CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 22, 2007

iskandar journal

Aku tak dapat update blog semalam sebab 'sibuk' sangat. Nak kata banyak kes tak juga. Sebenarnya aku sibuk dengan menidurkan diri. Ahaks...Penatlah beb...sampai aku malas nak duduk depan PC. PC pulak line tak lekat selalu. Bengang aku. Tulah lebih baik aku layan tido. Aku ambil kesempatan untuk balas email aje.

Hari rabu lepas siangnya taklah busy sangat. Alhamdulillah minggu ni relax sungguh. Dapatlah aku keluar makan tengahari dengan staf aku. Saja nak hilangkan bosan dok kat ofis. Inilah tempat makan biasa kalau aku keluar tengahari. Banyak lagi kedai lain tapi kaki aku ni macam tak reti nak ke kedai lain. Entah apa pelaris tokey kedai ni pakai pun aku tak tahu. Makanan bolehlah, sekadar untuk kenyangkan perut.

Sebelum makan tenhgahari rabu lepas aku singgah kat Maybank dulu. Staf aku nak balik kampung, duit minyak tak cukup. Jadi dengan bermurah hati aku bagi pinjam kat dia RM. Taklah banyak, cukup untuk lepas duit minyak aje. Aku jarang ke Maybank ni walaupun selalu aku lalu kalau aku nak pi makan. Aku jarang guna cash, tu pasallah aku jarang pi cocok keluar duit. Duit dalam beg duit pun sikit aje, lepaslah setakat nak beli gula-gula.

Ni mamat Indon kerja kat tempat aku tapi bahagian lain. Dia selalu datang lepak kat depan dept aku sebab nak hisap rokok. Budak ni kalau tengok memang comel sebenarnya. Barang baik punya, besar. Tapi dia ni segan-segan dengan aku. Sebabnya...dia terkantoi satu benda dengan aku. Nak tau...nantilah aku story lain kali.

Dalam entry lepas aku ada cerita pasal pemandangan depan dept aku dah gondol. Nilah keadaannya bukit kat depan dept aku. Mana Karam Singwalia tak datang nak masuk TV3 ni? Habis habitat terancam (monyet-monyet) dah lari ke tempat lain. Sehari dua ni aku tak nampak dah depa gayut-gayut kat wayar elektrik kat situ. Bukannya apa, aku ingat nak join depa bergayut sekali, bosanlah berjalan atas tanah aje. Boleh?

Hari ni tak banyak benda yang berlaku. Macam sama aje kehidupan ni. Bosan... Tiada keajaiban pun. Jomlah ikut aku layan skodeng mamat kat bawah ni.

Ni mamat Bangla yang datang cat dan betulkan lantai mengelembung kat depat aku sejak 2 hari lepas. Masa hari pertama tu haram dia nak senyum. Hari ni manis muka dia bila tersenyum kat aku. Barulah aku dapat dengar suara dia. Ingat dia tak faham cakap Melayu. Fasih juga rupanya.

Ni mamat yang sama (gambar dia kat atas tu). Aku sesungguhnya tak dapat nak ingat nama dia. Dah banyak kali aku cuba hafal tapi tetap lupa. Bukannya terbelit pun nama dia. Gambar ni aku tangkap pagi tadi masa dia tengah lepak hisap rokok kat bawah pokok depan dept aku.

Inilah gambar Irwan. Kebetulan aku jumpa dia masa nak balik tengahari tadi. Namapak muka sikit dahlah. Segan katanya.

Oklah kalau sempat, esok aku update. Baik aku layan tido dulu sebelum aku tak sempat nak tido. Mak aku pesan pukul 10pm kena tido. Ahaks...

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

hahahaha... bro aku rase hang dah terkena penangan... bukan pelaris... jauh skali nasi kangkang tp nasi terkepit..... sebab............... buat mata hang sepet dan nampak nama kedai maka dier jer.... Laaaaa luper plak...... crite pasal si SARA XDER PUN... APER JADIK????? Lu oncall..... mengalahkan doktor kat hospital Putrajaya lar...... cian bizi nyesssssss

Tuan Iskandar said...

Lagipun sejak aku duduk sini tulah tempat makan aku. Dah biasa dengan bosnya, senang sikit nak dapt murah. Pelanggan tetaplah kiranya.

Cerita pasal Sara sila baca kenyataan aku dalam blog.

Aku biasalah mana ada 'sibuk', saja buat2 sibuk barulah nampak hidup aku ni ada kerja. Dari dok tercongok aje. Aku ni kan kuli kerajaan, jadi kenalah buat kerja untuk rakyat.Boleh?