CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 06, 2008

iskandar journal

Hari khamis lepas aku mula bercuti. Nak balik kampung mungkin tak best juga sebab sekejap aje cutinya. Aku pun ambil keputusan untuk ke Perak, melawat kawan aku kat sana. Pagi-pagi lagi aku dah bertolak dengan Sahak untuk ke sana. Kebetulan Sahak juga bercuti, tapi destinasinya ke Kedah. Jadi dia temankan aku sekejap ke Perak. Sampai ke Gopeng dalam pukul 1100am. Ini adalah kali pertama aku ambil masa untuk bercuti ke Perak. Sebelum ni aku cuma tumpang lalu aje kat negeri Perak untuk menuju ke Penang, Kedah atau Perlis.
Penat juga memandu tapi bila sampai ke destinasi rasa puas gila. Bila berjumpa dengan member aku lagi lah hilang penatnya. Dia ni member kamceng aku. Kepala otak memang sempoi. Dia banyak tahu rahsia tentang diri aku. Dan aku anggap dia ni cukup memahami. Luahkanlah apa saja, pasti dia akan jadi pendengar setia.
Hari khamis tu aku habiskan masa petang dengan berbual dan rehat aje. Malamnya aku mula berjalan ke Bandaraya Ipoh. Sebelum tu aku ajak dua orang member baik aku masa kat kolej keluar lepak-lepak. Kami singgah kat MBI Corner (kalau tak silap akulah nama tempatnya) pekena mee bandung udang galah. First time aku rasa makanan ni, ialah sebelum ni cuma udang biasa aje. Sedapnya jangan cakaplah, memang ada rasa udang galah, lain sikit rasa manisnya dari udang biasa. Kami lepak hingga jam 1130pm. Banyak benda kami bualkan. Member aku dua orang tu dah kawin. Dan malam tu kami rasa macam time kami waktu kat kolej dulu-dulu. Rasa seronoknya bila berkumpul ni lain sikit dengan geng-geng lama. Terkeluarlah cerita pengalaman kerja kini dengan cerita-cerita masa kat kolej dulu. Rindu aku kat member-member lain. Adalah ura-ura nak buat reunion semula untuk batch kami dulu. Sebab kawan-kawan aku ni 'orang politik' kat kolej dulu. Jadi bolehlah depa dok bawak usul ni ke tengah. Perancangan boleh buat kemudian, yang pentingnya kumpulkan geng-geng lama dulu. Best berkumpul ramai-ramai ni.
Lepas tu sepanjang perjalanan balik ke Gopeng dari Ipoh malam tu aku berstory dan meluahkan perasaan kepada member kamceng aku tu. Member dua orang tadi aku dah hantar balik (sebab depa tumpang kereta aku). Luahan perasaan sekitar usaha dia nak baikkan aku dengan bekas ex-bf aku. Ialah walaupun bukan seperti dulu, cuma kawan aje tak salah katanya. Tapi berat bagi aku nak terima cadangan gila dia tu. Ada pro dan kontranya. Jalan selamat (pada pendapat akulah) baik kami melalui kehidupan yang berbeza.
Malam tu nyenyak aku tido. Semalam hari jumaat, pagi-pagi lagi kami bangun. Lepas sarapan nasik lemak kami terus ke Kuala Kangsar. Misi, mestilah nak borong labu sayong. Itulah antara tujuan aku nak ke sana. Pagi sebelum solat jumaat tu kami ke tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar. Kebetulan ada jualan bazar dan deretan kedai menjual peralatan dan hiasan dalaman. aku ni jadi rambang mata. Kalau ikut nak aje aku borong semua. Ada 4-5 barang hiasan aku borong. Sedar-sedar dah pukul 1pm. Terus kami bergegas ke Masjid Ubudiah. Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke Masjid Ubudiah yang sebelum ni cuma aku dapat lihat dalam gambar aje. Bila berada dalam masjid ini suasananya cukup selesa. Walaupun kehangatan matahari di luar, keadaannya cukup sejukdan nyaman di dalam.
Selesai solat kami singgah ke Istana Kenangan dan Istana Perak. Jalan-jalan aje lah tengok. Nak masuk dalam Istana Kenangan ianya masih ditutup, bukanya jam 245pm pulak. Nak kejar masa ke Sayong. Tangkap-tangkap gambar aje lah. Perut lapar, jadi kawan aku cadangkan kami makan kat tepi Sungai Perak makan ikan bakar. Aku pilihlah satu kedai, aku makan ikan terubuk dan member aku ambil ikan kembung bakar. Makan punya makan, mahal juga harga kat situ. Sambil makan tu lama juga aku memerhatikan orang lalu lalang kat situ. Mana mamat-mamat hensem kat Perak ni??? Semuanya yang aku jumpa tak hensem. Aduh... Tapi selamatlah abang tempat aku makan tu hensem. Bergetah...hehehe...
Lepas makan kami ke Kampung Sayong beli labu sayong dan pasu tanah liat. Susah nak cari sepasang punya pasu, sebab semuanya corak tak sama. Sebabnya depa kata ini buatan tangan, jadi ukiran dia ikutlah atas kreativiti si pengukir. Aku terpaksa habiskan masa lama untuk memilih ukiran yang kelihatan seakan-akan atau hampir serupa. Setakat labu sayong tu aku ambil 2 pasang. Sepasang untuk aku dan sepasang lagi untuk awek aku. Awal-awal lagi dia dah tempah. Yang lebihnya aku peli pasu hiasan. Adalah dalam RM400 aku habiskan untuk beli pasu dan labu sayong. Gila betul aku memborong. Penuh dengan pasulah rumah aku jawabnya.
Petangnya masa nak balik kami singgah di Hentian Rehat (entah apa nama tempatnya, aku dah lupa pulak) untuk beli buah-buahan. Awek aku pesan nak buah jambu batu, jambu air dan ciku. Selamat ada. Kat hentian tu kami lepak sekejap. Aku dah terpikat kat sorang anak ikan ni. Aku perhatikan aje dia. Dia pulak jadi malu-malu dengan aku. Comel dia. Aku beli buah-buahan tu kat dia lah. Ialah seharian aku cari balak-balak Perak yang hensem tak jumpa, selamat budak ni ada. Bolehlah tenagkan mata aku yang kemaruk jantan ni. Hahaha...
Kami sampai rumah member aku petang tu sebelum maghrib. Malamnya aku banyak habiskan masa dengan berbual dan bergurau dengan member aku dan kawan serumahnya. Aku masuk tido jam 1130pm.
Pagi tadi aku bertolak balik ke KL jam 745am. Singgah sarapan kat Hentian Rehat. Kemudian aku teruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah aku dalam jam 10am lebih. Kemas-kemas apa yang patut terus aku terlelap. Aku sendiri tak pasti pukul berapa aku terlelap. Yang pastinya jam 4pm baru aku tersedar. Malam tadi aku keluar makan dengan awek aku lepas aku call Sumar (ingat nak ajak dia lepak kat rumah aku, tapi dia ada kerja pulak malam ni). Lepas makan aku bagi barang yang dia pesan. Malam ni aku rasa bosan pulak tak tahu nak buat apa. Tapi yang pastinya esok pagi aku kena bangun awal, awek aku ajak teman dia pi pasar, mungkin nak beli barang untuk raya haji.
Jomlah kita layan membosankan diri. Arrrrggghhhh...

0 orang telah bersuara: