Sabtu dan ahad lepas aku bercuti ke Selesa Hill Resort, Bukit Tinggi Pahang. Ada Family Day Dept. Aku bertolak dalam pukul 2.30pm, tumpang kereta sorang staf aku. Sampai sana dah nak dekat pukul 3.30pm. Jalan sesak sikit. Sampai sana terus aku check in. Aku tinggal sebilik dengan Sahak. Azabnya nak panjat tangga sampai ke tingkat 4. Tapi bilik boleh tahan juga. Ada staf lain yang dapat bilik lagi sempi dari aku. Aku punya kalau nak bawak satu family pun boleh duduk sama, luas. Aku duduk dengan Sahak pun sebab bini dia ada kat kampung, cuti bersalin.


Petangnya ingat nak mandi kat kolam renang (bukan nak berenang pun, rendam-rendam badan dahlah, aku mana reti nak berenang). Aku ada kerja pulak. Diner malam tu aku kena jadi pengerusi majlis. Nak kata takut tak juga, tapi biasalah kalau jadi pengerusi majlis ni, mana nak lalu makan. Petang tu aku banyak prepair teks ucapan, siap pantunnya sekali. Selamat aku tak berlatih silat pulutnya sekali. Kalau tak bersilat aku atas pentas nanti. Petang tu sempat jugalah aku lepak-lepak kat tepi kolam renang. Ramai budak-budak kecik aje yang berenang. Kalau ada budak besar pun, alah... tak menarik mata aku nak memandang. Tapi ada sorang mamat ni duduk tepi kolam aje, tengok member-member dia mandi. Kalau dialah yang mandikan best. Boleh aku snap-snap gambar dia. Tapi aku dah kena sound dengan member-member aku, jangan duduk tepi kolam lama-lama. Maksudnya depa tak bagi aku cuci mata lah tu. Potong linelah.




Majlis tu selesai dalam pukul 1030pm. SiSahak pulak handset dia terjatuh dalam kolam renang masa tengah nak bongkok betulkan kasut. Habis skrin dia berwap. Speker pulak rosak. Mesti basah dalam. Macam-macamlah. Selamat kamera aku tak jatuh, kalau tak selamatlah jawabnya.
Lepas balik tu kitaorang layan tengok movie kat bilik. Selamat ada Astro. Dalam pukul 12am mata aku dah ngantuk. Naik atas terus tido. Tido memang nyenyak. Kalau Sahak rogol aku pun mesti tak sedar punya. Si Sahak pulak kata dia tak dapat tido. Sejuk katanya, tu pun dia beritahu aku masa bangun pagi ahadnya.
Pagi ahadnya lepas breakfast kitaorang ada aktiviti sukaneka. Seronok gila time ni. Mula-mula semua permainan untuk kanak-kanak. Kelakar juga tengok gelagat depa. Aku pun ada masuk beberapa acara, macam lari dengan buluh, selipar gegasi, main lambung-lambung belon air, isi air dalam botol dan kaki tiga. Penat juga, tapi seronok. Dah lama tak main benda-benda macam tu, bila dapat main semangat tu lain macam sikit. Bukan nak menang, tapi keseronokan tu yang penting.
Semakin ke tengahari cuaca dah semakin panas. Selamat aku bawak topi. Berpeluh-peluh satu badan. Yang tak pakai topi tu, balik kat sini gelaplah sikit. Lepas penyampaian hadiah dan cenderahati kitaorang pi lah lunch. Kumpulan aku menang tempat pertama kesemua acara. Hadiahnya banyak bekas-bekas taperware, apa-apa ajelah hadiah yang depa sediakan. Ada juga dapat hamper tapi malaslah aku nak bahagian aku. Bagi kat orang lain ajelah.
Lepas lunch aku terlelap sekejap sebelum nak pi mandi. Penat tahap dewa. Bertolak balik dalam pukul 230pm. Sampai dalam 330pm kat rumah. Aku memang tak larat, dalam kereta pun boleh terlelap. Malamnya keluar makan dalam 930pm. Lapar pulak perut time tu.
Semalam aku ingat nak update blog tapi tak semapat, kes banyak pulak lepas pukul 10am. Terpaksalah aku update hari ni.
0 orang telah bersuara:
Post a Comment