Hari ni aku terfikir sejenak apabila terbaca email kiriman dari member blog sorang ni. Jauh juga aku fikir. Entah sampai ke mana pun aku tak pasti. Tapi semua ni kan ada hikmahnya. Dia bercerita tentang keadaan persekitaran kerja dan persekitaran kerja di jabatan lain yang bukan tempat kerja dia. Kesimpulannya moral of the email...alamak aku kena fikir jap...
Betul juga kadang-kadang, kalau ikut hati kita yang marah ni nak aje kita buat sesuatu perkara di luar batasan akal kita. Mulalah berfikir nak fire semua benda. Apabila berpijak pada bumi yang nyata, kita kena fikir impak dari kelakuan kita sekarang ni. Tak semestinya kalau aku berpindah ke jabatan lain enviroment nya sama dengan kat sini. Bos aku yang baru nanti, aku tahu ke perangai dia? Mana tahu lebih teruk dari bos aku sekarang. seteruk-teruk kat sini pun aku boleh menduga keadaannya.
Malam tadi aku tak dapat tido, walhal aku dah lepaskan kemarahan aku pada member aku (jadi mangsalah mamat tu, berdarah telinga dia dengar aku membebel). Semalam memang cukup membara hati aku ni. Kalau curah dengan air 7 lautan pun tak kan padam. Malam tadi bila aku beristifar banyak kali baru boleh tido. Bila aku fikir panjang semula, setakat cuti hari raya pun nak bising, apa kes? Kalau depa nak dengki ngan aku pun, aku redho ajelah. Rayalah sepuas-puas hati korang. Aku ambil keputusan malam tadi tak kisahlah kalau depa tak nak bagi aku raya. Tak rugi pun.
Pagi tadi datang kerja aku tak masuk ofis pun. Sekadar lepak kat bilik rehat. Kes pun tak ada. Pukul 10am boss aku hantar spy, carik aku kat mana. Ialah nak check datang kerja ke tidak. Member aku ni pulak kepala baik punya (berpakat dengan aku), dia pedajalkan boss kata aku tak datang kerja. Boss aku pun hanginlah. Terus dia call operator, kononnya nak bercakap dengan aku (nak marah akulah tu). Baik aku angkat ganggang terus dia tanya aku kat mana. Kebetulan aku masuk bilik ofis. Dia tengok aku, aku tengok dia. Aku pun jawablah, 'aikkk...kat depan boss ni apa?'. Member aku ni tak tahan nak gelak, kuat gila dia gelak. Boss muka dah bengang, dia buat bodoh aje. Aku pun nak gelak juga, ajar sikit orang tua tu.
Pagi ni aku dapat email, jadual oncall bulan depan dah keluar. Siap ada pesanan istimewa sekali kononnya untuk umumlah tu ( tapi siapa yang tak oncall dalam jabatan ni sekarang, aku sorang aje). Ayat cukup berdiplomasi, tapi pedih mata aku nak baca. Kalau ikutkan memang aku nak marah. Aku pun hantar email balas kata tak setuju dengan jadual tu. Lastly aku terfikir sejenak, aku hantar email sekali lagi untuk minta maaf, kan ni bulan baik. Mengalah bukan bererti kita kalah. Tu yang aku kata redho ajelah apa pun yang akan terjadi, DIA maha mengetahui. Semoga puasa aku tahun ni tak susut pahalanya.
Kesimpulannya aku mengalahlah tak balik raya. Aku akan bermula oncall pada 8 Oktober ni sehingga raya kedua. Dan kemungkinan besar aku tak ada mood nak balik raya lepas tu. Nak kata sedih pun ada, nak kata apa lagi ekkk... Kehidupankan ibarat roda. Mungkin sekarang ni roda aku tengah berada kat bawah. Tunggu ajelah bila dia naik semula. Aku langgar semua sekali. Boleh???
Oklah aku pun malas nak bercerita benda tu lagi, aku dah ambil keputusan untuk patuh pada arahan. Kalau aku tak oncall sampai ke Pengarah lah nanti diaorang busukkan nama aku, bila dah busuk rosaklah reputasi aku kat mata orang lain (nampak tak motif jahat diaorang tu). Kalau kerja kerajaan ni setiap kali tulis surat rasmi mesti ada kat bawah sekali sebelum tandatangan SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Aku akur ajelah. Aku 'gembira' dengan keputusan aku.
Semalam balik dari kerja aku kena teman member aku berbuka puasa. Tak boleh berbuka sorang katanya. Aku ingat nak beli kuih aje. Tapi kuih semuanya tak best kat mata aku ni. Nak tak nak makan nasi kerabulah jawabnya. Masa berbuka aku larat, makan separuh aje nasi kerabu tu. Tapi sebab tak nak membazir tolak jugalah nasik tu dalm mulut.
Balik rumah macam biasalah, malamnya aku solat terawih. Balik terawih tu aku tak dapat nak tido. Malam semalam kat surau aku sebelum solat witir ada solat hajat. Hampir nak menangis aku malam tadi bila berdoa. Tu yang lembut sikit hati aku. Bukannya aku tak dapat tido disebabkan aku marah sangat, cuma otak aku ni ligat berpusing untuk 'mematahkan' serangan lawan. Aku harap tenaglah hati aku ni, tak nak dah fikir benda ni semua.
Kepada korang yang hantar cerita ramadan korang terima kasihlah. Seronok juga dapat tahu pengalaman korang. Lain tempat lain suasananya.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment