Pagi-pagi lagi bila Ketua Jabatan aku sampai terus dia umumkan nak buat meyuarat tergempar. Aku dah cuak campur terkezut. Mesyuarat apa pulak ni? Biasanya kalau mesyuarat akulah orang pertama kat jabatan yang akan tahu. Apa taknya akulah yang akan jadi pencatat minit merangkap PA Big Boss aku time mesyuarat. Kes paksa relalah sebab kat jabatan aku tak ada kerani.
Aku masuk bilik mesyuarat lambat sikit tadi. Memang saja pun masuk lambat, sekurang-kurangnya bolehlah depa mula dulu. Aku ingatkan depa dah mula. Rupanya depa tetap tunggu aku. Almaklumlah PA merangkap tukang catit minit kena ada dulu baru mesyuarat boleh mula. Aku pun duduklah sebelah Big Boss aku. Rupanya mesyuarat ni berkaitan Plan Bencana kat tempat kerja aku. Depa nak activate plan ni bila-bila masa. Ini melibatkan seluruh negeri Selangor, KL dan Putrajaya. Tempat aku kerja ni menjadi pusat rujukan bencana. Yang peningnya tak pernah lagi aku terlibat mengendalikan sampai ke peringkat antara negeri macam ni. Setakat peringkat daerah ok lagi. Ini dah masuk peringkat antara negeri mau kelam kabut jawabnya. Biar pun cuma latihan aje tapi Big Boss aku dah siap warning awal-awal "Dont drop my water face ok", hihihi...
Aku di tugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam (ada iras-iras GRO ke aku ni?). Aku lebih suka jaga bahagian peralatan atau tak melibatkan berurusan dengan orang ramai (jaga bilik gerakan bencana ke). Mesti pening aku dok kaunter melayan macam-macam karenah pelbagai orang (macamlah sebelum ni aku tak pernah layan orang kat kaunter).
Lepas habis mesyuarat adalah pulak kitaorang buat mesyuarat kecik. Nak perah idea supaya bila plan ni activate aje kitaorang tak kelam kabut. Setakat ni atas kertas oklah juga, semua dah tersusun rapi. Aku risau juga sebenarnya. Aku masih blur dengan tugas aku. Ahhh balun ajelah nanti macam ner. Kitaorang cukup tertekan tadi nak pastikan plan ni terlaksana bila-bila masa dari sekarang. Aku sampai lari ke Putrajaya nak hilangkan tension punya pasal. Bukan keluar makan pun tapi nak tenangkan fikiran sat. Member-member aku yang lain pun tak lalu nak makan. Last-last dalam pukul 4.30pm ramai-ramai makan meggi aje kat pantry jabatan. Tergelak kitaorang, kerja punya pasal.
Balik tadi aku terus tido. Otak penat sangat berfikir. Dalam pukul 8.30pm tadi Boss aku hantar msg kata mungkin plan bencana akan berlaku esok dalam pukul 10am. Weh aku punya minit mesyuarat pun tak siap lagi dah nak mula ke? Banyak lagi check list aku tak buat. Alamak, lepas ni aku kena buat check list sat lah jawabnya. Ok jumpa lain.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment