CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 05, 2007

iskandar journal

Sejak hari jumaat lepas aku malas nak update blog. Entahlah, mungkin kepala aku ni berat nak fikirkan pasal rumah. Makin risau, kepala aku ni berdenyut makin kuat. Tapi bermula tengahari tadi dapatlah aku tersenyum lebar. Aku dah dapat kunci rumah baru aku. Yahoooo...

Jumaat lepas dari pagi hingga ke petang, ramai wartawan berkumpul depan jabatan aku. Adalah kerja depa tu. Aku malas nak layan, banyak lagi kerja aku nak buat. Pagi tu sebenarnya tak ada kerja pun. Depa nak berkampung juga depan dept aku, berkampunglah korang. Dalam aku dok perhatikan pelbagai gelagak diorang tu, aku tertarik dengan sorang mamat reporter ni. Boleh dikatakan segak juga. Aku ingatkan dia nak berurusan kat jabatan aku, rupanya wartawan juga. Surat khabar atau TV mana aku tak tahu. Sebenarnya dia ni menonjol sikit sebab kebanyakan wartawan yang dok depan dept aku semuanya cina, tiba-tiba terselit dua tiga orang melayu. Smart pulak tu, terus aku keluarkan kamera aku. Dia perasan aku ambil gambar dia tapi dia buat bodoh aje. Aku pulak saja terberanikan diri (matilah aku...berani jadi paparazi pulak). Ialah dah dia tak tangkap gambar aku, baik aku tangkap gambar dia.

Semalam, petangnya aku pi cari rumah. Rumah yang member aku cakap tu tuan rumahnya macam tak nak bagi sewa pulak. Puas cari rumah dalam sejam setengah kitaorang lepak kat gerai ni. Member aku sibuk dok call nombor rumah yang kitaorang ambil tadi. Kebanyakan rumah semuanya nak sewa mahal. Kopak beg duit aku kalau macam ni setiap bulan. Tengah dok telefon tu, abang yang jaga kat gerai ni pun offer lah nak tolong carikan rumah. Peramah depa ni suami isteri. Alhamdulillah berkat bantuan depa dapatlah aku buat temujanji nak dapatkan rumah dari tuan rumah sendiri. Kebanyakkan nombor telefon yang aku ambil tu gunakan ejen sebagai perantaraan. Jadi depa dapatlah nak makan duit atas duit sewa tu (harga sewa pulak suka hati aje nak letak). Apa-apa pun aku rasa cukup terhutang budi dengan usaha depa nak tolong aku. Terima kaih bebanyak.

Tengahari tadi kitaorang jumpa tuan rumah kat rumah dia. Orang cina, berumur dalam lingkungan 39 tahun, belum berkahwin, OKU (alamak lengkap biodata sekali, kan aku ni ramah). Rumah ni kecil sikit dari rumah sewa kawan aku kat kawasan ni, tapi puas hati sebab aku orang pertama yang duduk kat situ dan harga sewanya berpatutan. Mampu aku tersenyum sampai ke telinga hari ni. Masalah rumah dah selesai. Mungkin petang esok aku akan basuh rumah tu, berhabuk dengan habuk simen. Lusa atau tulat aku jangkakan boleh mula berpindah. Berpandukan pada lorilah, kalau awal, dapatlah aku pindah awal.

Lepas lepak kat situ dalam 1 jam (sambil member aku pi round sekitar kawasan perumahan tu, nak cari rumah untuk dia pulak, 2 buah lagi) aku pi lepak kat rumah member aku. Nak balik pun bosan, baik aku layan berbual dan bergurau dengan dia. Inilah keadaan rumah member aku, masyallah wajib aku tak duduk dengan diaorang. Nak bernafas pun susah, biasalah rumah bujang. Masing-masing pulak jadikan rumah untuk tido aje, kalau niat untuk tinggal mungkin tak jadi macam ni. Adakah rumah bujang korang macam ni juga? Ohhh...tidakkk...

Sambil berbual tu aku perhatikan member aku main PS2. Layan tengok depa main aje, aku tak main pun. Aku tak minat nak main benda alah tu. Dalam rumah tu adalah dalam tiga empat orang yang kaki game. Asal balik kerja aje mengadap game, asal balik rumah aje digodeknya game. Macam adik-adik aku kat kampung. Layan ajelah.

Tengah dok layan game tetiba jiran member aku masuk dalam bilik (mamat ni pun kawan aku, dah kawin. Tu pasal lah dia dok sebelah rumah member aku). Slumber kodok aje dia keluarkan benda alah ni depan kitaorang. Siap dengan vibrate lagi. Gelak sakan kitaorang. Seumur hidup aku sebenarnya tak pernah nak jumpa benda ni. Setakat tengok gambar adalah. Bila ada depan mata, tak tahulah nak gambarkan perasaan aku. Bukan nak main dengan benda tu, tapi entahlah...more kepada lawaklah... Member aku pulak dok bandingkan dengan kote masing-masing, macam-macamlah. Sampai ke saat ni aku dok berfikir apakah rasionalnya member aku tu dok beli benda alah ni. Adakah barangnya kecil, atau bininya tak puas, atau saja nak variasikan permainan sex diorang? Jawapannya hanya member aku yang tahu. Apa-apa ajelah...

Dah lepas maghrib baru aku balik ke rumah. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku buat packing yang terakhir (padahal ada lagi barang tak pack, mungkin esok). Dan bermula dari esok aku mungkin tak dapat nak update blog ni secara harian. Ialah line tak masuk lagi kat rumah baru aku. Lagi pun mungkin aku akan ambil cuti sehingga ahad depan untuk kemas rumah baru. Kalau aku ada masa aku cuba update kat pejabat. Kalau korang rindu kat aku dan nak dapat berita terkini setiap hari, email kat aku, kalau ada masa aku akan balas, lagi update dari blog.Tapi dalam minggu ni aku tak dapat nak balas email korang lagi, kan aku bercuti. Oklah kita akan bersua semula kalau ada kesempatan.

0 orang telah bersuara: