Aku baru balik dari Beranang hantar bapa dan adik E balik. Diaorang dah ada kat sini lama juga. Hari ni E nak hantar depa balik tapi kebetulan pulak tayar kereta dia pancit. Aku jugak kebetulan lepas ke Pasar Borong terus call dia, hajat asal nak ajak keluar minum-minum itu pun kalau dia tak sibuk. Last-last dia mintak tolong nak hantar family dia ke Beranang. Aku pulak tak tahu nak buat apa malam ni, ok kan ajelah. Dia drive, aku dok kat belakang aje. Entah macam mana aku malam ni banyak cakap pulak, jadi mesra dengan bapa dia. Kepala boleh masuklah kiranya. Adik dia aku dah kenal lama.
Sampai kat Beranang, makanan untuk esok pagi raya dah siap. Panas-panas lagi pulak lauk-lauk tu, best wooo... Dari perut aku dah kenyang jadi lapar balik. Makanlahdalam sepinggan. Sambil tu family dia yang lain dah lama kenal aku, jadi aku ni pun macam keluarga dia juga. Sekejap aje dok kat sana, sebab esok aku oncall jadi dalam jam 11pm lebih tadi kami bertolak balik ke KL.
Hari ni aktiviti aku banyak rehat aje. Lepas tido, bangun, tengok TV, layan internet dan tido balik. Malas gila lah nak buat aktiviti lain. Nak keluar pun tak ada tujuan. Malam tadi aku tak dapat tido, lepas subuh baru mata aku ngantuk. Aku tak jadi nak ke pasar dengan awek aku pagi tadi. Nak buka mata pun tak larat, macam mana aku nak drive.
Maghrib tadi dalam jam 745pm awek aku call suruh belikan santan. Nak masak rendang tak ada santan katanya. Dahlah mintak aku belikan, dalam jam 8pm dia nak dah santan tu. Angin aku dibuatnya, mana tak nya semua benda yang dia mintak perlu ada dalam masa tu juga. Tak bagi aku masa pun. Panas jugalah telinga dia kena dengan aku. Mana tahan nak ikut dia aje, sekali sekala kena ajar juga. Aku ni pantang kalau orang memaksa, mulalah angin aku naik.
Tadi kami jumpa kat Pasar Borong, dia beli sikit barang. Lepas tu kami minum-minum sebelum aku balik jumpa E. Oklah esok aku dah mula oncall, dan macam biasalah dalam masa seminggu ni jadi bz sekejap dibuatnya. Dan aku ambil kesempatan ni mengucapkan Salam Aidiladha untuk semua pembaca blog aku.
4 orang telah bersuara:
baru lu tau susahnya nak handle perempuan!
selamat ari raya iskandar....
xder pic2 dah ke skrg ni???
hehe
selamat hari raya aidiladha...
jgn la marah2...
tapi kekadang kena gak btau kat awek u tu..jgn la nak memerap sangat..
hehehe...
sabo je la ek....
hehehe...
to handle a women is not as easy as handling a men hahahahahaha
Post a Comment