CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 27, 2007

iskandar journal

Cuti sabtu ahad ni kebanyakan masa aku habiskan kat rumah. Aku ada keje sikit berkaitan Perhimpunan Bulanan yang akan di adakan 2 minggu lagi. Aku kena design cenderahati untuk perhimpunan tu, dah siap cuma adalah bab-bab yang kena betulkan sikit-sikit. Kerja remeh tapi aku enjoy buat sebab hasil usaha kita sendiri. Kalau hasil orang lain kita dok menyibuk nak tolong, hampeh aku nak buat. Itu namanya nak cari kerja dari tak ada kerja.

Sabtu lepas aku pergi shopping kat Jasco. Hajat nak cari hadiah perkahwinan member aku, belek punya belek sampai ke rumah tak beli juga hadiahnya. Banyak sangat pilihan, pening kepala aku nak pilih (padahal kelabu mata nak shopping benda lain). Kesimpulannya aku tak beli lagi hadiahnya, mungkin esok aku lari sekejap nak cari hadiah tu. Tengahari tadi ingat nak cari sekejap, tapi tak ada moodlah, cuaca panas sangat hari ni. Petang ni pulak mendung semacam aje, macam nak hujan. Best tido.

Semalam aku tak dapat nak lelapkan mata, try tido tapi tak boleh juga. Last-last dalam pukul 3.30am baru terlelap. Ngantuk tahap dewa pagi tadi bila tersedar. Kenapalah hari ni hari ISNIN? Alah malasnya nak pi kerja. Bersiap juga, hajat hari ni nak tido kat ofis. Dah terbayang bilik rehat yang boleh aku mengularkan diri. Sampai ofis pagi tadi Bos aku kata pegawai aku tengah naik minyak. Aikk...pagi-pagi dah laser mulut nampak. Malam tadi bini dia tak bagi ke apa? Nak marah-marah pulak, terus segar biji mata aku. Apa salah aku?

Aku pun masuk jumpa dia. Ok aje dia tanya aku (mungkin dia hormat kat aku) tapi ada unsur tegas sikit dalam perbualan dia (biasalah perangai cerewet...layan...). Rupanya dia tak puas hati kenapa borang yang dihantar tak lengkap. Aikk...kerja dia aku pulak yang ditanyanya? Gila apa? Bila aku terangkan situasinya baru dia terdiam, tapi dia salahkan orang lain pulak. Ayooo...dia punya kerja orang lain pulak dipersalahkan. Patut ke? Apa punya pegawai lah macam ni, baik gaji dia bagi kat aku supaya aku boleh lengkapkan borang tu. Sikit punya kerja pun boleh jadi isu besar.

Tengahari tadi aku keluar dengan Sahak, lapar tahap dewa. Order nasi beryani. Best woo...lama tak kena. Sekali sekala kena, kembung perut. Baliknya aku kena cari bendera, mana nak cari, dah nak dekat merdeka. Bendera semua habis diborong. Last-last balik tangan kosong juga.

Hari ni pagi tadi aku datang terkedu sat tengok jabatan aku. Cantik gila dihias dengan bendera dan banner. Pandai depa ni dok menghias. Big Boss aku jalan mendonggak hari ni, sebab nak tengok bendera yang tergantung kay siling. Di pujinya budak-budak ni. Aku pun secara tak sengaja mendongak jugalah bila berjalan.

Weh oklah aku nak balik dulu. Lewat dah ni. Jumpa nanti.

0 orang telah bersuara: