CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 10, 2009

iskandar journal

Aku bangun dalam jam 5am. Tak tahu nak sahur apa sebab semalam aku tak beli makan untuk sahur. Selamat ada roti yang Mike belikan. Jadi aku pun goreng ajelah roti tu jadi roti telur. goreng punya goreng jam dah pukul 520am, cepat-cepat aku makan sebab nak hisap rokok pulak lepas tu.
Pagi ni aku tak tido balik sebab aku dah janji dengan E nak hantar kereta aku. Nak tukar ekzos yang baru. Kereta aku tu ada problem sikit dengan dia punya ekzos. Bunyi macam kereta buruk pulak bila besi dia berlaga dengan body kereta. Segan aku nak bawak kereta tu. Last-last ambik keputusan baik tukar terus ekzos tu dengan yang baru. Baru puas hati. Kos dalam RM1050. Bantailah, asalkan lepas ni tak berbunyi lagi. Insyallah.
Lepas bersiap jam 630am aku ke rumah E, ambik dia sebab dia nak drive kereta aku ke bengkel pagi ni. E memang senang nak mintak tolong dengan dia, tu yang aku sayang kat dia. Hahaha...
Alamatnya awallah aku sampai ke pejabat. Hari dah terang sikit. Aku pulak tak bawa kunci loker sebab kunci tu biasanya attach sekali dengan kunci kereta. Aduhhh...masalah betul. Aku hari ni paling awal sampai. Aku buka semua lampu. Lepak-lepak sat.
Kat pejabat hari ni aku main-main lagi kerja. Tak ada kes jadi aku pun lepak-lepak macam semalam. Bosan. Nak tido tak ada port sebab semua tempat dah penuh budak-budak ni tido. Aku pun lepak dalam bilik persalinan. Petangnya aku bagi orentasi kat student. Penat bercakap mulut aku petang ni.
Masa nak balik aku suruh awek aku hantar balik. Mulanya ingat nak berbuka kat rumah dia tapi dia pulak sakit perut. Keracunan makanan. Ingat tak dia beli nasi lemak kukus kelmarin, haaa... tu lah aku dah kata, nasik lemak untuk makan pagi aje. Mana ada orang berbuka makan nasi lemak. Makanlah benda lain.
Sampai rumah aku tido sekejap, penatlah. Cuaca hari ni panas betul. Sakit dan lenguh badan dibuatnya. Bangun-bangun dah jam 7pm. Aku nak makan apa ni? Dah lah tadi tak singgah beli makanan kat pasar ramadhan. Lantaklah makan roti telur lagi. Aku goreng sekejap. Lepas tu aku masak sardin sekali. Boleh buat cicah degan roti telur aku. Itu ajelah rezeki aku untuk berbuka hari ni. Pagi sahur dengan roti telur, bebuka pun dengan roti telur. Nasiblah...

3 orang telah bersuara:

idhamz said...

akhirnya blog ni dh dibukak kepada awam..tensen gak sebelum ni sbb dah ada pintu besaq tak boleh nk tngk...

apa2 pun selamat hari raya kepada tuan blog

i'm shin... i'm inesen said...

blog walking~

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”