CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 02, 2007

iskandar journal

Semalam aku malas nak update blog sebab...aku malaslah. Semalam pagi petang ada kes. Aku dapat rehat dalam tengahari. Lepas jumaat terus aku tido sekejap, ngantuk sangat mata semalam. Dapatlah aku lena seminit dua. Aku semalam sampai rumah dalam pukul 9pm. Lambat balik sebab layan kes dulu.

Aku nak kongsi cerita pasal Dinar Iraq dengan korang. Semalam boss aku bahagikan dinar Iraq yang dah kitaorang tempah sejak 2 minggu lepas. Aku mula-mulanya malas nak tempah dinar ni sebab kurang yakin dengan matawangnya. Takut duit tu palsu atau tak laku untuk diperdagangkan. Dua minggu lepas boss aku bawa duit tu. Bila aku periksa, betullah tu dinar Iraq.Aku biasanya kalau ada kemusykilan terus aku cari dalam internet. Kat bawah ni aku sertakan antara gambar note dinar Iraq.

Bos aku dulu sibuk dengan urus niaga internetnya. Sekarang ni macam-macam orang dok kata pasal pelaburan internet tu termasuklah fatwa pengharamannya pun dah keluar. Bos aku dah insaf, terus dia main dinar Iraq pulak. Yang ni aku terpengaruh sebab aku yakin pulangannya.

Semalam aku dapat note 5000 dinar Iraq semuanya. Aku beli 250000 IQD bersamaan RM1200. Sebenarnya aku nak tempah lebih tapi ramai lagi dah tempah awal. Rasa rugi pulak tak beli banyak. Malas nak cerita banyak pasal dinar ni, aku bukannya jual pun. Kalau dihitung-hitung mahu jadi berganda duit tu nanti. Aku akan ikuti perkembangan dinar ni dari semasa ke semasa. Kalau korang nak tahu lebih lanjut cari aje kat internet, bersepah orang dok perdagangkan dinar Iraq ni. Ni pun ibarat pelaburan untuk masa panjang.

Semalam juga aku terkejut sebab Sara lebih awal mencanagkan kat tempat kerja dia yang dia jumpa aku malam kelmarin. Cara dia cerita macam suka sangat berjumpa dengan aku (menurut informer akulah). Sekarang ni dia pulak plan nak keluar dengan aku. Aduh dah tangkap cinton juga ke minah ni kat aku. Petanda baik ni. Cuba korang fikir, kalau dia anggap aku kawan takkan dia nak canang dia jumpa aku malam kelmarin. Mestilah kalau dia anggap kawan macam biasa ajelah seorang kawan jumpa dengan kawan, tak perlu dicerita pun, bukan penting.

Kail sudah mengena cuma aku aje yang kena pandai nak naikkan tangkapan. Bersemangat sikit aku sekarang ni, cuma aku belum tahu lagi isi hatinya. Insyallah secara perlahan-lahan aku akan cuba korek juga hatinya.

Hari ni aku bangun awal sebab malam semalam tak ada kes. Dapat aku tido lena juga. Layan kes sampai petang tadi. Balik aku terlena sekejap, penat sangat. Tengahari tadi aku keluar makan dengan Sahak, bercerita panjang dengan dia pasal Sara. Dia banyak naikkan semangat aku nak pikat Sara. Hari ni panas gila, terasa teriknya. Balik tadi aku tak buka tingkap, aku on kipas laju-laju. Terlelap sampai sebelum Asar.

Setakat ni masih tak ada kes lagi dari petang tadi. Mata tak ngantuk pulak. Layan tengok tv pun tak ada cerita best. Baik aku layan surf internet download lagu baru. Ok aku blah dulu.

0 orang telah bersuara: