CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 11, 2007

iskandar journal

Malam kelmarin aku dapat lelapkan mata dalam 5.30am. Bangun pukul 6.45am semalam ngantuk gila. Malam tu aku tak tido sebab nak siapkan segala benda berkaitan Plan Bencana. Pagi sampai kat pejabat terus aku beri taklimat serba sedikit kat kakitangan lain apa nak buat jika Plan Bencana di aktifkan. Sampai jam 10am semalam Plan Bencana tak diumumkan lagi. Ura-ura akan diadakan semalam tetap ada. Aku dah ngantuk gila lepas siapkan segala kerja aku pagi semalam. Aku pun terus pi masuk bilik rehat staf untuk tido. Dalam 12.30pm semalam Plan Bencana diumumkan bermula. Aku tetap layan tido sat 30 minit lagi. Gila... boleh rehat lagi tu.Hihihi...Alah latihan aje.

Aku ngan member aku yang lain terus setting bilik dan tempat serta peralatan mengikut Plan Bencana yang telah dirangka. Sampai 3pm perut aku dah lapar. 'Pelakon-pelakon' yang berlakon sebagai mangsa tak sampai-sampai lagi. Kalau depa sampai aku ingat nak gigit diaorang aje, buat sate. Aku dah lapar depa dok mai lambat sangat. Geram tu. Aku tetap tunggu juga sebab aku tak boleh tinggalkan kaunter. Nak kantoi dengan Big Boss aku ke? Dalam pukul 4pm Plan Bencana diisytiharkan berada ditahap rendah. Maksudnya keadaan kembali ok. Cerita sebenarnya, depa yang pi kat site bencana telah mengkantoikan Plan Bencana tu. Tunggang langgang koordinator diaorang. Patut pun 'mangsa-mangsa' aku tak sampai-sampai. Aku yang tak tahan lapar terus pi makan dulu. Mana tahan. Last-last aku pulak yang pengsan. Bencana tuuu...

Balik dari kerja petang tu aku terus tido. Sebab tu semalam aku tak update blog. Aku memang penat gila, tido sampai pagi tadi. Pagi tadi aku bangun dalam pukul 5.30am. Aku pi kerja hari ni rasa segar dan lega aje. Sampai pejabat sepatutnya ada mesyuarat. Aku malas nak masuk. Baik aku lepak layan baca paper kat PC. Dalam pukul 9.30am member aku Nurul call ajak teman dia pi Jusco. Dia kata dia cuti hari ni sebab malam ni dia nak naik flight pi Kuching. Aku ingatkan dia main-main. Ialah time aku tengah kerja ni manalah pernah dia ajak shopping. Aku cabar dia datang secepat mungkin pagi tadi.

Dalam 10am lebih dia sampai masa aku tengah berasap. Gila budak ni.Aku ingat main-main, betul pulak dia datang. Aku dah cabar dia, jadi terpaksalah aku keluar. Aku cakap, aku boleh teman dia sampai pukul 2pm aje. Dia pun setuju. Aku keluar tak cakap dengan sesiapa pun. Walaupun bos aku. Aku cabut aje. Alamak kantoilah nanti.

Dia sibuk nak cari baju. Aku pulak sibuk nak cari camera baru aku. Mula-mula kitaorang pi Jusco. Aku cari punya cari tak jumpa juga camera yang aku nak. Pi kedai SONY kat situ pun jurujual tu kata tak sampai lagi stok baru. Nak order pun mungkin makan masa dalam 2-3 minggu. Lembab betulah. Apa punya kedailah. Last-last nak lepas geram aku shopping benda lain dulu. Sampai tak muat troli aku dibuatnya. Kat Jusco aje aku habiskan belanja dalam RM500 hari ni. Macam-macam benda aku beli. Tapi banyak benda merapu aje yang aku beli. Salah satunya ialah benda alah yang lekat-lekat kat peti sejuk tu. Comel pulak aku tengok. Sebijik tu berharga RM5 dan RM8 setiap satu. Nurul kata aku ni membazir aje. Lantaklah.

Dalam 2.30pm aku ingat nak balik sambung kerja. Hujan lebat gila hari ni. Last-last ambik keputusan nekad, alang-alang nak ponteng kerja baik aku sambung memontengkan diri. Hihihi... Lepas shopping kat Jusco kitaorang pi Alamanda Putrajaya pulak. Kat sana baru aku jumpa camera yang aku nak cari. Sony T100. Harga dalam RM1799 tambah benda-benda lain jadilah RM1859. Dapat juga aku kamera baru. Lepas tu aku pi shopping kat Carrefour. Habis pulak dalam RM200. Penuh setroli lagi.

Balik dari shopping aku terserempak dengan bos aku kat bawah apartment. Alamak kantoi juga aku. Ingat dah balik lewat, selamat. Aku balik dalam 6.30pm. Dia cuma senyum aje. Besar makna tu... Balik aku terus kemas barang yang aku beli. Banyak gila. Peti sejuk aku dah penuh, tak muat barang. Sumbat ajelah. Aku beli banyak barang sebab adik aku dari Johor nak datang sabtu ni. Takut dia datang tak ada makanan pulak dalam peti.

Oklah aku dah ngantuk ni. Layan tido lagi baik.

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

hi iskandar,

seronok gak baca blog ni. pasal camera nih, kalo ko minat baik ko beli camera SLR beb. lagi syok. tapi apa pon camera no 2, yg penting orang yg amik gambar tu.

Tuan Iskandar said...

Hi

aku memang berminat dengan bidang fotografi ni, cuma peluang nak belajar teknik tak berkesempatan. Nak beli kamera besar2 tak terdaya pulak aku nak bawak. Nanti org kata kamera besar, gambar tak cantik pun. Alah malu pulak nanti. Ada juga plan nak beli kamera SLR tu tapi nanti dululah.Thanks coz sudi bertandang ke blog aku.