CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 29, 2007

iskandar journal

Semalam tak banyak benda yang berlaku. Banyak rehat aje, sebab kes tak ada. Petangnya pun member aku yang oncall mintak nak balik, hantar anak dia pi klinik. Siap pesan suruh cover lagi. Selamat line clear sampailah habis waktu kerja.

Petang semalam sempat aku lepak dengan mamat Bangla hari tu. Makin rancak dia berbual dengan aku. Dah mula mesralah dengan aku kiranya. Dia dah shave misai dengan janggut dia. Alamak nampak macam budaklah pulak. Aku suka muka dia kalau tak bercukur, baru nampak macho.

Hari ni sampai tengahari tadi ada kes tapi keadaan terkawal. Time nak rehat tengahari tadi dalam pukul 12.15pm tiba-tiba datang satu kes. Member aku yang oncall masih sibuk ada kat dalam bilik lain tengok kes yang tak selesai lagi. Bos aku dah tunggu aku nak balik sekali, nak suruh aku teman dia ambik anak kat sekolah. Atas semangat bekerjasama dan kerja berpasukan (hehehe...padahal dalam hati ni meronta-ronta nak balik awal) aku pun tolonglah member aku ni tengok kes sekejap. Selamat tak lama, 5 minit aje. Lepas tu terus aku balik dengan Bos aku. Tengaharinya lepas Jumaat aku balik rumah tido. Cuaca panas tahap dewa hari ni. Terik gila, dalam masjid pun tersengguk-sengguk aku melayan kutbah. Pukul 3pm baru aku keluar rumah pergi kerja.

Pukul 3pm sepatutnya ada temujanji satu kes. Tapi ditangguhkan isnin ni. Aku dapat tahu dari pegawai aku pulak kata ada satu kes dari Putrajaya nak transfer kat tempat aku, terus aku berura-ura nak ambil cuti isnin ni. Motinya malas serabutkan kepala dengan banyak kes. Itu belum dicampur dengan kes-kes lain pulak. Kes Putrajaya tu pun mungkin akan dibuat pada hari isnin ni.

Petang tadi juga Bos aku panggil aku masuk bilik dia. Nak buat pindaan pada jadual oncall untuk bulan depan. Mulai sekarang dalam sebulan aku akan buat seminggu sekali aje oncall. Alamak bestnya dapat rehat. Baru ada life sikit. Berita baik ni, alah duit oncall pun aku tak kisah sangat kalau dapat sikit aje. Duit oncall pun sebagai duit tambahan dari gaji aku aje. Insyallah gaji aku cukup nak tampung keperluan aku seharian. Aku pulak dok bodeklah Bos aku nak mintak cuti isnin ni, dia macam biasalah dengan berat hati bagi juga cuti kat aku isnin ni. Yahooo...

Lepas balik tadi aku berjalan dengan Bos aku ke Jabatan IT. Saja singgah nak ambil kabel sikit dari budak IT. Lepas tu aku terus balik rumah sebab aku dah janji dengan Mie nak keluar sebab nak ambil TOTO yang aku hantar rabu lepas.

Jalan petang-petang macam ni memang tahap dewalah sesaknya. Semuanya nak balik dari kerja, selamat Mie ikut jalan dalam. Line clear jalan tu. Tapi jauh sikitlah.

Kat kedai nilah aku hantar TOTO aku. Tercari-cari kakak tu kat mana dia simpan TOTO aku. Ialah banyak sangat TOTO yang orang lain hantar juga. Cari atas resit memang tak jumpa, last-last dia tanya corak TOTO aku, barulah dia jumpa cari.

Lepas ambik TOTO tu. Kitaorang pergi makan kat kedai makan Chop N Steak di Seri Serdang. Aku pernah pergi kedai ni dengan Nurul dulu. Hari ni aku makan dengan Mie. Dia order spaghetti seafood, aku pulak teringin nak makan lamb chop lagi. Bestnya...

Sambil makan tu bermacam cerita kitaorang story. Mie mengaku depan aku hari ni dia kata dia dah mula tertarik dengan aku. Aku buat-buat tak faham perasaan dia kat aku. Dia mula rasa seronok setiap kali jumpa aku. Sampai dia kata kalau boleh dia nak tangguhkan majlis kawin dia. Katanya belum puas berkenalan dengan aku, dia rasa bahagia setiap kali berada disisi aku. Alamak ini sudah kes teruk. Aku cuma cakap kat dia supaya aku jadi kawan karib dia aje. Jangan lebih dari tu. Dia tenung muka aku, buat muka kesian.

Aku pun mulalah nak cair. Tapi aku tak nak runtuhkan mahligai yang cuba dia di bina dengan tunangnya. Esok dia nak pergi kursus kawin. Takkan aku nak tarik dia ke dalam dunia aku. Cukuplah aku hadir dalam diri dia sebagai seorang sahabat. Kalau nak servis bolehlah hehehe...

Dalam pukul 8.30pm dia hantar aku balik. Kalau tak dia nak ajak aku pi lepak-lepak kat Kajang. Bosan katanya kalau balik awal pun. Ke nak 'jiwa-jiwa' dengan aku? Aku pulak malam ni dok tunggu member aku nak sampai. Takut member aku tertunggu-tunggu pulak. Masa nak keluar kereta tu dia nak salam tangan aku (aikkk... sebelum ni tak ada pun nak salam-salam). Aku pun kata mana boleh bersalaman, kita bukan muhrim. Gelak besar dia. Disebabkan dia bosan, jadi dia kata nak singgah pejabat dia buat kerja sikit malam-malam ni. Dalam 10.30pm dia call aku ajak keluar minum, dia guna telefon pejabat (kononnya nak buktikan kat aku, dia ada kat pejabat). Aku kata aku still tunggu member aku tak ampai-sampai lagi ni. Risau aku jadinya.

Sampai ke saat ni member aku tak sampai lagi. Padahal dia dah call aku 9.30pm tadi kata nak sampai. Manalah dia ni...

0 orang telah bersuara: