Petang semalam aku balik lewat sebab ada kes. Aku kena ganti bos aku oncall, dia terpaksa pi meeting kat Port Dickson 3 hari. Dalam 10.30pm baru sampai rumah. Mandi-mandi aku terus keluar semula nak pi makan sate kat Kajang. Dah lama tak makan sate. Lagi pun aku dah janji nak belanja sorang staf aku makan sate malam semalam sebab dia akan berpindah tempat kerja. Lepas balik dari Kajang terus aku tido sebab aku oncall lagi semalam sampai pukul 8am pagi ni. Selamat tak ada kes malam semalam.
Dalam pukul 11am semalam kitaorang ada buat jamuan. Buat secara kecil-kecilan aje. Jemputan dalam 20 orang. Makanan punyalah banyak. Kek sampai 2 biji. Aku rasa boleh makan untuk 60 orang. Nak makan banyak pun tak larat. Takut tak bangun masa sembahyang Jumaat nanti. Lepas Jumaat aku tido sekejap. Masuk semula pejabat dalam pukul 3pm. Nak sambung makan tak larat, aku bungkus sikit Nasi Beriani untuk makan tengahari tadi.
Pagi tadi aku bangun awal, ingat nak pi Putrajaya tengok Pesta Flora tapi tak ada member nak teman. Semua ada hal. Last-last aku pun sambung tido semula. Seharian aku tido hari ni. Bangun sekejap-sekejap aje. Rasa malas gila nak buat apa-apa hari ni. Malam nanti mesti aku tak lena nak tido.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment