CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 15, 2007

iskandar journal

Dah 2 hari line internet sekejap ada sekejap tak ada. Aku nak nyanyi sikit "geram, geram aku geram, geram,geram,geram, geram aku geram aummm....". Sepanjang jumaat lepas aku dah malas nak bekerja. Mood cuti dah melanda. Dalam kepala terfikirkan LANGKAWI oh LANGKAWI. Esok member-member aku plan nak ke KLIA sebelum ke LCCT dalam pukul 11.30am. Padahal flight berlepas dalam 3.30pm. Ada antara mereka yang tak pernah sampai ke KLIA, jadi jomlah kita buat rombongan Cik Kiah ke KLIA & LCCT. Barang belum pack lagi mungkin sat lagi aku pack barang yang nak bawa ke sana.

Kelmarin adik aku dengan suami dia datang bermalam kat rumah aku. Diaorang nak bermalam sebab hari Sabtu dalam pukul 7am kena ada kat PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya). PICC dari rumah aku dalam 15minit aje. Mula-mula diaorang nak tido kat hotel sebab tak nak susahkan aku. Aku pun faham sebab pasangan muda macam tu mesti ada plan depa sendiri. Last-last minit dia call kata nak tumpang tido kat rumah aku pulak. Ehh...budak ni. Selamat bilik aku tak bersepah. Line clear.

Diaorang sampai malam jumaat dalam pukul 9.30pm. Adik lelaki aku pun datang juga nak ikut pi PICC. Malam tu terus aku ajak depa pi pekena sate kajang. Aku pesan 70 cucuk sate. Ingat adik aku dengan laki dia nak makan banyak. Last-last aku dengan adik lelaki aku yang belasah tolong licinkan pinggan. Kalau tak habis nak bungkus pun tinggal berapa cucuk aje. Baik perabis kan.


Pagi sabtu malas aku nak bangun awal. Paksa rela jugalah bangun pukul 6am. Takut terlewat nak sampai PICC sebelum 7am. Ialah biasa bangun dalam 6.45am. Rugi 45 minit nak tido. Sebab malam sebelumnya aku tido lambat. Lepas bersiap terpaksa tunggu adik lelaki aku breakfast pulak. Dia ni jenis kena breakfast pepagi. Pagi-pagi dah dilantaknya pizza. Lantaklah.

Dalam 6.55am kitaorang sampai kat lobi PICC. Ramai keluarga dan para graduan lain. Adik aku ambik Diploma Jururawat kat Masterskill. Ini adalah Konvokesyen yang pertama kolej tersebut. Grand gila buat kat PICC.


Ini pun kali pertama aku jejakkan kaki kat dalam PICC. Sebelum ni hanya dapat tengok dari luar aje. Selalu lalu kat Putrajaya mesti ternampak bangunan indah berbentuk pending yang terletak tinggi di atas bukit. Pertama kali melangkah masuk ke dewan utama tersebut memang aku terpegun. Cantik gila. Bumbung dia macam ada sebuah bahtera dilautan bintang-bintang berkerlipan. Keadaan dewan yang cukup luas dan selesa. Pakcik aku bawa kitaorang terus ke kawasan depan dewan. Dekat sikit pemandangan dengan pentas utama. Masuk aje dewan pagi tu terdengar gesekan biola dan instrumen lain dimainkan secara live. Lepas tu barulah ia ditukar kepada muzik instrumental yang tak live.


Perasmian telah dilakukan oleh YAM Raja Dato' Seri Azureen Bt Sultan Azlan Shah selaku Presiden kolej. Cantik betul dia. Perjalanan majlis cukup teratur dan memang tak terasa sebab mungkin selesa dengan keadaan dan suasana dewan. Permulaan majlis dimulakan dengan perarakan masuk para graduan diikuti oleh para pengajar dan VIP lain diiringi tiupan alunan muzik pippe yang dimainkan oleh 4 orang pelajar. Selepas ucapan perasmian, majlis penganugerahan Diploma pun diadakan. Paling seronok sebelum upacara penutup kumpulan koir sampaikan lagu kolej dan lagu The lion sleep tonight. Cukup menghiburkan, cukup harmoni. Nanti aku upload video kumpulan koir tu lain kali.


Masa makan yang best. Makanan dia boleh tahan sedapnya. Aku sampai ambil lauk pinggan asing. Yang best daging kambing masak kurma. Daging dia lembut. Tak ada beza pun dengan daging lembu, tak ada bau pun. Aku siap buat second round ambik daging tu. Aku makan sebelah makcik aku yang tengah mengandung. Lagilah pulak dia mengidam nak makan ayam. Aku pun join dengan dia berlawan makan. Pakcik aku dah geleng kepala. Layan makan kenyang-kenyang. Ialah dari pagi sampai 12.00pm baru boleh makan. Lapar gila perut aku ni. Lauk pulak sedap-sedap, nafsu makan memang sedap jugak time tu. Melantaklah aku sepuas-puasnya gatah lauk.


Masa kat PICC ni ada 2 orang yang aku jumpa dan menyebabkan jantung aku berdegup kencang. Ialah mereka ni betul-betul mengingatkan aku kepada seseorang. Mamat yang baju putih tu aku jumpa masa aku tengah makan. Meja dia selang jauh sikit dari meja aku. Tapi bila sekali imbas tengok dia terus darah aku menyirap. Terkejut campur pelik pun ada. Jadi aku yang rabun-rabun ayam ni pun tenunglah muka dia. Masa aku tenung muka dia tak perasan pulak dia pun tengok aku semacam. Ialah dah aku tengok dia semacam. Aku pun cepat-cepat keluarkan kamera nak snap gambar dia. Bateri kamera pulak kong. Tapi dapat juga tangkap gambar dia.

Mamat yang pakai baju hitam tu pulak duduk selang sebaris dengan kerusi aku. Setiap kali aku renung muka dia teringat aku kepada seseorang. Tenang hati aku bila tengok dia. Banyak kali aku berselisih dengan dia tapi tak sempat nak snap gambar dia sebab dia dah berpaling. Geram betul aku tengok dia ni. Kalau boleh nak aje aku cium dia kat situ juga. Comel...hihihi...

Balik dalam 1.30pm badan aku rasa macam tak berapa sedap. Mungkin 'panas' sebab makan daging kambing banyak sangat. Nak demam pun ada. Hidung aku dah tersumbat. Nak update blog line tak ada pulak. Adik-adik aku terus balik lepas tu. Nak kata demam tak juga sebab tak panas pun tapi Alhamdulillah dari pagi tadi aku dah makan ubat. Sekarang ni legalah sikit. Tapi hidung ni nak bersin tapi tak jadi-jadi. Sakit dah hidung ni.

Malam semalam aku tido lambat. Dalam 6.30am baru aku dapat tido. Pagi tadi pulak housemate aku kejutkan dalam 9am. Sakit kepala aku dibuatnya. Dahlah aku kurang sihat. Layan dia berbual sampai pukul 11.30am. Tak baik kalau tak layan tetamu, pantang aku. Jadi nak tak nak kenalah layan juga. Dia nak bincangkan pasal percutian ke Langkawi. Dalam pukul 2pm tadi aku tertido. Memang aku rasa tak berapa sedap badan. Esok dah nak pi Langkawi. Selamat malam ni badan aku dah ok sikit. Hidung tersumbat pun dah kurang. Tapi sakit tekak still ada sikit. Batuk dah tinggal batuk yang mengada-ngada aje. Harap-harap esok akan pulih sepenuhnya.

Jomlah, aku nak kemas barang dulu. Mungkin aku tak akan update blog ni dalam masa 3 hari bermula esok. Insyallah aku akan update cerita-cerita dari Langkawi untuk korang. Aku dah ambil cuti bermula esok ampai hari Ahad. Seminggu aku bercuti tapi 3 hari aje ke Langkawi.

0 orang telah bersuara: