CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 19, 2007

iskandar journal

Minggu lepas penat sungguh. Pasal minggu oncall. Ada time lapang aje, memang aku curi tido. Tak tahu aku kenapa kes minggu lepas banyak yang teramat. Yang bestnya minggu aku oncall banyak pulak orang VVIP datang. Agaknya aku nak dapat pingat Dato' kot. Hihihi... Kalau berurusan dengan orang VVIP ni paham-paham ajelah, leceh. Semua nak cepat, diaorang ni tak fikir ke kat orang lain yang dah tunggu lama. Nak tak nak layan ajelah dengan sopan dan mesra walaupun dah berat bibir aku nak senyum sebab kepenatan. Kalau tak ambil berat maunya di komplennya aku nanti, aku juga yang susah.

Aku balik bercuti ke kampung pada malam rabu minggu yang lepas (malam deepavali). Balik dalam pukul 1am. Tumpang kereta member aku. Dia nak berpuasa esoknya jadi keluar jam 1am tu merangkap sahurlah bagi dia, aku temankan aje. Disebabkan penat sangat malam tu aku tak dapat nak layan dia berborak. Sepanjang perjalanan aku tertido, kalau tak silap aku sampai Kuala Lipis dia pun tido juga. Pukul 8am lebih baru mulakan perjalanan semula. Tak tahu aku kenapa penat yang teramat hari tu. Sepanjang perjalanan aku banyak terlelap, sedar setengah jam lepas tu tido sejam. Macam tulah berulang sampai aku tiba dirumah. Selamat member aku aje yang drive. Zalimkan aku...

Sampai kat rumah dalam pukul 1230pm. Mak aku pulak keluar ke pasar. Tinggallah adik aku sorang kat rumah. Sorang lagi adik aku ada kelas tambahan, kan sekarang SPM dan STPM. Adik aku berdua tu tengah ambik examlah sekarang ni. Kalau dapat A banyak, kopaklah duit aku nak bayar hadiah saguhati kat diaorang. Budak-budak tu pantang exam, mesti tuntut hadiah punyalah. Tak apalah asal depa dapat markah bagus, untuk kesenangan depa juga, aku pun tumpang bangga.

Sepanjang aku dok kat rumah, banyak masa habis melawat ke rumah saudara. Jalan-jalan. Kalau tak pun aku tido aje kat rumah. Sana hujan lebat gila, maklumlah dah masuk musim tengkujuh. Pagi ahadnya aku pergi ke Kota Bharu. Tunggu member aku ambik kat sana, dia malas nak turun ke Terengganu. Tunggu punya tunggu adalah 3 jam aku terpacak kat bas stand Kota Bharu. Dia ada urusan nak diselesaikan pagi tu. Sempat juga naik ke KB Mall untuk makan. Lepas makan terus bertolak semula ke KL.

Sepanjang perjalanan tak ngantuk sangat tapi kepenatan. Aku dengan penat menunggu kat bawah panas terik, member aku pulak penat berkejaran nak menguruskan hal dia pagi tu. Dalam kereta pun berbual gitu-gitu aje. Sampai kat rumah dalam pukul 1am. Penat jangan cakaplah. Sampai aje rumah terus baring atas katil. Nyenyak gila tido sebelum aku kena bangun pukul 5am untuk ke Shah Alam.

Hari isnin lepas macam aku cerita pada entry yang lepas aku terima hadiah Khidmat Cemerlang. Penat balik dari kampung tak habis lagi, naik bas pulak (jabatan sediakan) ke Shah Alam. Pendaftaran pukul 9am, ciss... apa ke halnya depa dok bertolak awal sesubuh morning. Bengkek aje hati ni. Sampai Shah Alam driver bas tu main pusing-pusing bandar pulak, rupanya driver tu tak tahu jalan. Alah.... sabar ajelah.

Sampai kat sana dah ramai orang datang. Ramai member-member aku dari sekitar negeri Selangor yang datang. Masing-masing jenuh mengucapkan tahniah sesama sendiri. Seronok pulak rasanya, jumpa member lama. Ialah kalau nak jumpa bodoh-bodoh macam tu mana ada masa, time macam nilah baru dapat jumpa. Barulah dapat bertanya khabar dan perkembangan semasa. Soalan pertama dan khas untuk aku biasalah, dah kawin ke belum. Kena jawab ke?

Petang tu sepatutnya selepas majlis aku dapat cuti tanpa rekod 1 hari. Disebabkan aku malas nak menyusahkan member-member aku untuk oncall, aku pun sambung ajelah bekerja. Alah malas aku nak keruhkan keadaan balik, baik aku buat oncall. Dan sepanjang minggu ni tak payahlah aku nak cerita berapa sengsaranya aku oncall. Letih gila. Takut korang pulak bosan dengar cerita aku pasal kerja.

Sepanjang aku oncall, hari ni baru aku dapat balik ke rumah. Petang sat lagi lah, aku dah habis oncall minggu ni. Hari Khamis lepas aku balik sekejap, bagi kura-kura aku makan, kesian depa kena puasa juga sepanjang aku tak ada kat rumah. Sepanjang aku oncall aku tido kat jabatan, tido dalam bilik rehat.

Oklah aku nak blah dulu. Kat sini atas permintaan ramai aku bagi jugalah gambar yang bertaraf 'XXX' kat korang. Nak sambung cerita 'Aku Seorang Lelaki' lambat lagi, tak ada mood nak menaip. Ok gambar ni dari koleksi aku, bukan aku punya gambar.

0 orang telah bersuara: