CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 28, 2007

iskandar journal

Isnin adalah hari yang paling malas nak pi kerja. Biasalah. Selamat hari ni tak sibuk sangat. Hari ni aku tinggal sorang bersama staf aku 4 orang. Semua yang lain dah mula bercuti, cuti sekolah. Rasa tenang pulak bila tak ada ramai staf hari ni.

Hari ni ada student baru dari UPM dan UM. 4 orang budak cina. 2 lelaki dan 2 perempuan. Budak cina tu handsome betullah. Geram aku tengok. Akulah juga terpaksa beri penerangan. Tapi handsome punya pasal berjela aku beri penerangan. Selamat tak sibuk sangat.

Petangnya aku keluar beli goreng pisang kat Bangi. Masa nak pi tu Nurul cabar aku call Sara. Aku dengan slumber kodoknya depan-depan dia aku call Sara. Ingat aku ni bacul sangat ke. Tergamam dia, ialah dia ingat aku tak berani sangat. Aku siap ajak Sara lunch rabu ni (tu pun kalau kes tak ada).

Petang tadi lepas balik kerja ingat nak rehat. Ada kes pulak. Selesai kes terus aku balik. Ingat nak tido, housemate aku pulak masuk bilik nak sembang. Layanlah.

Malam ni aku dengar berita yang mak ex-hubby aku baru meninggal dunia. Kebetulan kawan aku yang datang dari Perak hari tu call dia malam tadi. Terkejut aku dengar berita tu. Aku walaupun dah berpisah dengan dia tapi aku anggap mak dia macam mak aku juga. Banyak kenangan aku dengan mak dia. Dia layan aku cukup baik. Aku rasa cukup sedih sekarang ni. Cuma ucapan takziah dan Al Fatihah untuk rohnya. Aku doakan mak dia akan ditempatkan dalam golongan orang beriman. Patut pun kebelakangan ni aku teringat kenangan aku masa kat rumah mak dia di Kedah dulu. Apa-apa pun...entahlah...

0 orang telah bersuara: