CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 28, 2007

iskandar journal

Hari ni ingat nak bangun lambat sikit. Pukul 8am handset berbunyi. Tak sempat aku nak angkat dah berhenti berbunyi. Dari tempat kerja aku call. Aku malas nak call semula. Bukannya aku oncall. Aku sambung tidur semula. Dalam pukul 10am aku bangun nak basuh baju. Pakai mesin basuh pun aku malas nak basuh. Aku takut baju dan seluar kerja tak kering nanti.

Tak lama lepas tu tempat kerja aku call lagi sekali. Rupanya member aku yang oncall call tanya cara nak selesaikan masalah. Nak pandangan akulah kiranya. Lepas tu aku selesaikan kertas kerja aku yang tak selesai lagi. Sampai aku terlelap dibuatnya.Berat kepala nak memikir. sedar-sedar Anuar call ajak aku pi teman shopping dalam pukul 5pm. Kitaorang pi Giant Kajang. Saja tukar angin. Aku cuma beli 2 kotak air fresh orange aje. Kalau tak ada dalam peti aku air fresh orange ni, macam tak reti aku nak minum air apa. Anuar macam biasalah bini dia dah siap tulis senarai barang yang nak dibeli. Aku mujur tolak troli aje.

Lepas shopping kitaorang singgah makan kat tempat biasa. Aku terpaku tengok sorang mamat duduk kat sebelah aku. Kepala pusing tengok tv tapi mata aku perhatikan dia dari atas sampai bawah. Dia pakai seluar pendek ada bunga raya, ala-ala seluar hawai lah tu. Aku tengok badan dia biasa aje, bulu kaki taklah lebat sangat. Muka dia ada janggut aje, hidung mancung, kulit putih. Tapi aku rasa konek dia panjang tapi tak besar sangat. Hehehe...nakal aku ni.

Balik dari makan, aku bersihkan peti sejuk. Rasanya dah lama aku tak bersihkan peti. Mana barang yang dah expired aku buang. Alah expired nya cuma 4,5 hari aje. Kalau bab memebersihkan peti sejuk yang paling malas. Bukannya kotor sangat tapi kalau ada benda yang tumpah tu yang nak kena basuh. Tapi tadi aku kasi servis semua sekali. Baik punya servis. Kasi bersinar sikit.

Esok dah nak kerja. Esok juga 10 Muharram. Selangor tak cuti, terpaksalah kerja. Kat sini aku sertakan fadilat 10 Muharram untuk dikongsi bersama.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura
(10 Muharram bersamaan Isnin, 29.01.2007)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.

Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa dua hari (9hb & 10hb Muharram)
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya drp neraka.


0 orang telah bersuara: