CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 31, 2007

iskandar journal

Malam semalam aku dapat tido lena. Tak ada kes langsung. Boleh tido dengan aman. Pagi tadi aku habiskan kerja yang tertangguh minggu lepas. Keadaan kat ofis pagi ni relax gila. Ada kes, tapi bukan tahap teruklah. Keadaan masih aman sampailah aku balik kerja tadi. Tengahari tadi member aku buat kenduri kesyukuran dapat masuk rumah baru kat kuartes ni. Aku pun pi lah untuk makan tengahari.

Pagi tadi hari maintenance semalaysia. Ramai sungguh budak maintenance datang nak check peralatan kat dept aku. Lepas segroup, segroup lagi datang. Paginya dalam 7 orang budak maintenance datang, muda-muda lagi. Ada sorang tu alamak handsome juga. Gatal pun gatal. Aku pagi tadi malas sangat nak layan, aku buat muka garang sikit, takut depa kat aku. Lepas depa check, time nak tandatangan workorder depa, aku tanya satu-satu. Padahal saja aku nak berbual dengan depa. Taktik kotor tu...

Lepas budak-budak tu blah, aku dengar depa merungut kehausan. Aku dengan murah hatinya belanja air kat depa. Terdengar pulak suara "abang tu garang-garang pun baik hati juga". Kembang aku sikit, ada up sikit. Selamat kuih tak ada. Kalau ada aku belanja makan sekali. Aku belanja pun sebab budak handsome tu ada. Kalau tak, mintak maaflah. Ada makna tu...nakalnya aku ni.

Lepas group tu blah, datanglah mamat maintenance yang aku cerita dalam entry yang lepas-lepas. Nilah gambarnya, abang seluar ketat. Padat celah kelengkang dia. Geram aku tengok punggung dan konek dia yang selonggok tu. Tak rimas ke dia pakai ketat-ketat macam tu. Tapi aku pulak yang tak tahan bila dia berdiri dekat dengan aku. Nak aje aku terkam. Gambar ni aku snap dari jauh. Gambar yang ketiga tu kebetulan dia lalu depan aku. Cepat-cepat aku tangkap gambar dia. Lepas aku snap aje gambar dia, dia tersenyum kat aku. Alamak malunya aku tangkap gambar curi. Dia datang pasang lampu kat dept aku. Banyak lampu yang dah kong. Lain kali aku nak terbakarkanlah lampu-lampu yang ada dalam dept aku. Biar dia datang selalu. Aummmm...geramnya.

Petang tadi lepas balik dari kerja aku duduklah depan PC baca email. Tengah-tengah baca email tu tiba-tiba aku dapat msg kat YM dari Boss aku. Pesanan dia ringkas aje, "saya dah bincang dengan TP (Timbalan Pengarah), boleh terus tinggal kat kuartes". Tersenyum lebar aku.Aku cuba balas balik msg tu tapi dia tak balas. Aku tertanya dalam hati, betul ke ni? Selang beberapa minit lepas tu dia call aku. Dia kata dapat tak msg tadi, aku kata dapat. Dia pun ceritalah yang dia dah jumpa dengan TP dan merayu supaya aku tetap tinggal kat rumah aku sekarang. Lepas tu dia nak mintak aku belanja makan sebab dia dah tolong aku. Alah setakat belanja makan no hal punya. Dia pun dah tolong aku. Lepas satu azab. Lepas ni aku tak perlu risau pasal rumah lagi. Marah aku kat Pengarah masih ada. Bara tetap membara. Api dalam sekamlah katakan. Selamat TP baik hati.

Dalam pukul 8.30pm tadi aku terima call ada satu kes, tapi disebabkan kes tu belum sedia lagi aku pun turun dalam pukul 9.30pm. Lepas kes tu aku pun keluarlah dengan staf aku untuk minum-minum kat Bangi. Depa makan sedap-sedap, aku makan kentang goreng dan air tembikai aje. Aku kenyang dah. Kalau aku keluar dengan depa aku jugalah yang akan belanja, bos belanja anak buah, biasalah. Perkara tu aku tak kisah sangat, janji depa rajin buat kerja. Makan punya hal aku tak ada hal.

Bila kitaorang dah habis makan dalam pukul 11.30pm sambil lepak-lepak tu, sesuatu yang begitu aku tak sangka berada depan mata aku. Cukup-cukup aku tak terbayang perkara ni akan terjadi. Sara datang nak beli nasik bungkus. Tergamam aku seketika. Macam aku tak percaya, aku jadi blur. Budak-budak aku dah terkenen-kenen kan aku dengan dia. Aduh...biar betul. Dia lalu depan aku sambil tegur aku dengan senyuman manis dia, layu aku. Lepas dia pesan makanan, dengan slumbernya dia datang duduk depan aku. Terkejut aku sebab aku ingat dia nak duduk kat gerai yang dia pesan makanan (sebab dia pesan makanan kat gerai sebelah). Aku tawar kat dia supaya pesan air, sementara nak tunggu makanan dia siap. Dia kata tak apalah. Aku tanya dia dari mana, malam-malam macam ni baru nak bungkus makanan? Dia kata dia dari ofis, ada kerja yang perlu disiapkan hari ni juga. Esok dia nak kena hantar. Terkejut aku, rajinnya awek aku ni (ciss...dah angkat jadi awek tu, tak malu). Aku berbual dengan dia tak sampai 5 minit. Lepas tu makanan dia siap. Aduh... aku baru nak rancak berbual, potong stim betullah. Dia minta diri untuk balik sebab dah lewat sangat. Sambil tu aku ingatkan dia date kami minggu depan. Dia kata ok juga, sebab minggu ni dia sibuk sikit.

Tak lama lepas tu kitaorang pun balik. Kesimpulannya hari ni ada 3 perkara yang buatkan aku tersenyum. Pertama pasal budak maintenance tu, kedua aku terus kekal kat apartment aku dan yang ketiga aku jumpa dengan Sara tanpa diduga. Esok wajib aku cerita kat Nurul. Oklah dah lewat ni. Esok ada perhimpunan bulanan. Mungkin aku akan hadir kalau tak ada kes yang urgent. Ok selamat malam.

1 orang telah bersuara:

Anonymous said...

hai sekarang sara dah datang dalam hidup you. apa hal apa kes . moga-moga jadi normal ke?