Hari ni banyak jabatan buat rumah terbuka. Disebabkan Pengarah tidak bagi setiap dept buat secara besar-besaran jadi setiap dept panggil orang penting-penting ajelah. Aku ni taklah penting sangat tapi disebabkan aku ni berkawan dengan depa dah lama jadi diaorang jemputlah juga. Biasalah kawan.
Dipendekkan cerita kembung perutlah makan hari ni. Tadi sempat juga aku timbang berat badan, selamatlah dah kurang 2 kilo. Patutlah seluar dah longgar. Tapi kalau nak slim sikit kena turunkan banyak kilo juga.
Yang aku tak laratnya, telinga aku kena tahanlah dengan akak-akak yang nak TOLONG mencarikan jodoh untuk aku. Faham-faham ajelah, kalau dah ramai-ramai dok tolong mencarikan, riuh satu jabatan. Big boss aku pun tolong pekena aku juga. Merah muka aku tahan segan. Tapi aku tahu, niat diaorang baik. Aku layan ajelah karenah depa.
Hari ni juga berita gembira buat aku. Aku terkejut petang tadi sebab terima satu sampul surat dari pejabat. Resah juga mulanya, ingatkan surat untuk pindah dept. Bila buka, tersenyum lebar aku. Tahun ni aku layak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha aku akhirnya Allah terima juga pengorbanan aku. Anugerah tu akan disampaikan pada hari isnin ni di Shah Alam.
Apa-apa pun bermula esok aku akan bercuti balik ke kampung selama 4 hari. Balik berayalah kiranya. Kepada pembaca blog aku yang beragama Hindu aku ucapkan Selamat Menyambut Pesta Cahaya. Semoga korang bergembira bersama keluarga. Khas untuk kawan-kawan email Ravi, Siva, Jacson dan Segar, Happy Deepavali.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment