik dari masjid slamber kodok aje dia tanya, "awal balik sembahyang, gi masjid mana?". Bengkek aje. Tapi nak marah pun buat apakan pepagi raya. Dari pagi sampai tengahari aku melayan keluarga aku yang datang ke rumah beraya. Meriah dengan kehadiran diaorang. Aku jugalah kena jadi tuan rumah, mak aku kerja pagi. Pukul 2pm baru dia ambik alih tugas aku melayan tetamu. Ingat nak melawat kubur arwah ayah aku tapi hujanlah. Kena tangguhkan esoknya. Family aku tak buat korban tahun ni. Pagi tu jiran aku buat korban, diorang buat kat tanah lapang sebelah rumah aku. Dapatlah aku tengok depa menyembelih lembu. Nak tolong dah ramai yang memegang parang dan pisau. aku ni ambil bahagian juga, aku tolong tengok ajelah. Mulai hari tu juga bekalan daging kat rumah aku berlambak. dalam freezer penuh dengan daging aje. Setiap hari makan mesti ada lauk daging, muak rasanya. Sampai satu ketika aku makan nasik dengan telur dan kicap aje. Ialah jadi loya pulak bila tengok lauk daging aje.
Malam tu kitaorang buat BBQ. Ramai family aku berkumpul sekali lagi. Hari pulak hujan, sedap bila pekena BBQ. Aku beli 5 ekor ayam yang besar-besar untuk dibakar. Adik aku pulak rajin nak membuat sate. Family aku yang lain pulak bawa makanan dan pencuci mulut. Meriah rumah aku dengan sepupu aku yang kecik-kecik dok berlari ke sana sini (terfikir juga bilalah aku nak dapat baby). Aku pulak dok melayan pakcik-pakcik aku berbual. Macam-macam kisah lucu depa dok cerita. Walaupun aku ni anak sedara aje tapi depa treat aku dah dewasa, jadi setakat cerita merapu tu aku dah boleh join the club. Biasalah bila lelaki berbual pasal lelaki.
Pada 21 Disember sepatutnya aku ke Pasir Mas untuk konvoi pernikahan kawan aku. Tapi atas beberapa sebab, kenalah batalkan. Family aku kena pergi kenduri rumah saudara. Dia buat korban. Takkan aku tak pergi. Kalau ikutkan hari tu ada 4 rumah kenduri kena pi. Yang laratnya cuma 3 kenduri aje, sebab lepas mahgrib kami singgah ke rumah pakcik aku. Lepas sampai ke rumah terus aku terbongkang. Perut dah kenyang badan dah penat, mata pun terpejamlah.
Pada 22 Disember dalam pukul 11 am aku dan beberapa orang family aku serta mak aku ke Kota Bharu. Member yang aku tumpang kereta tu nak kawin. Mak aku bersungguh nak pergi sebab member aku ni dah macam anak angkat dia juga. Sampai di KB dalam pukul 1pm, terus ke rumah dia di PCB. Kitaorang berkumpul kat sana, ramai juga member-member dia yang lain berkumpul juga. Seronok time tu bila dapat jumpa member lama. Ialah dah masing-masing sibuk sebelum ni dengan urusan sendiri, sekarang bila dapat jumpa, tak dapat gambarkan keseronokannya bila berjumpa semula. Mak aku dan kakak member aku ni pun dah jadi best friend dari dulu, bila berjumpa tu tak jadi kerjalah, berbual aje. Dalam pukul 2pm lebih tu kitaorang bertolak ke Pasir Mas untuk majlis persandingan member aku ni. Sampai sana meriah yang amat, ramai tetamu. Aku ni jadi jurugambar tak bertauliah. Aku ingatkan nak nak ikut rombongan aje. Sampai selesai aku kena tangkap gambar depa dok bersanding. Nak dipendekkan cerita, sebab kerajinan aku tu aku dapatlah makan semeja dengan pengantin. Lauk kenduri sedap-sedap, tak menyesallah kalau datang hari tu. Lepas selesai tu aku dengan family aku singgah ke Kubang Kerian, rumah pakcik aku. Lepak sana sampai jam 11pm. Balik macam biasalah, terlelap aku dibuatnya.
Pada 23 Disember pulak sekali lagi aku ke Kelantan. Dalam tengah harinya aku singgah ke Kubang Kerian sebab saudara sepupu aku bersanding. Lepas makan-makan kat sana terus ke PCB pulak untuk majlis sambut menantu member aku. Sampai-sampai aje member aku ni dok tunggu depan tangga. Diserahnya handycam kat aku untuk take over kerja-kerja merekod. Sebelum tu aku pi jumpa dengan member-member aku yang lain, jauh depa datang. Mintak-mintak kenduri aku pun meriah macam tu lah juga hendaknya nanti. Masa tu lah aku berjumpa dengan Naim, bekas kekasih lama. Dapatlah berbual-bual sekejap sebelum aku menjalankan tugas aku sebagai seorang fotografi tak bertauliah. Rindu juga dengan dia. Rasa rugi pulak tak berbual lama dengan dia. Tapi mungkin kalau ada jodoh bertemulah semula. Tak terfikir pulak aku nak ambil nombor hset nya. Petangnya dalam pukul 6pm kami bertolak balik ke Terengganu. Malamnya aku naik bas balik ke Selangor.
Pagi 24 Disember dalam pukul 6am aku sampai ke tempat kerja. Terus aku ke bilik oncall. Dalam pukul 8am bermulalah aku oncall. Sehinggalah ke saat ni aku tido kat sini sebab oncall. Esok pukul 8am aku habis oncall untuk minggu ni. Lega hati ni. Tapi lepas seminggu aku naik semula oncall, member aku bini dia nak bersalin, terpaksalah cover dia. Kiranya bulan depan selama 14 hari aku tak ada kat rumah disebabkan oncall. Rugi rasanya bayar sewa rumah. Tulah pasalnya aku merungut. Kehidupan sosial aku dah hilang, tak macam dulu. Bosan rasanya. Terasa macam nak mencari seseorang di sisi aku. Sekurang-kurangnya boleh buat teman berbual. Siapa nak offerkan diri untuk jadi teman aku. Syarat-syaratnya akan di edarkan kemudian. Hihihi...acah aje.
Malam tadi aku keluar makan. Ada sorang mamat ni pandang aku dengan gaya mengoda. Tersenyum kat aku,walhal member dia ada kat depan dia. Nak kata pandang orang lain, belakang aku tak ada orang dah. Aku pulak jadi takut. Member aku pun perasan dia dok tengok kat aku. Smart budaknya, kalau korang tengok rasanya berebut nak buat laki. Oklah aku nak sambung tido dulu. Ambil tenaga nak kerja esok. Seharian hari ni aku kerja, tak tido lagi ni.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment