CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

iskandar journal

Semalam aku tak sempat nak update. Padahal semalam aku on PC ni tapi rasa malas gila nak menaip. Ok aku cuba cerita apa yang berlaku semalam. Aku kena putar semula memori aku sat.
Seharian aku tak ada mood semalam. Angin kus-kus aku dah datang. Rasa macam tak ceria aje semalam. Tapi aku cover juga muka aku yang masam tu. Tapi sekali-sekala terlepas juga angin marah aku tu. Tapi tak ke tahap kritikallah. Masih boleh dikawal lagi. Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Sabar ajelah.
Semalam aku asyik kena perli aje. Biasanya kalau aku kena perli, aku tak 'makan dalam' sangat. Aku ni jenis selamber gila aje kalau kena perli. Tapi semalam setiap kutukan diorang rasa pedih gila hati ni. Aku sendiri pelik dengan diri aku. Aku tak rasa yang diri aku semalam adalah diri aku yang sebenar. Apa yang mampu aku buat cuma diamkan diri. Last-last petangnya semua tanya kenapa aku diam aje hari ni. Aku senyum aje. Sebab aku tahu perangai aku pelik semalam.
Lepas berbuka aku lepak-lepak sekejap. Lepas tu balas-balas msg dengan E. Mintak tolong dengan dia nak balik sekejap sebab aku nak ambik baju melayu untuk majlis berbuka puasa kat rumah Big Boss aku malam ni.
Sebenarnya kesian juga kat dia sebab menyusahkan dia semata-mata nak ambik baju melayu sehelai aje. Tapi dia sanggup juga nak temankan aku. Dalam pukul 10pm semalam kitaorang balik sekejap ke rumah aku, lepas ambik baju melayu terus kitaorang ke ofis aku semula. Sebelum balik lepak-lepak dulu ngeteh (minum-minum). Sambil berbual-bual dengan dia 1130pm dia dah nak balik sebab ngantuk katanya. Malam semalam lepas jumpa dia terus aku tido. Ngantuk juga mata aku semalam. Mungkin sebab banyak kerja sangat dan siangnya aku gunakan seluruh otot muka aku untuk masam aje.
Hari ni aku bangun dengan ceria. Aku dah banyak cakap, boleh buat lawak gila baban. I'm back. I be what i'm. Paginya tak ada kes jadi lepak sakan hari ni. Cuma bila aku bangun hari ni cermin mata aku buat hal pulak, skru dia longgar. Seharian aku tak nampak sebab tak pakai cermin mata. Contec lens aku pulak tak bawa. Pemutar skru untuk cermin mata ada dalam kereta pulak. Petang tadi baru Boss aku bawakkan pemutar skru yang sesuai untuk skru kecik nonet tu. Sakit mata aku hari ni nak fokus depan PC. Boleh dikatakan berehat jugalah aku hari ni. Kes tak banyak sangat.
Petang tadi sebelum berbuka aku ke rumah Big Boss aku. Dia buat majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka tu ada majlis tahlil sikit. Lepas berbuka dengan sebiji kurma dan segelas air terus kami semua solat maghrib berjemaah.
Time makan yang best lepas tu. Mee Soto, sate, mee goreng dan banyak benda lain lagi aku bedal. Makan sakan aku hari ni. Tapi taklah sampai kenyang sangat, sekadar ambil sikit-sikit tapi semuanya aku sumbat. Merasalah konon nya. Lepas makan kami solat jemaah isyak dan terawikh. Dalam 10pm kami mula beredar selepas Big Boss aku tahan untuk minum kopi dan makan kuih sebelum balik. Sampai ofis ni, Boss aku pulak ajak berbual. Baru tadi aje dia beredar. Aku dah ngantuk sebenarnya tadi. Tapi sebab korang punya pasal, aku gigihkan juga untuk menaip.
Satu lagi, kepada member-member YM yang baru selamat berkenalan aku ucapkan. Tapi aku minta maaf bebanyak sebab tak dapat nak letak gambar aku kat sana. Adalah sebabnya. Harap korang menghormati keputusan aku. Aku ni bukannya artis dan aku tidak perlulah menayangkan diri aku kat satu dunia. Aku ni insan kerdil aje. Cukuplah kalau korang tahu diri aku dari blog aku aje. Kalau aku letak gambar kat sana banyak impaknya yang akan aku terima di kemudian hari. Belajar dari pengalaman.

0 orang telah bersuara: