CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 26, 2007

iskandar journal

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat korang (walhal dah 2 minggu 1 Syawal berlalu). Terlalu banyak email yang aku terima menceritakan kemeriahan raya korang di kampung. Memang seronok cara korang menyambut raya kali ni, siap ada ambil kesempatan buat majlis pertunangan atau kenduri kawin (walhal majlis tu bukan korang yang punya, tumpang sekakilah memeriahkan majlis, ye tak?). Bila bab membaca ayat bertanyakan bagaimana aku menyambut raya tahun ni, tu yang malas aku nak story.

Untuk memendekkan cerita tahun ni aku tak balik ke Terengganu langsung untuk berhari raya. Mood untuk beraya tak ada. Mungkin sebab aku tak dapat balik awal beraya seperti tahun-tahun yang sudah. Pagi syawal tu aku sempat call mak aku untuk ucapkan salam aidilfitri, mintak maaf padanya. Bergenang air mata aku bila time aku call tu, mak aku berada kat kubur arwah ayah aku. Syahdu juga time tu, ada seketika terdiam aku tak tahu nak cakap apa. Kalau tak setiap tahun akulah yang beria-ia nak ziarah ke tanah kubur sebelum pi berkumpul kat rumah atok aku. Pasti dua hari sebelum raya aku dah ajak adik-adik aku pi cat kubur dan buang semak samun yang ada. Tahun ni aku tak dapatlah nak cat kubur ayah aku. Sedihlah...

Bukan aku tak nak balik. Cuma kemeriahan syawal tu hilang dalam diri aku tahun ni. Aku pun susah nak terangkan. Padahal kalau ikutkan, aku dah start bercuti dari raya ke 3 lagi sampai 21 haribulan lepas. Korang tentu kata aku ni gila, sebab tak balik. Tu yang susah aku nak terangkan. Adik aku semua balik raya, tapi aku beri alasan kat mak aku untuk balik raya haji nanti, tu pun kalau dapat cuti. Mak aku faham. Dia pun tak paksa aku untuk balik.

Lagi pun aku oncall. Tapi yang aku bengangnya time aku oncall 2 hari raya tu kes tak ada langsung. Aduh...kalau aku tahu baik aku cabut balik raya juga. Tapi nak buat macam mana, dah takdir kata macam tu, ikut ajelah. Ada hikmahnya.

Raya pertama tu aku tak sempat untuk sembahyang raya sebab malam sebelumnya aku ada kes sampai ke pukul 2am. Penat punya pasal, pukul 10am pagi raya tu baru terjaga. Msg kat handset tak payah cakaplah, dari malam raya sampai ke raya kedua tak berhenti-henti. Semua msg selamat hari raya. Kalau ada kes pun dari pukul 2am sampai ke pukul 10am tu, rasa-rasanya aku tak bangun dah, penat sangat. Aku terjaga pun sebab member aku call ajak beraya rumah dia. Dapatlah aku makan lemang, ketupat dan rendang. Hilang rasa rindu kat kampung. Tapi kalau kat kampung mak aku mesti masak lontong. Hidangan wajib bagi kami sekeluarga (biasanya orang Terengganu tak minat sangat nak makan benda ni). Tradisi ni bermula sejak aku kecil lagi, arwah ayah aku suka makan lontong. Sampai sekarang pun kalau tak ada lontong macam tak berayalah kami sekeluarga. Rindu juga kat masakan mak aku, lontong tu cuma hari raya aje mak aku masak. Kempunanlah aku.

Aku cuma beraya kat dua tiga rumah member aje pada hari raya pertama dan kedua. Ramai member aku balik ke kampung. Kawasan perumahan aku tu majoritinya kosong. Lepas tu pagi raya ketiga tu baru ada kes. Tengok kes sekejap, aku ajak geng-geng yang oncall dengan aku tu pi cari kedai makan. Kedai mamak pun baru nak mulakan perniagaan, roti canai aje yang ada. Benda lain haram tak sempat nak disediakan lagi. Nak makan roti telur pun tak ada, bayangkan.
Lepas tu cuti aku bermula, banyak habiskan masa duduk kat rumah aje. Setiap malam member aku ajak teman dia pi cari kedai makan. Minggu lepas memang banyak kedai makan yang masih tutup. Masak sendirilah jawabnya. Malamnya aku tido rumah dia, layan tengok DVD dan bersembang. Dia pun tinggal sorang, dia dah bercuti awal lagi, raya ketiga dia pulak naik kerja. Siangnya banyak masa aku habiskan dengan mengemas rumah. Sekarang pun masih tak siap lagi aku mengemas. Biasalah, malas punya pasal.

Minggu ni banyak juga kes, penat badan. Entahlah, serabut juga kepala ni melayan. Hari ni aku buang masa melepak dengan sorang polis yang berurusan kat jabatan aku. Macam-macam cerita keluar, dia pulak peramah. Sedar-sedar dah 1130am. Padahal kes banyak, malas aku. Orang sabah, cute pulak tu. Dah kawin. Dia jarang-jarang datang dan aku tak sempat sangat nak berbual dengan dia sebelum ni. Entah hari ni datang malas aku nak buat kerja, borak dengan dia ajelah kat luar jabatan.

Sekarang aku nak jawab beberapa persoalan korang dalam email yang kebayakannya sama aje. Aku jawab kat sini ok lah kan. Jawapan pertama (kepada soalan yang ke berapa juta entah) ialah, Sara masih bekerja kat sini cuma sejak kebelakangan ni aku memang tak berjumpa dengan dia langsung. Sekarang ni pun sebenarnya aku tengah dok usha sorang minah ni. Nak kata cun tak lah sangat tapi yang aku geramnya sifat manjanya. Manja-manja pun susah nak dapat, tu yang buat aku teruja sikit ni. Tengah dok mengejas lah ni. Benda tak jadi lagi nak cerita pun tak best sangat. Tapi buat masa ni semuanya berjalan lancar, tak ada unsur-unsur 18sx dalam hubungan ni. Cuma bila aku dengan dia terasa jiwanglah pulak, entahlah kalau aku fikir terasa geli pulak dengan diri aku ni. Meluat...hahaha...

Jawapan kedua ialah, nak tahu ciri-ciri lelaki pilihan aku? Ini susah sikit nak jawab, terlalu subjektif. Ok aku cuba jawab, kalau dulu aku suka seorang lelaki yang tinggi dan berkulit sawo matang tapi sekarang ni aku lebih suka lelaki yang lebih kurang tinggi aku aje, berkulit cerah (kalau berkulit golap pun den akan pertimbangkan, jangan risau hahaha...) dan berpenampilan kemas. Tu dari segi luaranlah. Rupa paras, saiz tubuh dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya (yang luaran) aku tak kisah sangat. Dan yang penting ialah dalaman, bukan baju dalam atau seluar dalam tapi bagaimana lelaki tu boleh menarik perhatian aku. Tapi kesimpulan bagi semua tu baik aku berterus terang kat sini yang aku belum bersedia untuk serius dalam sesuatu perhubungan. Kalau boleh aku suka berkawan dengan ramai orang tanpa niat untuk melakukan sex semata-mata. Nak buat pun boleh, tak ada hal punya tapi as a joy tanpa komitmen. Aaaaa...ok ke jawapan aku?

Jawapan ketiga ialah, aku kan dah tulis kat tagline blog, aku ni Bisex jadi tak timbul persoalan-persoalan yang menyatakan aku tak berminat pada perempuan. Aku sebenarnya suka perempuan yang manja tapi 'ganas' sekali sekala. Berfikiran kritis dan mempunyai visi. Rupa paras, aku tak kisah sangat. Mungkin dah ramai wanita aku kenal semuanya aktif dalam politik kampus atau kerja kemasyarakatan. Setakat ni memang ramai wanita yang dah aku kenal, cuma yang rela jadi awek aku adalah dalam 10 orang, tak termasuk minah yang aku cuba ayat sekarang ni (dia masih belum lagi diisytiharkan sebagai awek aku buat masa ni, ada ujian yang belum selesai. Bukan memilih tapi orang nak naik ke angkasa pun kena buat ujian, inikan orang nak tido sebelah kita sampai mati nanti, wajiblah kena ujian dulu, betul tak?).

Jawapan yang seterusnya kepada soalan yang berikutnya. Cerita Seorang Lelaki tu memang berdasarkan cerita benar yang berlaku dalam diri aku. Semuanya benar tiada apa yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Cuma kadang-kadang aku terpaksa menyembunyikan nama orang tu atas beberapa sebab. Kalau ikutkan aku nak menulis 1 kisah (paling kurang) bagi setiap bulan tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Pernah bila satu cerita tu aku keluarkan, mamat yang berkenaan terus hantar email kat aku. Rupa-rupanya dia pun mengikuti blog aku. Sekarang ni dia dah berkahwin dan bekerja di selatan tanah air. Yang aku terkejutnya dia boleh tahu siapa aku ni yang sebenarnya. Kantoi... Itu pun base on the story yang aku tulis. Masih dia ingat peristiwa tu. Percikan kasih masih ada dalam jiwa ini cuma mungkin u boleh semak jawapan kedua i di atas ye...

Jawapan yang ke berapa dah ni? Sejarah sex aku memang panjang, dari suka-suka sampai sekarang ni masih suka lagi. Nak kata jadi hamba sex tak juga. Kadang-kadang tak ada mood. Tengok keadaanlah kan. Nak tanya jumlah orang yang buat dengan aku. Aku pun tak cukup jari nak kira. Pinjam jari korang sekejap boleh? Tapi aku tak main dengan sebarangan orang, setakat ni aku pun memilih juga. Tu sebab aku boleh bercerita tentang kes-kes yang masuk fail 'jenayah' aku kat korang. Dan bukan setiap hari aku melakukan sex, korang jangan salah sangka pulak. Aku pun jenis yang setia juga cuma buat masa ni perkataan setia tu belum boleh digunapakai dalam kontak semasa. Sex pertama aku dengan lelaki, sex sebenar aku dengan perempuan. Air mani pertama aku keluar pun kerana perempuan.

Jawapan yang ke... alah jawab ajelah. Ramai yang mintak untuk berkongsi gambar-gambar dalam blog ni dan dalam simpanan aku. Aku tak ada masalah sebenarnya cuma buat masa ni aku ada masalah sikit sebab line kat rumah aku tak ada lagi. Takkanlah aku nak send melalui email tempat kerja aku ni. Sebenarnya bahaya kalau aku nak buat macam tu. Kantoi pulak nanti. Gambar jantan bogel pulak tu. Tapi tak bestlah kalau aku aje yang bagi, mestilah ada program timbal balik, alah macam jual beli pesawat sukhoi tu. Tapi aku puas hati setakat ni ramai yang hantar gambar untuk dikongsi bersama, personal punya gambar aku simpan, jangan risau.

Nak jawab lagi ke? Alah cukup-cukuplah tu. Lain kali lah pulak. Tak pi sembahyang jumaatlah jawabnya nanti.

Semalam aku dah try tanya help center celcom untuk ambil celcom broadband, tapi sekarang ni tengah dok memikir pulak, perlu ke aku pakai line untuk handset aku? Bukannya apa takut terlajak berbual, bilnya panjanglah pulak nombornya nanti. Tapi aku kurang berpuashatilah cara layanan mamat kat call center tu. Macam nak tak nak aje menjawab. Lantaklah... Nak aje aku call semula biar orang lain yang jawab. Kalau ada yang kerja kat celcom baca blog aku ni, jangan marah haaa... Bagilah aku berfikir mana yang baik sat. Kalau nak pakai line kena beli handset 3G (handset aku punya zaman tok kadok). Dahlah pasal handset ni aku kurang cerdik sikit, ialah tiap-tiap hari keluar model baru, mana satu yang best pun aku tak tahu. Ada orang jual handset ke kat sini, boleh bagi barang dan harga baik kat aku, hantar email kat aku kalau rajin. Lepas tu kena convert nombor aku kepada line atau aku nak ambil nombor baru?

Cerita pasal rumah terbuka sat, esok aku ada terima 7 jemputan ke rumah terbuka. 1 kat Batu Caves, 2 dekat Ampang, 2 kat kuartes tempat aku kerja ni, 1 kat Cheras dan 1 lagi kat Semenyih. Hari ahad tak ada jemputan. Tapi mungkin besar semuanya aku tak dapat pergi. Sebab mulanya aku plan nak pi Nilai dengan member aku, nak cari barang hantaran perkahwinan dia, siap tempah aku untuk 2 hari untuk teman dan bab beri pandangan. Pagi tadi baru dia beritahu aku yang esok dia nak aku teman kan dia ke Penang. Ada member dia suruh datang kedai dia kat sana kalau nak pilih barang hantaran. Harga dia nak bagi diskaun. Member aku ni pulak jenis 'kudukut', bila dengar member dia sanggup nak bagi harga kilang cepat aje setuju. Keturunan Haji Bakhil betullah dia ni. Itu pun aku kena 'kompom'kan semula dengan dia nanti. Kalau pi Nilai mungkin sempat lagi jalan-jalan makan free kat rumah terbuka. Tengoklah pada keadaan.

Minggu depan aku dah start oncall. 5 hari aje sebab sabtu ahad minggu depan aku akan ke Bukit Tinggi, ada family day jabatan aku. Oklah nanti jumpa lagi minggu depan, insyallah. Jom pi solat jumaat.

3 orang telah bersuara:

Chart Smart said...

Nice Blog :)

Anonymous said...

hehehe...update pon!!!

RoseMatilda said...

Seronok baca blog u