CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 09, 2007

iskandar journal

Hari jumaat lepas memang kelam kabut dibuatnya ofis. Aku yang cuba control cool, terjebak juga ikut kalut. Last-last aku tarik nafas panjang dan blah ke tempat yang aman sikit. Semua orang jadi kalut, jadi nak marah-marah. Baik aku terjebak sikit-sikit aje. Sampai ke saat ni kalau ingat balik keadaan masa tu, nak marah pun ada. Apa taknya salah sorang staf aku ni boleh terkeluar soalan bodohnya time orang dok tengah kalut dan nak selesaikan semua kerja dengan cepat. Aku suruh fotostat satu borang yang biasanya jadi prosedur, boleh dia tanya member aku balik perlu ke dia fotostat borang tu sedangkan boss tak fotostat pun. Hati aku terus mendidih tahap dewa time tu, terus aku ketap gigi aku rapat-rapat dari aku menyemburkan kata-kata pedas kat telinga dia. Yang aku nak marahnya dia siap bandingkan kerja aku dengan kerja boss, aku peduli apa kalau dia nak persoalkan pun, janji aku ikut prosedur. Kerja dah lama pun tak reti-reti lagi. Kalau jadi sesuatu pun biarlah boss aku tanggung kalau dia tak perlu fotostat benda tu. Aku tak nak menyusahkan kerja aku dikemudian hari, baik aku setkan borang-borang tu ikut prosedurnya. Bengang betul aku time tu, tapi aku tahanlah mulut aku ni dari mengomel. Last-last dia pergi juga fotostat, mungkin tengok air muka aku berubah time tu.

Petangnya salah seorang pegawai aku, paksa aku ganti boss aku pi meeting kat Melaka 14-16hb ni. Aku dah plan nak balik raya awal, dia pulak pandai-pandai paksa aku. Aku tolak juga, dia nak mengadu kat Big Boss. Aduh...lemah betul aku time tu, nak aje aku tampar mulut dia. Sepatutnya boss aku pergi, nama dia yang naik kat surat panggilan (ialah semua nama dalam senarai tu boss-boss aje, takkanlah ikan bilis macam aku kena wakilkan dia??? layak ke aku???). Kacau betullah, time aku nak cuti, time tulah nak kacau. Bengang tahap dewa time tu. Boss aku pulak kena cover meeting kat KLCC 13-15hb. Aku pulak plan nak balik kampung malam 14hb ni.

Malam kelmarin aku dapat tido dengan tenang. Selamat tak ada kes sangat. Pagi sabtu kes selesai dalam pukul 1pm. Bermula dari jam 9am, oklah petangnya dapat rehat. Aku pi bantai layan VCD yang aku beli hari tu. Tup-tup aku tertido. Malamnya sampai sekarang, lepas tengok tv terus aku mengadap PC, mintak-mintak malam ni ngan esok tak ada kes.

Jumaat lepas aku jumpa budak cleaner yang pernah kerja kat dept aku dulu. Masa dia kerja dulu, aku selalu bertekak dengan dia. Bertekak hal-hal mengarut aje, seronok dapat bersembang merapu dengan dia. Sebenarnya dia dipindahkan ke Putrajaya sebab di naikkan pangkat. Tak tahan kerja kat sana, tu sebab di mintak tukar ke mari semula. Dia rela turun pangkat dari kerja kat sana. Dapat jumpa dia, hilang rasa bengang aku untuk satu hari jumaat lepas. Seronok berbual dengan dia, dapatlah aku senyum dan ketawa semula. Kalau mengadap juga muka staf aku yang lain mau nya masam mencuka aku seharian tu.

Ini untuk selingan ajelah, ingat lagi tak budak (yang aku cerita pada entry lepas) yang baru lapor diri kat sebelah dept aku ni? Petangnya lepas balik kerja aku saja lepak kat dept diaorang. Aku masuk aje dia dok sibuk main handset dia. Tujuan aku saja nak sembang dengan senior staf kat situ. Dia pulak asyik pandang kat aku aje, aduh cair juga aku dibuatnya. Muka tak senyum, tak masam (nak terangkan macam mana ekkk...?) bila dia perhatikan aku. Aku pulak serba salah nak senyum atau tidak kat dia. Last-last disebabkan rasa tak selesa dipandang dan dijeling-jeling olehnya, baik aku blah. Aku blah pun sebab takut hati ni tergoda kat dia, oh tidakkk... Dah lama tak ada mata yang memerhatikan aku sedemikian cara. Pandangan yang mampu menceritakan segalanya.

Untuk makluman korang dalam seminggu dua ni, banyak pulak email dari awek-awek tentang blog ni. Kebanyakannya menasihatkan aku untuk kembali ke 'pangkal jalan'. Ada tu siap kasi potongan ayat dari Al-Quran dan Hadis. Kadang-kadang terfikir juga aku, perlukah aku memberhentikan blog ni? Ialah kalau diteruskan, 'menyakitkan mata' mereka yang tak sealiran dengan jiwa aku untuk membaca blog ni. Dan banyak jugalah nanti cadangan, nasihat dan syarahan yang akan aku terima dalam email. Aku dah biasa dengan keadaan ni sebelum ni, dan aku dah fikirkan semasak-masaknya bila aku nak mulakan blog ni lagi. Pasti akan ada mereka yang tidak bersetuju dengan cara penceritaan dalam blog ni. Itulah sebabnya aku nak pendapat dari korang sama ada aku kena tutup blog ni atau teruskan. Atau teruskan juga tapi tanpa cerita 'merapu' dan gambar 'xxx', just cerita tentang kehidupan kerja aku aje. Aku perlukan pendapat korang segera. Please...

Lepas ni aku plan nak sambung tengok VCD. Layanlah sengsorang. Oklah jom blah dulu, nanti kita sambung lain kali pulak.

4 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Alamak bro, janganlah tutup blog ni. Jangan layan minah2 tu. Tangkap rogol aje diaorang tu, baru mulut diaorang boleh tutup.

Anonymous said...

Long life bisex

Anonymous said...

Kan ko dah tulis kat tag tu. Blog ni utk bisex aje, yang tak berkenaan tu suruh blah ajelah. Diaorang ni tak reti baca agaknya.Biar aku korek bijik mata diaorang tu. Beritahu aku sapa yang pandai2 nak basuh ko tu, biar aku basuh pulak dia.

lelaki melayu said...

loh abg nih.. standby jek berus jamban pink. Jangan layan minah-minah tuh.