CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 24, 2007

iskandar journal

Lama sungguh aku tak update blog ni. Bila nak update aje mulalah datang kerja bertambun. Sampai terlupa niat nak update blog. Aku ucapkan terima kasih kepada member-member kat blog ni yang masih hantar email. Sekarang ni tak kurang 100 email setiap hari aku terima. Sampai tak sempat aku nak membalasnya.

Ramai yang bertanya tentang kehidupan aku kat tempat baru (rumah baru). Buat masa ni aku ok tapi rasa bosan sangat sebab rumah baru aku tu jauh sikit dari jalan utama. Sunyi ajelah kalau hari sabtu dan ahad. Sekarang ni pun aku sedang mencari perabot yang sesuai nak letak dalam rumah. Sofa dan meja makan aku masih cari design yang sesuai. Begitu juga dengan keadaan susun atur dapur, masih dalam perancangan nak beli peralatan dan perabot yang sesuai. Esok aku ingat nak beli berapa peralatan yang penting dulu. Almaklumlah masa duduk kat apartment dulu aku tak terfikir nak membeli sofa dan pelbagai. Sekarang ni bila duduk rumah sewa berseorangan baik aku lengkapkan. Sekurang-kurangnya untuk keselesaan aku juga.

Ramai juga bertanyakan aku tentang kisah 'Aku seorang lelaki', aku tak sempat nak update cerita tu lagi. Insyallah kalau ada mood aku update juga nanti, jangan risau. Kisah yang aku cerita dalam tag tu bukan rekaan; kisah benar yang terjadi terhadap diri aku. Aku ni bukanlah seorang yang menarik, cukuplah sekadar apa yang Allah berikan sebagai memenuhi keperluan aku untuk dipanggil insan. Bagi mereka yang dah mengenali aku mungkin faham apa yang aku cakapkan. Jadi korang janganlah bayangkan berapa 'hebat'nya aku ni, aku pun cuma manusia biasa, sering lakukan kesilapan dan sering jatuh dalam kancah godaan. Iman aku pun bukannya kuat sangat.

Hari ni aku tak pi solat jumaat, ada kes yang belum selesai lagi kat ofis ni. Nak kata aku dan staf lelaki yang kerja kat sini tak pi solat (sebab depa pun kena tunggu kes dengan aku) ramai lagi orang awam lelaki islam yang tak pi solat berlegar-legar depan ofis aku ni. Apa nak buat dah kerja, berbaktilah untuk negara.

Hari ni memang dari pagi tak berhenti kes datang, kadang-kadang selang antara tu aku sediakan perhiasan untuk hari merdeka. 28hb ni ada pertandingan hiasan hari kemerdekaan antara jabatan. Big Boss aku dah sound awal-awal untuk hias jabatan tapi Boss aku pulak bertangguh. Dah last minit macam nilah baru nak sibuk, aku juga yang kena buat. Member aku lagi sorang pi cuti ke Langkawi pulak tu. Kalau Boss aku tak tolong, mintak maaf le aku nak buat, selamat dia pun bersungguh nak buat juga.

Aku pulak sebenarnya sedang sibuk dalam seminggu dua ni untuk siapkan buku cenderahati, tayangan video, tag info merdeka dan pelbagai lagi untuk perhimpunan bulan depan. Jabatan aku jadi tuan rumah perhimpunan tu. Aku mulanya dicadangkan sebagai pengacara majlis, nak membantah pun paksa relalah terima. Suara aku bukannya sedap pun, apasal lah depa dok pilih aku, cisss... Tapi alhamdulillah keesokannya Big Boss suruh aku handle bahagian cenderamata dan persembahan multi media. Aku rasa Big Boss boleh faham jiwa aku. Gila ke nak jadi pengacara majlis, nak kata ketar lutut tu taklah (sebelum ni pun aku pernah jadi juga pengerusi majlis) tapi naluri aku lebih kepada kerja disebalik tabir. Last-last pengacara majlis diserahkan kat member aku yang sekarang ni sedang sedap bercuti ke Langkawi (mungkin nak tenangkan fikiran sebab terima berita kena jadi pengacara majlis, maklumlah dia tak pernah jadi). Mati-mati dia nak tolak, kitaorang ni terkekeh-kekeh ketawa. Nasib kau lah... Insyallah hari isnin ni siaplah semua benda tu. Cuma 2 minggu lagi mesti sibuk dengan raptai majlis. Harap-harap persediaan aku ok.

Oklah aku stop kat sini dulu, aku tak sempat nak adjust line internet lagi kat rumah. Jadi sementara tu terpaksalah aku guna line kat tempat kerja aku (tu pun kalau ada masa). Kepada member-member baru aku ucapkan selamat berkenalan, minta maaflah kalau ada permintaan yang mungkin aku tak dapat tunaikan. Apa-apa pun biarlah persahabatan tu ikhlas demi sebuah hubungan silatulrahim dan bukan dengan niat untuk mengharapkan sesuatu (alamak macam tok imam pulak ayat). Ok aku blah dulu, nak sambung kerja semula.

0 orang telah bersuara: