CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

iskandar journal

Aku baru balik dari ofis. Tak sempat sampai rumah tadi ada satu call dari ofis kata ada kes. Malas tahap cipan aku nak patah balik ke ofis. Aku mintak member aku cover. Aku memang dah tak larat. Tadi aku stayback kat ofis sebab ada mesyuarat tergempar. Semua big boss dept seluruh negara turun. Tak lah ramai sangat. Berapa kerat aje yang hadir tapi semuanya orang besar-besar, aku juga yang kena jadi penyambut tetamu. Sopan gila aku hari ni (walhal nak senyum pun dah tak larat). Meeting mula jam 830pm, sampai aku nak balik tadi pun masih tak selesai lagi. Malas sebenarnya nak terlibat dalam meeting dengan diaorang ni. Selamat boss aku ambil alih jadi pencatit minit, kalau tak aku jugalah yang kena menaip. Bosan wooo dok dalam bilik meeting. Aku tak masuk tadi, baik aku dok luar. Kalau masuk bilik meeting tu bermakna aku tak boleh bangunlah dari kerusi tu.
Tengahari tadi aku terima tetamu yang aku dah lama tak jumpa. Lebih dari setahun jugalah rasanya. Dia ni adik kepada kawan aku. Seperti abangnya yang hensem adiknya juga tak kurang hebat. Dalam awal 20an umurnya. Apa yang menarik tentang dia? Mata dia stim & bulu kening dia lebat. Aku minat gila dengan jantan yang mata kecil atau kuyu, bulu kening lebat dan yang penting renungan tajam tapi manja dari matanya. Kebanyakan x-bf aku ada ciri-ciri ni. Aku tak penting sangat bab hensem tu, tapi tang mata dengan bulu kening tu memang akan buat aku gila. Jadi kepada sesiapa yang ada ciri-ciri seperti yang dinyatakan sila hantar borang permohonan jadi couple aku dengan kadar segera. Hahahaha...
Dia kebetulan datang ke ofis aku tengahari tadi. Dia ada urusan lain sebenarnya, dah kebetulan ada kat situ dia singgah lah jumpa aku. Tak berubah sangat bentuk fizikal dia. Tapi aku betul-betul cair dengan pandangan mata dia tadi. Nak aje aku romen dengan dia kat situ juga. Gerammmmmmmm...aummmmm...
Asalnya ingat pertemuan habis kat situ aje. Dalam pukul 2pm dia call aku, ajak makan. Aku ni set aje lah. Hai...tuah jangan ditolak. Masa makan dengan dia kami banyak bercerita. Ialah lama dah tak jumpa. Aku ambil kesempatan memerhatikan dia makan. Aku betul-betul kenyang bila tengok muka dia. Saja aku makan lambat-lambat. Nak panjangkan masa tengok dia. Satu ciptaan Nya yang sempurna. Subahanallah...
Alah...aku baru nak story panjang sikit, dah ada call masuk lagi. Terpaksalah aku pi ofis juga macam ni sambung oncall aku. Tak senang aku nak rehat. Kita sambung story mory esoklah.
Oh ye...selamat datang aku ucapkan kepada pembaca-pembaca baru. Ramai juga sebenarnya nak join tapi tempat terhad. Ada dalam 15 orang lagi masing pending dalam senarai blog aku. Kalau diaorang lambat masuk blog ni, aku reject aje depa kang. Nasihat aku, korang pandai-pandailah nak gunakan bahan dalam blog aku ni. Jangan timbulkan masalah cukuplah. Kalau ada yang timbulkan masalah senang aje, aku kick dia dari semua keistimewaan. Ok lah aku blah dulu.

1 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Amiable dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.