CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 16, 2007

iskandar journal

Hai! Lama gila dah aku tak update blog ni. Sejak aku bercuti pindah rumah minggu lepas aku sampai ke hari ni. Masa aku tak sempat nak duduk depan PC untuk menaip kat blog ni. Alhamdullillah kes rumah dah selesai.

Minggu lepas macam nak patah pinggang aku naik turun tangga kat rumah tu untuk mengemas. Sekarang pun masih banyak kotak yang belum sempat aku buka. Apa harta karun dalam kotak tu pun aku tak tahu. Insin dan selasa lepas aku ada kursus dalam perkhidmatan. Bila sebut bab kursus ni paham-paham ajelah, mata mesti ngantuk sepanjang kursus, perut pulak mesti kenyang dengan makanan. Dua hari tu aku tak larat nak buat apa-apa. Balik terus telentang atas katil.

Semalam genap usia aku 27 tahun. Terima kasih kepada member-member yang hantar sms dan email untuk mengucapkan birthday kat aku. Rasanya selama ni hanya orang yang tersayang saja ingat birthday aku, tapi tahun ni ramai pulak member-member yang hantarkan ucapan. So sweet... Kalau korang tanya apa sambutan aku untuk birthday ni, jawapannya aku tak pernah nak sambut ulangtahun kelahiran aku selama ni. Kalau dulu-dulu adalah dengan orang yang tersayang tapi boleh kira dengan jari berapa kali aku sambut birthday selama aku hidup ni. Kiranya ada majlis makan-makan and some fun. Azam baru untuk ulang tahun ni banyak. Insyallah aku tunaikan sebelum aku berusia 28 tahun. Tapi aku doakan korang pun di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki sehingga ke nafas yang terakhir.

Semalam dan hari ni kat tempat kerja aku sibuk sikit. Tak sempat nak mengular. Tapi petang semalam bos aku dah pasang Astro, alhamdulillah dapatlah aku layan TV. Kalau tak cuma tv 3 dan 7 aje yang dapat, bosan. Terngahari tadi aku cuba apply Creditcard. Entahlah atas tujuan apa aku nak pakai, saja gatal-gatal tangan isi borang. Mungkin masa kecemasan boleh digunakan?

Terima kasih kepada korang yang hantar email. Email box aku dah banyak. Kalau aku tak semapat balas aku minta maaf. Aku tetap akan balas juga, jangan risau. Oklah aku nak balaik dulu, jumpa esok ok.

3 orang telah bersuara:

Anonymous said...

happy belated birthday...hope ur life will be more successful and meaningful.

always remember one thing; what u give, u get back.

Tuan Iskandar said...

Thanks bro.

Anonymous said...

my blog http://purple-lavender.blogdrive.com