CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 21, 2007

sepintas lalu...

Pengacara televisyen pakai bikini



HANGAT! Hangat! Hangat! Antara berita paling sensasi sepanjang minggu lalu yang ingin Joyah kongsikan bersama anda.

Inilah sebahagian dari gambar ‘hangat’ seorang pengacara televisyen swasta ketika sedang bercuti. Sana sini orang sibuk dok bercakap tentang beberapa keping gambar yang akhirnya sampai ke kotak e-mel Joyah beberapa hari lalu.

Joyah punyalah terkejut apabila melihat gambar seksi ini. Personaliti yang seorang ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan bergaya sopan santun sebelum ini. Tak sangka pula macam ini jadinya.

Yang dipaparkan ini hanyalah sekeping gambar saja. Ada banyak lagi termasuklah adegan dia bersama seorang rakan personaliti wanita lain sedang bercuti di tepian pantai. Tetapi cukuplah setakat sekeping ini. Lain-lain tu tak bolehlah Joyah dedahkan.

Mungkin bagi sesetengah orang, alah biasalah pakai macam itu, bukan berbogel pun. Dia kan personaliti, pakaian mestilah ikut keadaan. Dah tepi pantai kenalah pakai baju mandi.

Ya, memang betul kalau itu tanggapan mereka. Tetapi bagi Joyah orang lain pun pergi ke pantai juga, tapi tak adalah ‘‘seksa’’ macam personaliti tu.

Hendak berpiknik pun biarlah seadanya. Jagalah tata susila, tambah pula anda adalah personaliti yang mengacara sebuah rancangan yang ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ada orang tua, ada orang muda dan kanak-kanak.

Kalau peminat melihat gambar- gambar aksi hangat pengacara ini, macam mana? Jangan ingat jauh dari negara sendiri, tak ada yang memerhatikan anda.

Yang mengaibkan Joyah ialah personaliti ini ialah orang Melayu. Jadi berwaspadalah. Jangan sampai maruah dan nama baik selama ini tercemar dengan adegan-adegan macam ini.

Joyah pun tertanya-tanya juga apa kata orang besar di stesen televisyen berkenaan dalam bab-bab macam ini. Mereka tak kisah ke?

Setahu Joyah antara syarat yang dikenakan oleh stesen televisyen kepada personaliti mereka ialah memastikan sentiasa menjaga nama baik dan imej syarikat.

Tak tahulah kalau-kalau stesen tak merasa apa-apa dengan sikap begini yang dilakukan oleh personalitinya. Hendak tutup mata saja macam tak ada apa- apa.

Ataupun mungkin juga sebuah rancangan yang boleh tahan ‘kontroversinya’ di stesen berkenaan menjemput si personaliti ini ke studio untuk mengulas lanjut tentang hal ini. Boleh ke si penerbitnya tu?

iskandar80- Aku terima gambar ni dari seorang sahabat (Fazley) melalui email yang dihantar minggu lepas. Bagi aku tak ada masalah nak pakai apa pun, tak pakai apa-apa pun ok juga. Tapi bila dah jadi orang glamour ni susah sikit. Kenalah jaga penampilan. Korang tentu kenal selebriti ni kan? Alah pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) kat TV3 tu.










0 orang telah bersuara: