Hari ni penat gila. Dahlah malam semalam aku tak cukup tido. Ditambah pulak hari ni kes macam air terjun lajunya. Penat lah hidup ni. Kenapa kita kena kerja? Siapa yang pandai-pandai dapat idea suruh kerja? Tak boleh ke kalau lepak-lepak tetiba dapat duit aje? Arrrggghhhh...tertekan aku dibuatnya.
Malam semalam E ajak keluar. Asalnya nak ambik kereta aku tapi dia punya kereta pulak ada hal. Aku pun faham lah keadaannya. Dia janji nak pi ngan aku hari ni. Petang tadi aku free sat, call lah dia nak ajak pi ambik kereta aku pulak. Tup-tup dia kata bengkel tu tutup hari ni. Angin aku satu badan. Tak ada mood aku nak buat kerja (tapi aku kena kawal perasaan marah aku kat pelanggan), mau pelanggan kata aku tak pro pulak dalam memberi perkhidmatan.
Bukannya apa, banyak kali dah E bertangguh dengan aku sebelum tu untuk ambil kereta. Yang aku pulak ok kan aje. Bayangkan dah berapa lama kereta aku tak ada. Dari isnin lepas lagi. Esok aku dah tak oncall, aku nak balik dengan siapa? Takkan nak sambung tido kat ofis ni untuk beberapa hari lagi? Aku harap kat dia; tapi aku rasa membazir masa beri kepercayaan kat dia. Baik aku pi ambik sendiri kereta aku. Marah gila aku rasakan tadi. Tapi sabar ajelah. Sesungguhnya aku sedang berpuasa.
Aku bukannya apa, kalau tak boleh katalah tak boleh. Jadi aku pun tak lah nak mengharap. Aku boleh cari cara lain. Ini dok main acah-acah pulak. Sakit hati dibuatnya. Aku pulak dalam bulan puasa ni asyik nak marah aje kerjanya. Cukup-cukup mencabar keimanan aku dibuatnya. Alahhh...sabar ajelah labu...
Oklah cool down sikit. Aku tak ada hal, tapi tak terpancar kat muka aku. Penat campur marah campur kena paksa senyum kat pelanggan, sama dengan apa? Otot muka aku ni pun keliru, apa mimik muka yang perlu dizahirkan.
Malam kelmarin dan semalam aku berbuka dengan ikan patin masak tempoyak. Semalam ada sambal udang sekali. Hari ni makan kari ikan (tak tahu namanya tapi lembut isinya), ikan kembung percik, dan sayur campur. Dalam minggu ni terpaksa makan sakan, orang belanja. Takkan nak tolak rezeki. Tak adalah nampaknya target aku nak turunkan kg dalam bulan ni. Nak turun sekilo dua pun aku dah tak ada keyakinan ni kalau rejim makanan aku tetap sama aje setiap malam. Semuanya makanan berat-berat, tapi tenaga tak dilepaskan. Terkumpullah dalam lemak ni jawabnya.
Dalam sehari dua ni aku tak ke mana-mana. Lepak kat ofis aje. Semalam petang free gila sampai malam. Siap terlelap petang tu. Dahlah internet lembab gila nak download. Dah 6 jam pun download tak selesai-selesai lagi. Last-last aku padam aje PC. Pagi semalam dalam pukul 1am lebih E call aku ajak lepak kedai mamak. Dia datang ambik aku. Mula-mula pesan air aje, dia kata dia dah kenyang. Aku pesan 10 cucuk sate. Dia pulak makan lebih dari aku. Mana tahan, kata tadi dah kenyang. Aku pun tambah lagi 15 cucuk (sebab dia kata lapar pulak, kesian lah pulak). Jadi ketat terus perut kitaorang nak habiskan lagi 15 cucuk tu. Paksa jugalah.
Esok aku tak oncall. Aku dok fikir macam mana aku nak balik rumah esok. Kalau E masih berdalih juga, dalam fikiran aku sekarang ni nak nekad aje pi ambik sendiri kereta tu. Biarlah pi naik bas pun. Tu kalau aku nekad lah. Tapi aku dok fikir juga, kalau aku nak ambik sendiri nanti E kata aku merajuk dengan dia, macam tak percaya kat dia pulak. Tersepit aku di buatnya. Kalau tak ambik kereta aku juga yang susah. Arrghhhh...aku sakit otak semula.
3 orang telah bersuara:
helloo...
perut tgh lapar mmg arr rasa nk marah jer. xpe sabar bnyk :P
ikan patin masak tempoyak? wah best giler, my favourite tuh. sanggup tambah nasi 3 pinggan kalau ada lauk tuh. if ada petai ngan tempoyak itself lg bagus huhuhu...adoi lapar pulak hehe
tak yah susah2 pikir gi jer amik kete tu mintak tolong orang lain hantar dia misti paham nya...
Bulan puase ni nafsu batin macam mana? Aku memang takde main langsung tapi 'terpancut' sblm tidur dah dua kali. tak tahan. orang lain camne?
Post a Comment