CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 25, 2007

iskandar journal

Dalam 2 hari ni taklah sibuk sangat, tapi aku tak larat nak duduk depan PC menaip. Sakit pinggang aku nak duduk depan PC lama-lama. Aku habiskan masa dengan terbongkang tengok tv, kalau tak pun aku tido. Konsepnya baik aku rehat sebelum tak sempat nak rehat.

Sebelum aku nak mulakan blog ni aku nak menjawab persoalan pasal Sara. Sara sebenarnya sekarang berada di Penang menjalani kursus selama sebulan bermula dari 2 Jun lepas. Tak sempatlah aku nak keluar makan dengan dia lagi setakat ni. Mungkin minggu depan dia akan balik semula ke sini. Setakat ni aku bertanyakan kabar dia melalui sms aje, tu pun tak selalu. Nak kata ada perasaan 'gitu-gitu' belum lagi. Nak luahkan perasaan rasanya baik aku berdepan dengan dia dulu. Tak bestlah nak hantar sms aje nak 'merisik'. Insyallah akan tiba juga masanya aku nak mencuba.

Hari sabtu lepas macam biasalah, ada kes menanti paginya. Kitaorang mula buka 'kedai' pukul 9am. Laku sampai pukul 1pm aje. Aik...ini sudah bagus. The rest aku larik sekejap ke The Mines. Kebetulan member aku dari Banting sampai sini nak ajak ambil wireless mouse yang dihantar untuk di baiki ke The Mines. Biasalah cuti-cuti macam ni ramailah manusia. Sambil tu kitaorang singgah kat kedai hset, dia nak betulkan skrin hsetnya. Tunggu punya tunggu tak dapat nak betulkan juga sebab hset kena ditinggalkan 3 hari untuk dibaiki.

Member aku ni suka collect barang permainan. Jadi kedai ni, kalau pergi dengan dia kat The Mines memang wajib disinggahi. Layan ajelah dia nak round-round dalam tu. Tapi best juga dapat tengok macam-macam permainan yang ada.

Lepas penat berjalan-jalan perut dah lapar, jam dah pukul 2pm belum makan tengahari lagi. Kitaorang singgah kat food court untuk makan. Mula-mula nak singgah KFC. Tekak aku ni tak larat nak kunyah ayam tengahari buta ni. Baik makan benda lain. Pilih punya pilih ambiklah mee sizlling ni. Sambil aku makan dengan dia, mulut tak berhenti-henti bercerita. Ialah sekali sekala jumpa. Kadang-kadang gelak besar, slumber bodoh aje kitaorang buat tempat tu macam tempat bapak kitaorang punya. Member aku ni kaki perempuan. Pantang nampak awek cun mulut dia mulalah nak komen macam-macam. Macam kak ogy masa komen pelajar AF pulaklah jadinya. Aku ni bila dah ada member kepala gila, aku sekali ikut jadi gila melayan.

Bila dah puas melepak, perut dah kenyang secara automatiknya mata akan ngantuk. Time nak balik ni yang leceh, nak kena cari kereta park kat mana. Aku bukannya ingat kat mana kitaorang park. Ingat gambar gajah aje (kalau siapa pernah singgah The Mines tahulah setiap level akan dilabelkan dengan gambar binatang, supaya senang nak ingat kita park kereta kat mana). Adalah kitaorang habiskan masa 15 minit semata-mata nak cari kereta kat mana. Bila dah jumpa kitaorang balik terus aku tido. Panas sangat hari sabtu lepas. Petang tu dalam pukul 5pm kena pi oncall semula sebab terima panggilan ada kes. Malamnya sampai ke pagi ahad aku dapat tido lena.

Semalam aku terima panggilan pukul 7.30am kata ada kes. Aku lajakkan pergi pukul 9am. Biasalah, sebelum tu kenalah saparan dulu. Aku keluar lepak dengan staf aku. Lepak punya lepak, kes tu pegawai aku nak tengok pukul 12pm, aku pun pergilah potong rambut dulu. Lepas potong rambut aku pun lepak sekali lagi kat kedai, minum ajelah sambil berbual-bual dengan staf aku.

Lepas tu kitaorang lepak layan kes sampai pukul 3pm. Selesai kes aku dengan Sahak pergi makan dulu. Aku sekarang ni tengah gila makan mee rebus. Nanti kalau sempat aku sertakan gambarnya. Biasanya aku dah setengah mangkuk makan baru teringat nak tangkap gambar. Mee rebus kat sini pehhh...memang sedap. Two thumb up for this delicious mee rebus. Petangnya lepas makan terus aku tido. Sebelum maghrib aku terjaga. Mandi-mandi, lepas tu buat apa yang patut aku layan kartun.

Dalam pukul 10pm aku dapat msg dari Mirol kata nak datang lepak rumah aku. Dia ni kadang-kadang selalu lepak kat rumah aku. Mirol ni member aku, bekas staf tempat aku bekerja sekarang ni. Setiap kali ada masalah akulah tempat luahan perasaan dia. Akukan pendengar dan pengkritik terbaik (hihihi...). Biasalah budak-budak, dalam kepala dia asyik dia aje yang betul, orang lain semua salah. Sekarang ni dia ada problem dengan tempat dia bekerja, macam-macamlah budak ni. Dia ni juga kaki rempit, minah bohsia jangan cakaplah, selalu di ganyangnya.

Layan punya layan dia berbual, sekali sekala dia akan cium leher aku dari belakang, berguraulah kononnya. Kalau korang nak tahu, salah satu kelemahan aku ialah (alamak nak beritahu ke...) kalau orang cium leher aku dan gigit telinga (janganlah gigit sampai putus). Lemah satu badan nak tahan syoknya. Hihihi... Budak-budak yang kenal aku tahu kelemahan aku ni. Kelemahan aku yang lain, adalah...

Nak dipendekkan story, aku ter'buat'lah dengan dia. Nak story penuhnya nantilah aku cerita lain kali. Barang memang baik. Korang layan ajelah gambar ni dulu nanti ada masa aku story lagi apa yang terjadi sebenarnya.

Malam tu lepas projek kitaorang sambung sembang-sembang sampailah pukul 3am. Aku dahlah oncall, risau aku kalau ada kes nanti, tak tidolah aku jawabnya. Selamat tak ada kes sampai ke paginya. Malamnya tido berpelukan. Kebetulan lepas aku tertido tu hujan. Sedar-sedar ada pulak orang dok peluk aku dari belakang.

Paginya aku kejutkannya pukul 7am. Dia balik lepas tu, aku rasa malas nak pi kerja. Dahlah dengan penat oncall seminggu ditambah dengan melayan projek malam tadi. Pagi ni kat pejabat banyak pulak kes, selamat aku tak oncall dah, tolong sikit-sikit ajelah. Banyaknya aku lepakkan diri dalam bilik bos aku, berbual dengan dia.

Tengahari tadi aku balik rumah sambung tido sampai ke petang. Aku ponteng kerja lagi. Matilah aku gamaknya kena menjawab esok pagi. Hahaha...matilah aku. Malam ni ingat nak keluar, terasa malaslah pulak. Baru lepas hujan tadi. Aku nak layan tengok tv sat.

1 orang telah bersuara:

faizJB said...

yummy nyaaa
dah lama ko x update ek blog
bz dgn gf ke?
huhu..

anyway.. nice blog..
bru sekarang aku TER jumpa..
teringin sekali nak berkenalan
wakaka..

smoga ko trus hidup bahagia..