Malam semalam aku tido lambat sebab lepas aku update blog ada satu lagi kes. Lepas tengok kes terus aku balik rumah secepat mungkin. Hati aku tak berapa sedap. Malam semalam entah macam mana aku terlalu emosi sangat. Terkenang arwah mak ex-hubby aku. Secara tak sengaja air mata aku ni begitu murah mengalir. Banyak kenangan aku dengan mak dia. Masih terbayang jelas setiap gerak geri dia dan setiap ukiran senyuman dibibirnya.
Ex-hubby aku dulu sering mempermainkan aku kalau aku balik kampung dia. Mentang-mentang aku tak faham slang pertuturan depa. Slang orang Kedah (terutama orang Weng, Baling) pelik betul bunyinya kat telinga aku. Langsung aku tak faham. Depa dua beranak bantai mempermainkan aku dan lepas tu berderailah gelak tawa dalam rumah tu. Mak dia tinggal sorang aje masa tu. Kalau anak dia balik dan bawa aku bersama kemain seronok dia masa tu. Walaupun perjalanan dari Alor Star ke Baling makan masa 2 jam (kalau tak silap aku), aku gagahkan juga kaki ni ikut dia balik semata-mata nak mak dia gembira. Dulu aku sering kali balik ke Baling, 2 kali sebulan.
Kali terakhir aku jumpa dengan arwah masa aku hadiahkan Al Quran baru untuk dia. Masa tu hubungan aku dah hampir retak dengan my ex-hubby. Mungkin my six sense dapat rasakan perkara ni akan terjadi, jadi oleh sebab aku sayang mak dia aku hadiahkan Al Quran baru tu untuk ganti Al Quran yang selalu dia gunakan. Dah lusuh Al Quran tu, banyak mukasurat yang terkoyak. Bila aku teringat perkara tu nak mengalir air mata aku. Tak dapat aku lupa wajah dia masa terima Al Quran tu. Sebak dada aku bila teringat perkara tu. Dan seperkara lagi, dia sanggup bangun seawal pagi semata-mata nak masakkan air panas untuk aku mandi. Rumah dia tak ada air paip, terpaksa guna air telaga. Dia takut aku kesejukan masa mandi nanti. =(
Entah masa bila aku terlelap pun aku tak tahu. Pagi tadi aku terjaga dalam pukul 6.40am sebab terima panggilan ada satu kes. Aku mintak tangguh kes tu untuk pukul 8am. Pergi kerja dengan mata lebab hari ni. Lama aku dah tak nangis. Tiba-tiba pulak tersedu-sedu aku menangis semalam. Rasa satu kehilangan.
Pagi tadi sebelum aku tengok kes, aku layan sarapan dulu. Lapar pulak pagi-pagi ni. Nilah saparan aku hari ni, meehoon goreng. Kalau korang tengok balutannya mungkin nampak sikit tapi bila dah bukak, Ya Allah banyak sungguh. Aku mulanya nak makan satu pertiga aje. Entah macam mana aku dok ting tong tengok-tengok habis sebungkus. Terasa kenyang, tapi entah macam mana boleh habis sebungkus. Tak terasa bila aku kunyah meehoon tu?

Petangnya lepas waktu pejabat aku keluar ikut Abg Din dan Nurul. Hajat nak pi pasar malam kat Seri Serdang. Nurul teringin nak makan apam balik. Pusing punya pusing tak jumpa jalan. Apa taknya, depa asyik dok plan apa yang akan terjadi antara aku dengan Sara esok. Siap nak carikan restoran paling romantiklah kat Putrajaya. Alah aku ni pun orang kampung, makan nasik campur dah lah. Tak romantikkan aku ni? Hohoho... Aku ni tak pandai pura-pura. Susahlah nak terangkan kat korang, paham-paham sendirilah. Nilah pemandangan dari atas kereta petang tadi di Seri Serdang (sedang bosan dengar leteran depa, tu sebab snap aje gambar yang aku rasa aku nak snap).

Malam tadi aku tak buat apa-apa selain melayari blog rakan-rakan. Layan satu kes dalam 9.30pm tadi terus aku update blog ni. Lepas ni aku nak tido. Hilangkan penat. Kalau korang sayang kat aku korang boleh tolong aku tak. Hadiahkan Al Fatihah untuk my ex-hubby mother. Doakan semoga roh dia aman dan ditempatkan bersama orang yang dikasihi oleh Nya. Amin.
Sebelum aku terlupa aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Aris dan Zali kerana idea korang untuk menamakan kura-kura aku sempena filem Teenage Mutant Ninja Turtles. Tak terfikir pulak aku sebelum ni. Apa-apa pun thanks juga untuk rakan-rakan lain atas cadangan nama untuk ahli keluarga baru Baby. Ok jumpa esok.
3 orang telah bersuara:
Al Fatihah untuk my ex-hubby mother
huhu salah taip:
Correction:-
Al Fatihah untuk ur ex-hubby mother..
Lawaklah hg ni. Apa2 pun thanks for your sympathy.
Post a Comment