CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 07, 2007

iskandar journal

Baru sehari aku tak menulis dah beratus email aku terima. Ramai juga peminat blog aku ni. Baru aku tahu. Terkejut aku buka email pagi ni. Email aku berjumlah 201 (setakat nilah). Macam mana aku nak balas? Dalam kesibukan aku, insyallah aku balas. Purata isi kandungan email tu mintak aku update blog ni setiap hari. Jangan berhenti. Alamak, satu permintaan yang aku sendiri tak yakin mampu buat. Tapi jutaan terima kasih untuk korang sebab beri sokongan kat aku. Ada beberapa email yang tersentuh jiwa ni bila baca, tapi apa-apa pun korang semua memang best. Aku hargai sokongan korang.

Sepatutnya aku mula bercuti dah tapi disebabkan boss aku tak sain surat cuti aku, paksa relalah aku tak berpindah lagi. Geram juga hati ni. Nak aje aku sabotaj dia pulak nanti. Tak apalah, ada ubi ada batas, ada hari kita cabut ubi tu kita rebus, makan pon sodap...

Petang semalam dalam 2 jam aku basuh rumah baru. Penat juga tapi berbaloilah, tapak kaki tak hitam dah kalau pijak. Aku cuci sorang saja, member lain ada nak tolong tapi aku tak bagi. Ialah kesian kat depa, dahlah balik kerja penat-penat lepas tu nak tolong aku pulak. Kesian aku tengok, lagi pun tu kan rumah aku, baik aku cuci sendiri, baru puas hati. Alah rumah tu tak besar pun, kira ok lagilah kalau nak buat semuanya sorang.

Malam semalam walaupun balik dalam pukul 10pm tapi penatnya tahap dewa. Tido nyenyak. Pagi tadi bangun pun paksa rela, esok confirm aku bercuti. Jawabnya blog ni tak updatelah sampai minggu depan. Tak apalah nanti aku bawakan secara tertunda aktiviti aku untuk minggu ni kat korang. Peminat punya pasal aku akan tunaikan. Cuma no autograph, no camera and no comment. Ok aku nak sambung kerja, kita sambung lain kali.

0 orang telah bersuara: