CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 19, 2009

iskandar journal

Wisata Bali Indonesia (Bahagian 2)
10 April 2009


Walaupun kepenatan semalam tapi hari ni aku bangun awal. Jam 7am aku dah bersiap untuk sarapan. Janjinya jam 830am kami akan memulakan aktiviti lawatan melihat tarian Barongan di Batubulan Bali. Jam 730am kami termangu depan meja makan kat restoran hotel kami menginap. Muka masing-masing kepenatan lagi. Kami ada dua pilihan sama ada nak makan makanan Indonesia (mee goreng) atau makanan barat (roti bakar dengan omelet). Aku pilih mee goreng, biar berat sikit makan untuk dapatkan tenaga, persediaan perjalanan jauh dan panas. Jam 730am suasananya macam jam 10am waktu Malaysia, panas. Tunggu mee digoreng adalah dalam 20 minit, lambat sangat. Selamat lepas makan ada masa aku nak hisap rokok.



Jam 830am tepat kami memulakan perjalanan. Pemandu pelancong kami cukup menepati masa. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan sekitar jalan. Banyak perusahaan mengukir batu, ukiran kayu dan kedai cenderahati serta hotel dan peniaga-peniaga kecil menjaja barangan. Destinasi kami ialah Batubulan. Jam lebih kurang 9am kami tiba di sana.

Di sini kami disajikan dengan persembahan Tarian Barong & Keris. Kami adalah antara penonton terawal sampai. Pemilihan tempat duduk di bahagian hadapan sudah semestinya. Setiap selang 5 minit sementara menunggu kehadiran penonton lain kami di perdengarkan muzik gamelan yang dimainkan secara live. Seperti yang dijanjikan 930am persembahan pun bermula. Menarik juga sebab aku tak pernah dan tidak mengetahui langsung tentang perjalanan cerita Tarian Barongan ni (walhal kat Malaysia pun ada).

Untuk berkongsi sedikit perjalanan cerita tu aku coretkan kat sini berdasarkan pengamatan aku dan risalah yang diedarkan (kalau ada penari-penari dan mereka yang tahu tentang Tarian Barongan ni, kalau aku tersalah cerita tolong betulkan aku ye). Cerita ni terbahagi kepada 5 babak utama tidak termasuk babak pembukaan. Kesimpulan dari cerita ni adalah pertarungan antara kebaikan melawan kejahatan. Barong (lebih ibarat seperti harimau) adalah binatang purbakala yang mewakili kebaikan dan Rangda pula adalah binatang purbakala yang menggambarkan kejahatan. Ada unsur-unsur lucu dan bahasa Inggeris serta Indonesia diselitkan dalam persembahan ni. Ada babak-babak yang diubah sedikit supaya penonton terhibur.
Babak Pembukaan.



Barong serta kera putih sedang berada di dalam hutan (dalam babak ni kera putih yang mengganggu Barong sedang tidur amat melucukan, ada perbuatan kera putih yang nakal mengacah Barong. Kera putih mempermainkan Barong bila dia sengaja mengacah semasa memberi makan pisang. Kiranya dia dok tipu Barong lah, padahal dia yang makan pisang tu). Kemudian muncul tiga orang yang bertopeng (menggambarkan tiga orang yang sedang membuat tuak di tengah-tengah hutan, yang mana anaknya telah dimakan oleh si Barong) yang sangat marah lalu menyerang Barong. Dalam perkelahian tu hidung salah seorang dari ketiga orang itu digigit oleh kera putih (dalam persembahan tu bukan hidung yang digigit tapi konek orang tu yang digigit, tu yang kami gelak sakan tu, nakal monyet tu. Jangan monyet, aku kata jangan).

Babak Satu.
Dua orang penari muncul (mereka ni pengikut Rangda yang sedang mencari pengikut Dewi Kunti yang sedang dalam perjalanan untuk menemui Patihnya (Perdana Menteri). Tarian Bali ni cukup menarik dengan lirikan mata, pergerakan jari, pergerakan kepala serta badan memukau penonton).

Babak Dua.


Pengikut-pengikut Dewi Kunti tiba. Salah seorang dari pengikut Rangda (penari tadi) berubah rupa menjadi syaitan dan memasukkan roh jahat kepada pengikut Dewi Kunti (yang menyebabkan mereka boleh menjadi marah). Keduanya menemui Patih dan bersama-sama mengadap Dewi Kunti. (Dalam babak ni syaitan yang muncul membuatkan penonton gamat dengan hilai tawa, sebab tetek syaitan tu layut dan kukunya panjang serta berwajah hodoh mempermainkan tukang karut).

Babak Tiga.

Muncul Dewi Kunti dan anaknya Sadewa. Dewi Kunti telah berjanji kepada Rangda untuk menyerahkan Sadewa sebagai korban (sebenarnya Dewi Kunti tidak sampai hati mengorbankan anaknya kepada Rangda tatapi syaitan memasukkan roh jahat kepadanya yang menyebabkan Dewi Kunti bisa menjadi marah dan tetap berniat mengorbankan anaknya). Dewi Kunti mengarahkan Patihnya membuang Sadewa ke dalam hutan dan Patih (yang telah di hasut roh jahat oleh syaitan juga) itu pun dengan tiada perasaan kemanusiaan mengiring Sadewa ke dalam hutan dan mengikatnya di hadapan istana sang Rangda.

Babak Empat.




Turunlah Dewa Siva (dewa kayangan) memberikan keabadian hidup kepada Sadewa dan kejadian ini tidak diketahui oleh Rangda. Kemudian datang sang Rangda untuk mengoyak-ngoyak dan membunuh Sadewa tetapi tidak dapat dibunuhnya kerana kekebalan yang dianugerahkan oleh Dewa Siva. Rangda menyerah kalah kepada Sadewa dan memohon untuk diselamatkan agar dengan demikian dia boleh masuk ke syurga, permintaan ini dipenuhi oleh Sadewa. Sang Rangda pun masuk syurga.

Babak Lima.
Kalika (salah seorang pengikut Rangda) mengadap Sadewa untuk diselamatkan juga tetapi ditolak oleh Sadewa. Penolakan itu menimbulkan perkelahian dan Kalika berubah menjadi babi hutan. Dalam pertarungan antara Sadewa dan babi hutan, Sadewa mendapat kemenangan (yang lawaknya selepas babi hutan tu tewas, tukang karut menyembelih dan memotong dada babi hutan tersebut, dan tidak ketinggalan konek babi hutan tu pun kena kerat sekali, panjang pulak konek babi tu. Penonton gelak gamat time tu) .

Kemudian Kalika berubah dari babi hutan menjadi burung garuda, tetapi tetap dikalahkan.




Akhirnya Kalika berubah dari burung garuda kepada Rangda. Oleh kerana saktinya Rangda maka Sadewa tidak dapat membunuhnya. Sadewa terpaksa berubah menjadi Barong kerana sama saktinya, maka pertarungan antara Barong dan Rangda ini tiada yang menang. Dan dengan itu pertarungan dan perkelahian ini berlangsung terus abadi tiada kesudahannya. Kebaikan melawan kejahatan. Kemudian muncullah pengikut-pengikut Barong, masing-masing dengan kerisnya hendak membantu Barong dalam pertarungan melawan Rangda. Mereka ini pun semuanya tidak berhasil melumpuhkan kesaktian sang Rangda.

Sebelum persembahan selesai, pelakon-pelakon yang membawa keris tadi muncul menunjukkan apa dikatakan sebagai tarian keris. Mulanya aku ingatkan diaorang dok buat apa, rupanya keris ditikam di dada masing-masing sambil memusing-musingkannya sekuat-kuat hati. Kebal lah kononnya, siap ada pawang baca mentera lagi. Horror juga diaorang ni. Kalau tertembus dada tu siapa nak jawab? Persembahan Barongan ni berlangsung sekitar 50 minit. Menarik sebenarnya bagi aku yang tak pernah menyaksikan persembahan ni. Kat Malaysia persembahan dan jalan ceritanya sama ke?

Selesai persembahan kami sempat bergambar disekitar kawasan persembahan. Aku sempat bergambar dengan Barong yang digunakan untuk persembahan. Menurut penjaga Barong tersebut, benda tu selalu dipuja. Alamak, lagilah aku takut, larikkk…berhantu kamera aku nanti.
Jam 1030am kami meneruskan perjalanan ke perkampungan Celuk, Gianyar dan sampai lebih kurang jam 1050am. Kawasan perkampungan ni terkenal dengan pertukangan emas dan perak. Kami singgah di kedai Sri Sunari. Kami berpeluang melihat sendiri proses pertukangan perak. Dari bahan asasnya sehinggalah ianya siap ditempa. Selepas selesai tengok demo pembuatan perak, kami ke galeri barangan kemasnya. Ada banyak perhiasan emas dan perak. Aku sempat membeli rantai dan gelang tangan perak 925 dengan harga lebih kurang RM270, tu pun selepas ditawar. Barang-barang kat sini kualiti dia memang cantik. Aku peminat barangan perak jadi serba sedikit tahulah aku melihat kualiti pertukangannya dan kehalusan pembuatannya. Kalau ikutkan hati nak aje aku borong semua barang kat sini, tapi ongkosnya tidak cukup.


Lebih kurang jam 1130am kami bertolak ke Kintamani untuk makan tengahari. Dalam perjalanan tu kami singgah si sebuah kedai menjual cenderahati Bali. Dekat kedai ni mata aku jadi berpinor sebab banyak sangat cenderahatinya. Rasa nak beli semua. Yang penting semua barangan yang akan dibeli semuanya di diskaun 50%. Kalau ikutkan lebih Rp1,000,000 aku belanjakan, selamat ada diskaun jadinya lebih kurang RM170 aje aku kena bayar. Ini antara barang yang aku beli masa kat sana. Kucing adalah cenderahati wajib setiap kali aku keluar melancong.







Selepas puas shopping kami bertolak ke tempat makan yang telah dirancangkan. Disebabkan perayaan bulan penuh dan hari jumaat maka jalan menjadi sesak (machet) sedikit. Aku tak jumpa masjid di sepanjang perjalanan. Jadi kenalah jamak solat aku kali ni. Memang betul sebab di Bali kepadatan penganut hindunya hampir 90%. Yang 10% lagi adalah orang Islam. Sepanjang perjalanan kami sering melihat mereka yang berpakaian putih lengkap berpakaian upacara Bali menaiki motor (speda motor) atau kereta (mobil).

Kami tiba di restoran tu dalam jam 150pm. Sepanjang perjalanan mata kami tertumpu juga pada pemandangan indah Gunung dan Danau Batur. Cuaca di kawasan ini cukup nyaman. Tak sempat ambil makan pun, kami lebih selesa bergambar berlatar belakangkan Gunung Batur. Hilang rasa lapar seketika bila menikmati pemandangan indah tu. Cuma ketinggian restoran tu membuatkan aku gayat sedikit untuk bergambar. Mengikut kata pemandu pelancong kami gunung berapi ni masih aktif. Telah mengorbankan ribuan nyawa sejak ianya pertama kali meletus secara rasminya dicatatkan dalam sejarah sejak tahun 1804. Ada tiga puncak gunung tersusun yang membuatkan pemandangannya indah. Dan tanah lahar dari letusan terakhir masih boleh kelihatan. Jadi tidak menjadi kehairanan di sepanjang jalan ke Gunung Batur ini penduduknya melonggokkan tanah yang diambil dari laharnya yang berwarna hitam untuk diproses menjadi pelbagai perkara. Antaranya sebagai kosmetik dan bahan pembinaan rumah selain digunakan untuk baja.



Lepas bergambar barulah kami menjamu selera. Aku makan hampir kesemua masakan buffet yang disediakan. Nak kata sedap, biasa-biasa aje. Masakan tempatan Bali, tak kena dengan selera aku.


Sambil makan tu aku dengan Arip bergosip tentang pasangan ni. Rasanya macam tak padan pulakkan? Macam-macam kami speku kan pasangan ni. Kami jumpa pertama kali pasangan ni semasa persembahan Barongan paginya. Jantan tu boleh tahan juga, aweknya hampeh. Boleh?


Selepas solat jamak kami bertolak ke sebuah tempat pemprosesan kopi Bali. Kami sampai dalam jam 325pm. Nak masuk ke kawasan tu ada ala-ala garden yang dijaga rapi. Ibarat kebun tanaman dan penternakan kampung. Di sini kami berpeluang mencuba proses menggoreng biji kopi dan melihat kopi diproses. Aku ni jarang minum kopi, kalau minum rasa macam orang tua lah pulak. Hehehe… Kami juga berpeluang menikmati kopi segar sambil menikmati pemandangan kampung (padahal kat kampung aku pun sama aje pemandangannya). Baru aku tahu kopi yang dicampur koko dipanggil mocha. Selama ni aku dok minum aje tapi tak tahu apa kandungannya. Lepas minum kami singgah ke gerai menjual pelbagai barangan berasaskan kopi dan tanaman lain.

Adik ni cutekan? Motif? Comel pulak aku tengok dia, tak segan silu aku nak tangkap gambar dia. Kat tangan dia adalah astrak pati vanilla asli. Kuat bau wanginya. Aku beli dua botol sebab nak bagi awek aku. Lagi satu sebab adik tu promote kat aku, sebab tu aku beli. Hahaha… Aku nak beli batang vanilla yang telah dikeringkan, tapi aku takut tak boleh simpan lama pulak.

Aku beli juga bekas ni untuk simpan kopi. Padahal bukan nak simpan kopi pun cuma tertarik pada ukirannya aje. Sebelum balik tu aku diberi cuba menghisap rokok daun tembakau. 100% daun tembakau, murah tapi aku pulak yang mabuk. Pekat sangat rasanya.

Selepas itu kami menuju ke sebuah galeri lukisan di Ubud. Kami sampai sekitar jam 445pm. Pertamanya kami diceritakan secara ringkas tentang penghasilan sesuatu lukisan. Walau pun secara kasarnya setiap motif lukisan tu sama tetapi tetap ada sedikit perbezaannya jika diamati betul-betul. Har pulak gila lukisan, habis dia borong setiap lukisan. Aku juga memerhatikan sahaja. Bukan tak minat tapi tak cukup duit sebab hari tu aku bawa Rp2,000,000 aje. Dan aku rasa tak payah beli sebab korang tengok ajelah kehebatan lensa kamera aku. Layan…




Dan sekali lagi motif gambar anak ikan Bali? Korang jawablah sendiri.

Lepas sessi membeli hasil seni, kami terus menuju ke Restoran Natrabu Masakan Minang sekitar Sanur. Kami tiba sekitar jam 6pm. Aku rasa kat Malaysia ada satu kan restoran ni (kalau aku tak silaplah) kat KL Sentral? Masakan Minang aku pernah rasa pertama kalinya semasa di Jakarta. Jadi tak ada banyak beza rasanya di sini. Disebabkan kami antara group terawal jadi dapatlah kami mengabadikan gambar-gambar dalam restoran ni. Cantik, mewah dengan adat dan suasanannya cukup santai. Ada 5 jenis lauk dalam 3 kelompok hidangan kat atas meja. Kami ni berlima aje, banyak lauk yang tak habis digatah oleh bebudak ni. Masa yang diberi cukup banyak jadi kami berbual. Yang paling best Har dan Wan buat cerita lawak. Kami ketawa terbahak-bahak, selamat dah selesai makan. Kalau tak, boleh tercekik dibuatnya. Aku sendiri ketawa sampai tak cukup nafas. Korang memang lawak bro.




Lebih kurang jam 730pm kami bergegas pergi ke Pantai Kuta. Destinasi yang tiada dalam list ialah Hard Rock Café Bali. Kalau keluar negara destinasi ni antara yang wajib aku disinggahi (kalau destinasi tu ada Hard Rock Café lah). Disebabkan destinasi ni tiada dalam perancangan awal dan duit aku banyak dah habis untuk shopping dari pagi sampai ke petang.

Selamatlah mamat-mamat ni tolong belikan dulu sementara aku bayar semula di bilik nanti duit depa. Aku beli teddy bear yang comel ni, dua shot glass (bear dan shot glass ni memang jadi koleksi aku) dan sehelai baju T untuk member aku. Lepas tu kami bergegas balik ke hotel. Penat wooo…

Malam tu kami tak mandi dan terus keluar berjalan untuk shopping lagi. Tak jauh kami jalan sebab dah penat sangat. Biasanya kami akan berjalan sekitar Jalan Legian sebab banyak kedai di sana. Perangai gila shopping aku menjalar kat DVD pulak malam ni. Habis hampir 20 complete season The Simpsons aku borong. Adalah dalam 94 keping DVD semuanya. Aku dapat free 70 keping DVD lagi. Gila kan? Harga sekeping DVD cuma Rp10,000 aje (lebih kurang RM3). Kualiti jangan cakap, memang tip top. Berbeza kat Malaysia sekeping RM7 atau RM8 tapi kualiti hampeh. Percayalah cakap aku, kualiti dia memang berbeza dengan Malaysia punya. Master DVD nya dari Australia. Malaysia punya dari mana? Korang pun boleh jawab rasanya.
Har dan Arip pi tukar duit kat satu tempat money changer (yang kononnya harga dia lebih murah). Kira punya kira, rupanya money changer tu menipu, kurang duitnya dari yang dijanji. Aku dah kata awal-awal kat diaorang kalau nak tukar, berhati-hati dan baik tukar duit kat Malaysia, lebih selamat. Dah lah duit Indon berjuta-juta, pening kepala nak kira.
Dan tip untuk korang kalau nak keluar negara, tukar duit siap-siap kat Malaysia. Kalau terpaksa juga kena tukar ke negara yang kita pi tu, kira elok-elok bersama money changer tu sekali. Pinjam aje calculator dia. Jangan mudah tertipu. Apa yang penting matematik mesti power. Setakat keliru 1+1 berapa, baik korang tukar duit siap-siap kat Malaysia.

Balik malamnya selepas shopping aku mandi. Dan buat aktiviti tak bermoral sebelum terus tido. Jom sambung nanti. Aku dah penat menaip.

0 orang telah bersuara: