CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 02, 2007

iskandar journal

Pelbagai cara korang sambut ramadan ni. Kadang-kadang ada kuih yang aku tak pernah dengar langsung namanya. Terasa suasana sambut ramadan kat kampung seronok juga dari di perantauan. Bosan juga bila mengenangkan cara aku berbuka.

Petang jumaat lepas terkejut besar aku sebab semua pegawai-pegawai aku serbu kat meja aku. Nak tahu story apa yang berlaku antara aku dengan boss akulah. Jenuh aku nak menjawab, tapi selamat depa faham. Keputusannya depa nak buat mesyuarat pada hari isnin (sepatutnya semalamlah). Aku dah berkali-kali kata tak payah buat sebab aku dah setuju nak oncall raya ni. Diaorang berkeras juga. Aku balik pada hari jumaat lepas dengan perasaan lapang hati dan ada perasaan sedikit cuak (sebab nak menghadapi mesyuarat tergempar yang dijadualkan semalam).

Jumaat lepas aku berbuka kat rumah member aku. Hari cuti bolehlah aku nak lepak lama sikit kat rumah dia. Kami berdua aje mulanya, makan nasi kerabu lagi. Tengah dok nak dekat habis makan barulah member serumah dia balik, baru nak berbuka.Terperangkap dalam jem katanya. Lewat gila mamat ni nak berbuka. Lepas makan tu lepak-lepak sambil berbual sebelum aku balik. Malam tu aku tido kat rumah member aku, plan asalnya nak layan movie. Jadi lepas terawih aku dengan member aku serbulah kedai DVD. Cari punya cari banyak cerita baru yang belum keluar lagi. Kat kedai ni bagus sikit sebab gambar DVD dia clear macam tengok kat wayang, puas hatilah jawabnya kalau layan. Malam tu tak sempat habis satu cerita, aku dah berdengkur. Member aku sorang ajelah yang layan. Hajat nak bangun sahur pukul 4am, pun tak bangun juga, alamatnya terus layan tido sampai ke tengahari.

Esoknya dah tengahari baru aku terjaga, semuanya masih terbongkang. Member-member serumah dia yang lain pun terbongkang lagi. Aku tak sedar masa bila diaorang balik. Lepak-lepak sat terus aku balik. Petang tu aku kemas stor sikit-sikit. Penat juga nak mengemas semua. Dari elok terus bersepah. Alah...ini bab yang malas bila nak mengemas.

Petang sabtu tu aku berbuka dengan kuih aje. Cuma berminat kat kuih tepung pelita, beli 3 bungkus, air secawan. Baru makan bungkusan kedua aku dah kenyang. Nikmat bila berpuasa tu terasa time tu. Sabtu lepas aku masih berbuka kat rumah member aku, kali ni ramai sikit berbuka, 5 orang. Seronok depa bergurau sambil makan, banyak cerita aku boleh dengar. Ialah jarang-jarang jumpa, masing-masing sibuk. Masa kerja dan cuti pun jarang sama. Time berkumpul sekali-sekala macam ni baru seronok.

Malam tu lepas terawih, member aku pujuk aku teman dia tido sekali lagi kat rumah dia. Dia tinggal sorang, bosan katanya. Aku kata stor aku tak habis kemas lagi. Member punya pasal aku pun ok ajelah tapi aku akan pi sana lepas aku kemas stor. Dalam pukul 12.30am barulah aku selesai berkemas, itupun baru 80% siap. Takut dah lewat, aku call member aku suruh dia ambil aku kat rumah. Rumah dia ngan rumah aku tak jauh, seminit aje jaraknya.

Malam tu aku layan tengok DVD. Sekali sekala terasa dah terlelap mata ni. Member aku ni pun risau kalau aku dah mula berdengkur, dia terus kejutkan aku untuk bangun sahur. Jam dah pukul 2.45am. Terasa lemah badan aku ni. Mata masih ngantuk lagi. Aku order nasik kosong dengan sup tulang. Sedap pekena sup pagi-pagi tu. Segar bijik mata. Member aku order nasik kosong, sup tulang, telur dadar dan kerabu ikan bilis. Makan sungguh dia pagi tu.

Balik dari sahur terus layan movie. Aku tak ingat dah layan berapa banyak cerita. Mungkin 3 atau 4 cerita kot. Tapi yang pastinya lepas subuh pun aku masih berjaga. Masa bila aku terlelap kurang kepastian pulak timenya. Bangunnya lepas pukul 3pm. Terus aku balik rumah. Sambung mengemas apa yang patut. Petang tu aku berbuka kat luar dengan member aku. Tempah makanan untuk 3 orang. Seronok juga sekali sekala makan kat luar. Lauk faham-faham sajalah, mesti order banyak. Ikan kembung 3 rasa, kerabu bilis, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng dan yang bestnya tomyam campur dia. Sampai licin aku makan. Perut memang kenyang gila time tu. Nak dekat pukul 8pm baru kitaorang blah.

Malam tu lepas terawih aku pun sambung mengemas stor. Kalau ikutkan malas aku nak buka kotak-kotak tu. Tak ada tempat aku nak simpan. Tapi disebabkan tangan aku ni gatal juga, terbukalah kotak tu. Bila aku jumpa buku-buku aku, mulalah gatal nak keluarkan dari kotak. Membazir masa kat situ ajelah aku nak mengemas sebenarnya.

Paginya aku terlelap dalam pukul 2.30am. terjaga sebab ribut dan hujan punyalah kuat kat luar. Aku bangun nak tengok kalau-kalau ada tingkap aku yang tak rapat. Takut tempias, basah pulak lantai nanti. Tido malam tu tak nyenyak sangat, mungkin terlalu penat. Aku kalau dah penat sangat mulalah tido tak nyenyak.

Pagi semalam masa pi kerja banyak pokok yang tumbang dan patah. Kuat juga angin ribut kelmarin. Selamat pokok kecik kat luar rumah aku tak melayang sama. Pergi ke pejabat pagi semalam dengan perasaan cuak sikit sebab pegawai aku kata depa nak adakan meeting jumaat lepas. Sampai ke tengahari meetingnya terbatal dengan sendirinya. Pegawai aku masing-masing sibuk. Aku pun selamatlah juga, malas nak mengadu-mengadu ni, macam perempuan pulak nanti jadinya. Ada yang jadi drama swasta pulak dalam meeting tu. Pagi-pagi buta semalam adalah seorang pegawai aku ni tarik aku pi bilik rehat, dia nak tahu apa sebenarnya terjadi (sebenarnya dia sorang aje yang tak ada masa meeting jumaat lepas. Loratlah dia ni). Tak sempat aku nak cerita dia dah salahkan aku, aku malas nak bertekak pagi-pagi tu, dengar ajelah dia punya ceramah sampai habis.

Lepas dia habis ceramah tu, time aku pulak beri ceramah kat dia. Terlopong dia, baru dia tahu macam mana keadaannya. Sebelum ni dia dengar satu pihak aje yang bercerita. Bila bergabung dengan cerita aku baru dia dapat gambaran sebenar kenapa aku marah sangat kat boss aku. Last-last dia pulak suruh aku berlembut dengan boss aku, aku kata aku ok aje, tak ada masalah nak berbaik dengan dia tapi nak ke boss aku berbaik dengan aku? Alah lantaklah.

Boss aku tahu aku tak puas hati, dirangkanya dua jadual baru. Kedua-dua jadual oncall tu berserabut, kacau bilau. Seorang akan oncall dua hari atau tiga hari secara bergilir-gilir selama sebulan. Korang boleh bayangkan tak dia buat jadualnya macam mana (aku nak terangkan pun tak reti sebab bila tengok jadual tu pun aku tak reti). Kesimpulan yang nyata, mana-mana pun aku tak akan sempat balik raya. Cutinya paling lama pun 2 hari lepas tu aku akan naik oncall semula. Allah busuknya hati diaorang ni. Last-last dari memeningkan serta memenatkan badan aku oncall cara tu aku terpaksa terima jugalah jadual oncall lama. Alah beralahlah, malas nak gaduh. Cuti raya pun nak gaduh, pedulilah korang.

Petang tu aku lepak-lepak aje kat ofis sambil selesaikan kerja aku. Semalam tak ada kes. Petangnya member aku ajak berbuka puasa kat rumah dia, dia nak belanja tomyam. Aku malas nak berbuka kat rumah dia. Last-last aku pun tempah tomyam, kerabu ikan bilis dan nasi kosong. Tak tahan nak makan tomyam dia. Melekat bau kat tangan ni. Nilah juadah berbuka puasa aku semalam. Makan sorang-sorang ajelah sambil mengadap TV.

Malamnya aku pi terawih. Masuk rakaat ketiga terawih adalah sorang mamat ni solat sebelah aku. Dipandangnya aku semacam (time orang dok rehat antara solat), kalau aku ikutkan hati nak aje aku cocok bijik mata dia. Takut pulak aku dengan perangai dia, psycho lah mamat ni. Aku buat tak tahu aje. Solat sebelah dia sampai witir. Nak lari kebelakang dah penuh pulak line saf.

Malam semalam sorang member aku ni datang solat kat surau tempat aku juga. Katanya surau tempat biasa dia solat dah tak ada jemaah. Kosong terus. Lama juga berborak dengan dia. Lepas tu kitaorang pi rumah member yang selalu aku tido kat rumah dia tu. Saja lepak-lepak, berbual.
Malam semalam aku tido awal. pening aku dengan channel baru astro. Manalah nak picit, tak ingat nombor. Menyusahkan betullah orang astro ni.

Hari ni aku buat kerja aku, banyak kerja tak habis lagi. Petang ni balik kerja orang dah call nak hantar perabot yang aku beli minggu lepas. Mengemas lagilah jawabnya.

0 orang telah bersuara: