CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 30, 2007

iskandar journal

Petang tadi lepas balik kerja aku buka email. Terkejut aku, majoriti email yang aku terima mengucapkan takziah untuk my late ex-hubby mother. Thanks guys. Aku terima 56 email ucap takziah. Sebak sekejap, lepas tu aku terlelap. Hahaha...ngantuklah.

Malam semalam aku dapat tido lena, tak ada kes pun. Amannya dunia time macam ni. Hari ni kes tak banyak, tapi aku kena menjawab pelbagai soalan dari macam-macam jenis manusia. Pelbagai ragam. Siap kena tengking lagi. Aku buat booo layan aje. Kalau cakap cara baik aku layan. Kalau nak tengking-tengking, bercerita soranglah ko kat situ. Macam yang aku beritahu dalam entry lepas, aku sorang aje yang kerja minggu ni, 2 orang member aku masih bercuti. Staf-staf aku yang lain tak layak untuk berurusan dengan orang awam tanpa kebenaran aku. Kesimpulannya aku jugalah kena melayan depa. Semua yang dipersoalkan berkaitan kes-kes minggu lepas. Ya ampunnnn, aku jadi blur nak jawab, sebab kan minggu lepas aku tak kerja.

Pandai-pandailah aku nak susun ayat. Janji cover line. Ada sorang makcik tu datang tempat aku, bising-bising. Aku yang tak tahu hujung pangkal cerita terus sound dia balik. Dia nak bising juga, last-last hati aku dah panas terus aku tinggalkan dia sorang-sorang bebel kat kaunter tu. Terkebil-kebil dia. Grrrr...geram aku. Dia cuba nak bercakap dengan staf aku tapi staf aku kata aku sorang aje yang boleh selesaikan. Bila dia tahu aku sorang aje yang ada kuasa terus dia berlembut. Haaa...macam tulah. Baru aku layan balik. Kesimpulannya makcik tu bising sebab dia kata ada borang yang tak ditandatangani minggu lepas. Aku kira logik akal mana boleh borang tu tak ditandatangan. Bila disiasat rupanya borang tu dah diambil oleh besan dia. Rupanya ada krisis keluarga depa ni. Harta punya pasal. Aku juga yang kena. Ada patut ke? Ni kena mintak 50-50 ni.

Ada satu lagi kes tu dia call dari luar. Dahlah cakap macam tak puas hati, suara tinggi, siap sound aku suruh dengar apa dia nak cakap. Mampus pi lah hang, cakap sorang jugalah jawabnya. Aku kalau ikut nak putuskan aje talian tu, tapi tak sampai hati. Aku letak ganggang telefon atas meja, biar dia cakap sorang-sorang. Lepas dia mengomel (entah apa-apa, sebab aku tak dengar dia cakap) dia cakap "hello...hello", tahu pun cakap sorang-sorang, padan muka. Lepas tu aku buat layan tak layan barulah dia slowkan sikit suara dia. Siap aku pulak perli dia, "kalau cakap lembut-lembut macam ni kan ok". Dia mintak maaf dengan aku. Tapi tahap kesabaran aku memang diuji hari ni. Sabor aje lah...

Tengaharinya ingat nak keluar makan dengan Sara tapi terpaksa dibatalkan sebab aku ada kes tengahari tadi. Aku dengar Sara tak pakai uniform kerja hari ni. Siap pakai lawa-lawa lagi. Aduh menyesal aku tak keluar dengan dia. Tapi aku janji nak keluar dengan dia minggu depan. Minggu ni aku oncall, tu yang susah nak plan apa-apa. Plan boleh, nak laksanakan plan tu tak janji. Seminggu yang sensara.

Petang tadi aku balik dalam pukul 5pm lebih lepas tengok kes terakhir. Balik-balik terus aku baca email. Tapi tak sempat nak balas sebab mata aku dah ngantuk. Aku balas esok ok email korang. Malam tadi aku terlelap sampai pukul 8.30pm. Bangun mandi terus solat. Lepak-lepak sampai sekarang, laparlah pulak. Masaklah apa yang patut untuk dimakan. Ok aku makan dulu, lepas ni kita tido.

2 orang telah bersuara:

Ejump17 said...

*sambil mendengar lagu Makes me wonder dr maroon5* ter wonder jugak.. u ni keja apa?? mcm best je bunyi nya :P

Tuan Iskandar said...

kerja biasa2 aje. Cukuplah untuk makan dan belanja seharian