CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 27, 2007

iskandar journal

Semalam aku tak sempat nak update blog sebab sibuk pi shopping dan lepak rumah member aku. Paginya sibuk betul aku kat ofis, bantu kawan aku layan tengok kes. Tengaharinya aku ajak budak-budak bujang kat ofis aku pi makan. Kalau bab makan ni depa memang suka keluar dengan aku, dapat makan free. Itu aku tak kisahlah, belanja anak buah, ambik hati mereka.

Petangnya nak dekat pukul 6pm aku ajak member aku Mie pi teman aku shopping. Sebab member aku dari Perak hari tu, plan nak datang Sabtu ni kat rumah aku. Barang dapur dah banyak yang habis. Aku ajak dia pi shopping kat Jusco Seri Kembangan. Mamat ni pulak bawak aku ke Jusco Cheras Selatan. Aku tak pernah singgah situ.

Konsep sebenar member aku ni, dia nak aku singgah rumah dia. Aku tak pernah singgah rumah dia. Aku takut kalau aku pi rumah dia nanti dia rogol aku , hahaha... Perjalanan ke sana aku rasakan jauh sebab penat sangat badan aku ni bekerja seharian dengan ditambah cuaca panasnya. Jalan tak sesak.

Nilah pemandangan time siang kat Jusco Cheras Selatan. Aku pun first time datang sini.

Perkara pertama yang aku buat bila sampai sini, kena makan dulu. Time makan aku dah sampai. Perut lapar gila. Kitaorang makan kat Mc D. Aku suka makan Burger Fillet O Fish. Kitaorang lepak kat situ lama juga. Bukannya apa, berborak lebih, sambil tengok orang lalu lalang kat situ. Mata kena disegarkan juga, baru clear sikit pemandangan. Senaman matalah katakan.

Lepas makan tu terus kitaorang pi shopping. Berpinar mata member aku tengok aku shopping. Dia tak pernah ikut aku pi shopping. Terkejut dia tengok. Semua barang yang aku nak aku campak dalam troli, harga belakang kira, kualiti yang penting. Semalam melayang duit aku RM200++ semata-mata beli barang dapur.

Lepas puas shopping barang makan, aku ajak dia pi area jual baju pulak. Aku pun belilah 3 helai baju baru, terbang RM100++. Lama juga aku dok kat area jual baju ni, ialah mata berpinar nak buat pilihan.

Keluar dari area tu tengok-tengok dah gelap. Lamanya aku dok bertapa dalam tu rupanya. Ni pemandangan yang aku sempat tangkap time malam kat sana.

Lepas tu member aku bawak aku singgah pi rumah bujang dia. Mie ni duduk sorang. Keadaan rumah dia cukup kemas juga. Sebab aku tahu berapa cerewetnya dia ni. Dah bertunang, bulan 8 ni nak nikah. Lagi dekat tarikh nikah, gatalnya makin menjadi. Mati-mati dia nak aku bermalam kat situ. Siap tunjuk katil dia lagi dan meracun otak aku ni dengan bermacam perkara yang aku suka. Motifnya satu, nak suruh aku tido situ. Apa konspirasi yang cuba dilakukan aku tak tahu? Korang tahu dia nak buat apa? Aku malas nak layan sangat sebab aku dah penat, lagipun dia ni member aku.

Tengah malamnya Mie hantar juga aku balik, dengan umpan aku ajak dia pulak tido kat rumah aku. Motifnya dapatlah aku balik madi dulu. Dari balik kerja aku tak mandi lagi. Melekit badan aku ni. Rimas rasanya. Mata aku dah berat semacam. Dalam pukul 1am lebih baru sampai rumah. Cepat-cepat aku kemas barang yang aku beli tu kemudian aku mandi dan terus nak tido. Dia pulak dah dasar nafsu kudanya dah sampai habis dirabanya satu badan aku, lepas aku tak layan dia.

Aku penat tahap dewa dah. Aku buat tak tahu aje, biarlah dia nak buat apa pun. Adalah dalam 30 minit dia dok raba dan hisap apa yang patut (bukan hisap konek aku lah). Lepas tu dia nampak aku macam dah tido aje dia pun terus tido juga. Aku bukannya apa, penat dah nak melayan lagipun esok kerja.

Pagi tadi aku bersiap macam biasa. Mie pulak mengalahkan datin bersiapnya. Sampai aku lambat slot kad kerja aku. Cisss... Dia tak apalah sebab masuk kerja pukul 9am. Habis merah kedatangan aku.

Kat tempat kerja pagi ni ada kes, tapi keadaan terkawal. Big Boss dan Boss aku hari ni ajak aku makan sekali. Mulanya aku malas nak join tapi apa kata depa pulak nanti. Bodeklah sikit walaupun aku ada kerja yang tak diselesaikan lagi. Tengaharinya Mie ajak aku keluar makan. Entah mana aje dia ajak aku pi. Aku pun tak pernah sampai ke sini. Kat restoran ni makanan dia boleh tahan juga bestnya. Masakan kampung. Areanya kalau aku tak silap atas Bangi sikit.

Balik kerja petang tadi terus aku tido. Tak laratlah. Ditambah dengan cuaca panas terik sekarang ni. Rasa macam reput habis tulang aku ni. Dalam pukul 8.15pm tadi aku terjaga dek hset aku berdering. Rupanya member aku call nak ajak pi pasar malam. Aku pun bersiaplah ala kadar.

Kat pasar malam ni macam biasalah ayam percik, mee soto dan beberapa makanan wajib aku rembat. Dan perkara yang tak sah kalau pi pasar malam ialah DVD cetak cap rompak. Banyak aku beli yang 3 in 1 punya cerita. Jimat sikit, baru RM10. Kalau beli satu satu, sekeping RM7. Rugilah aku (alamak jangan ada pegawai KPDN&HEP baca blog aku sudah...tak dapat aku nak beli DVD lagi pulak). Biasalah nak pi wayang malas, bayar sekali dapat tengok sekali Kalau beli DVD 6juta kali pun boleh tengok lagi.

Ni area baju bundle. Member aku cukup minat singgah sini kalau keluar ke pasar malam kat mana-mana pun. Kalau korang tanya aku ada beli atau tidak, jawapannya tidak. Bukannya apa, tak minat aje.

Bila sebut pasal bundle ni ada sorang roomate aku kat asrama dulu, semua baju dia pakai dibeli kat kedai bundle. Sebut aje kedai bundle mana yang dia tak pernah pergi. Setakat area Alor Star, Sungai Petani dan Penang semua kedai dia tahu, sebut aje nama kedai tu. Bukan tak berduit pun tapi dah minat punya pasal. Sampai dah lekat nama Mat Bundle kat dia. Tapi perangai dia sempoi gila, senang berkawan dengan dia. Dari dia bertunang dan sekarang dah kawin pun member-member lain dok perli kat dia. Paling lawak, siap perli, bini dia pakai coli jenama apa? Alah mana lagi, cap bundlelah. Diaorang pakat gelak ramai-ramai, member aku ni tersengih aje. Jenis mat slumber, kutuklah nak kutuk apa pun.

Oklah aku nak masuk tido. Dah berapa malam aku tertunggak bil ngorok. Pedih mata aku ni melayan mengadap PC.

3 orang telah bersuara:

lelaki melayu said...

还没有评论。

lelaki melayu said...

要使您的评论出现在网站

Tuan Iskandar said...

Hi jard...

Abang mana belajar tulisan Cina, family abang hantar sekolah Arab aje. Kalau nak belajar pun mata dah tak nampak 'calitan-calitan' halus tu. Cuba terjemahkan sikit apa yang jard nak beritahu.