Hari ni dah masuk hari ke 22 Ramadhan. Dah nak dekat habis kita menunaikan ibadah puasa ni. Macam aku, ramai juga member-member lain berhenti sementara dari aktiviti 'nakal' di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah. Bukannya apa, aku menaip ni pun sebab ada member kita bertanya tentang aktiviti 'nakal' aku, tak on ke bulan puasa ni. Pandai-pandai korang lah nak fikir, aku ni jenis menghormati bulan puasa, jadi dalam bulan ni secara automatiknya aku akan jadi baik. Bukan tahun ni punya puasa aje, tahun-tahun yang lepas pun sama juga kecuali tahun yang satu tu. Itupun secara kebetulan, tapi buatnya pun malam bukan siang hari.
Kalau sebut pasal puasa ni secara puratanya semua blog membicarakan pasal juadah berbuka dan suasana pasar ramadhan. Aku pun tak terkecuali. Tapi tahun ni aku tak dapatlah nak story keadaan pasar ramadan kat sini, aku tak pi pun. Hari pertama puasa aje aku pi, hari lainnya aku beli kuih kat tepi jalan nak balik ke rumah aku. Nak cerita pasal kuih pun aku tak berapa kenal namanya. Jenis tunjuk ajelah, ikut sedap mata, bukan ikut sedap tekak. Asalkan ada benda untuk berbuka.
Hari selasa lepas aku berbuka dengan kuih cucur udang, karipap dan.... entah apa namanya (atasnya warna hijau bawah ada pulut). Tapi disebabkan beli ikut sedap mata, tekak aku ni cuma dapat terima sikit aje kuih tu, yang lain aku simpan dalam peti sejuk. Tak mampu aku nak habiskan, padahal baru RM3 aje semua tu. Bila aku cerita kat member aku malam nak pi terawih tu, dia cuma geleng kepala. Entahlah, nafsu makan aku jadi kurang dalam bulan ni.
Semalam pulak dah mungkin rezeki aku, member aku ajak makan luar. Katanya vendor tempat di kerja nak belanja berbuka. Mulanya segan aku nak ikut, ialah mana tahu vendor tu ajak dia aje pi, pandai-pandai pulak dia ajak aku. Rupanya vendor tu ajak semua staf tempat dia kerja pi tapi semua dah ada rancangan berbuka. Kesimpulanya kitaorang berbuka berempat. Vendor tu bangsa cina, tapi saja nak berbuka dengan kitaorang. Nak merasa berbuka katanya (puasanya tidak juga). Semalam meja penuh dengan pelbagai makanan, sampai tak muat. Ikan siakap sweetsour, ikan bawal 3 rasa, tomyam campur, kerabu ikan bilis, telur bungkus, ayam goreng kunyit dan ulam sambal belacan. Kenyang gila. Aku rasa malam semalamlah berbuka paling banyak lauk aku makan. Nasiknya sikit aje aku makan. Budak cina tu siap mintak tambah nasik, sedap katanya. Jarang dia makan makanan melayu.
Lepas berbuka terus balik nak solat maghrib, lewat dah aku sampai rumah semalam. Member aku pulak tertinggal kunci kat dalam rumah dia, tak dapatlah dia masuk rumah. Dia tumpang mandi dan pinjam kain pelekat aku, selamat dia pakai t-shirt. Almaklumlah mana aku ada baju satu saiz dengan dia. Lepas terawih ngantuk sangat, tertido aku depan TV (dengan tak tutupnya). Sedar dalam pukul 3am, aku bangun sahur. Ingat nak perhabiskan kuih yang semalam, baru makan sikit pun aku dah kenyang. Jadi yang lebihnya aku buanglah. Membazir ajelah.
Hari ni dari pagi aku dok baca paper lama. Saja cari keratan akhbar pasal Angkasawan Negara kita yang pertama akan ke orbit tak lama lagi. Boleh simpan buat kenangan, sejarah tu... Kesimpulanya aku tak ada kerjalah hari ni, dari aku membazir masa baik aku cari kerja. Buat-buat sibuk sikitlah.
Tengahari tadi sibuk budak kat ofis ni dok beli kuih untuk raya. Aku mulanya malas nak beli, ialah siapa yang nak makan nanti kalau beli pun. Last-last belilah juga 3 jenis. Boleh sambil tengok TV, sambil kunyah kuih sambil menangis sorang-sorang tak balik raya. Boleh? Alah sedihnya.
Apa-apa pun terima kasihlah kat korang yang dah mula hantar kad raya dalam email kat aku. Nanti aku balas kalau sempat. Kad raya tahun ni aku baru nak hantar esok atau isnin ni. Itu pun untuk jabatan kat sini dan beberapa tempat kerja lama aku dulu. Sekeping kad raya pun aku tak terima tahun ni. Mungkin member aku ramai yang tak tahu aku dah berpindah. Aku pun belum cuba pi tengok peti surat rumah lama aku. Tahun lepas adalah juga dalam 20 keping kad raya dapat. Semua dari member kamceng ngan kawan masa pi BTN dulu. Sekarang ni sms ajelah, tak ada nak hantar kad-kad dah, jimat sikit.
Oklah aku nak sambung melepakkan diri. Layan ting-tongkan otak ni.

3 orang telah bersuara:
kuih atas hijau bawah ada pulut tu namanya kuih seri muka. nk aku bukak kelas jenis2 kuih melayu utk kau ke? hahaha...
dulu kau ada cerita pasal sara, bagaimana dia ? kau tak berbuka dengan sara ke? mintalah dia masak istimewa untuk kau, tentu dia teruja!
(Bukan tahun ni punya puasa aje, tahun-tahun yang lepas pun sama juga kecuali tahun yang satu tu. Itupun secara kebetulan, tapi buatnya pun malam bukan siang hari.)
boleh citer tak kisah ni? cepat ler.
Post a Comment