

Manusia yang matang akan melihat dunia ini dari pandangan yang berbeza. Tidak jumut pada pandangan orang lain dan tidak menurut tanpa berfikir. Saat ini jika aku menjadi aku dan engkau menjadi engkau, kita tetap sama, kepada nya juga kita akan kembali akhirnya. Lupakanlah kisah semalam, nikmatilah hari ini dan rancanglah masa depan. iskandar_tuan@yahoo.com.my


journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 9:41:00 PM 3 orang telah bersuara

Hari ni aku bersemangatlah nak pi kerja awal. Lepas sahur dah tak baring-baring, takut terlajak. Jalan punyalah sesak teruk hari ni. Apa hal entahlah. Tak pernah jalan tu dilencongkan tetiba jadi sesak yang teramat. Nak kata ada kemalangan tak nampak pun, nak kata Ops Sikap pun rasanya belum mula lagi sekarang, nak kata ada dinasour mengamuk tak juga, nak kata Siti Nurhaliza menyanyi tengah jalan pun tak juga. Last-last 1jam 45minit aku terperangkap. Nak maki pun, sesungguhnya aku sedang berpuasa. Sabar ajelah.
Aku hantar budak-budak tu balik rumah diaorang dulu. Kemudian aku, Rosni dan Zira ke Jusco sekejap. Hajatnya nak cari lampu lap-lip, saja nak hias rumah. Dapatlah cari juga. Aku singgah ke kedai Lovely Lace (kedai ni jual barang-barang untuk English Style). Aku beli fragrant oil untuk wangikan rumah aku. Dah lama nak beli tapi tak berkesempatan. Lepas ni wangilah rumah aku jawabnya.
Aku ajak Rosni dan Zira lepak-lepak rumah aku sebelum diaorang pulang. Penat juga hari ni. Bukan penat apa, lepas makan perut kenyang. Maknanya aku nak tido dah sekarang. See u than.journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:10:00 PM 0 orang telah bersuara
Pagi ni lepas subuh aku sambung baring-baring. Last-last terlajak sampai pukul 830am. Tetiba pulak rasa sakit-sakit badan, rasa macam nak demam. Lenguh badan ni rasa. Terkira-kira nak ambil EL. Tak larat rasanya nak pi kerja. Namun bila fikir-fikir balik, pi ajelah kerja. Bukannya ada kerja apa pun. Aku bersiap dan terus pi kerja. Baru aku start enjin kereta, boss aku call. Alamak kantoilah pulak. Ingat dia nak marah aku tapi selamat dia tanya benda lain. Lega sikit hati aku. Tapi dia nak jumpa aku pagi ni sebab nak bincangkan sesuatu. Aku mintak masa 10 minit. Selamat dia tak syak apa-apa. Masa aku sampai ofis jam dah pukul 945am. Terus aku masuk bilik dia berbincang. Ada hal penting untuk dia sediakan untuk Pengarah pagi-pagi ni.
Aku beli nasi beriani kukus lauk kambing, murtabak kentang, rangka ayam dan air kelapa serta air mata kucing. Awek aku beli tengkeng ayam goreng dan nasi lemak kukus lauk sotong dan telur puyuh pedas. Untuk mak dan adik dia aku belikan nasi beriani kukus lauk ayam aje (orang tua dengan budak-budak mana makan kambing). Time aku sampai rumah dia, adik awek aku pun balik. Dia beli air bandung, air tembikai dan roti john. Sambil tunggu waktu berbuka kat rumah dia, aku berbual dengan mak dia. Mak dia baru balik dari melawat rumah anak-anak yatim dan ibu tunggal kat Sabak Bernam. Sedih betul dia ceritakan keadaan daif anak-anak yatim tu. Kalaulah aku jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (boleh ke?) wajib aku buka setiap negeri rumah anak yatim yang besar dan selesa. Bersyukur aku sebab aku dapat membesar dengan kedua orang tua aku. Yang aku sedih bila ada yang dah kawin dan menjawat jawatan tinggi tetap kembali untuk beraya di rumah anak yatim tu. Rasa sebak pulak time nak bebuka tadi. Mak dia pandai lah main isu-isu sensitif ni. Tersentuh hati aku.journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 9:10:00 PM 0 orang telah bersuara
Dan kalau cerita bab makanan memang semuanya nampak sedap bila dah lapar. Kadang-kadang nak kata membazir tak juga, walhal banyak gila aku beli. Habis juga semua makanan tu aku makan. Aku percaya bila tiba bulan puasa ni ramailah yang mengidam macam-macam. Dan time nilah mula mencari makanan yang diidamkan tu. Betul tak?
Aku pun sama juga, tapi alhamdulillah setakat ni semua makanan yang aku nak makan, aku dah beli. Harga memang tak ingat. Berkampit-kampit beg plastik diusung bila membeli juadah. Asal dapat puaskan tekak ni kira dah ok. Berat badan aku dari 59kg naik 63kg lepas sahur, kemudian turun semula sekitar 59kg atau 60kg sebelum berbuka. Apa taknya, time berbuka dan sahur berapa banyak makanan yang disumbat dalam perut ni. Sendiri mau ingat. Dalam bulan ni juga pasti ramai yang nak diet. Lupakan ajelah. Kalau berjaya tu, aku ucapkan tahniah. Makanan untuk bulan puasa ni melimpah luah.
Hari pertama puasa aku oncall. Selamatlah tak terasa sangat. Pertama kali aku berbuka kat rumah bakal mak mertua aku. Hehehe... petang tu awek aku masak nasi goreng kangkung dengan beberapa lauk. Aku cuma singgah beli dua jenis kuih sebagai buah tangan. Nak beli apa pun aku tak tahu. Lepas bebuka aku terus balik. Ada kes lah.
Pada 27 Ogos lepas first time aku bebuka berdua dengan awek aku (nak kata berdua pun tak juga sebab ada 2 orang student yang kacau daun bebuka bersama). Jadi kami berempatlah kiranya. Tu pun makan dalam pantry pejabat dia. Banyak gila makanan dok borong, awek aku ni bab menunjuk makanan sedap aje, semua dia nak borong. Selamatlah hari tu ada student, boleh kongsi makanan yang banyak gila tu dengan diaorang. Korang perhatikan senarai ni, murtabak, roti arab, rangka ayam, kepak ayam madu, tongkeng ayam, popiah otak-otak, cucur udang, kek coklat, nasi dengan gulai kawah dan air cendol. Kalau ikutkan memang kenyang gila masa berbuka tu. Sampai tak larat nak bangun.
Pada 28 Ogos malam lepas berbuka Mike datang rumah untuk teman aku. Pada pagi 29 Ogos, first time aku sahur dengan Mike. Makan simple aje, nasi kosong, ikan kering dengan gulai kawah, air teh bunga.
Pada 3 September lepas aku berbuka di PICC, Putrajaya dengan awek dan budak-budak tempat dia bekerja. Bebuka ramai-ramai lah kiranya. Suasana cukup selesa dengan makan diiringi persembahan live dari pemain muzik. Dari waktu berbuka hingga jam 930pm kami dok lepak situ. Dari makanan yang ringan sampai ke berat dan pencuci mulut, semua aku kebas. Bukan apa, nak rasa. Ambik pun bukannya banyak, ambik sikit-sikit semua, jadi semua boleh sumbat dalam perut. Nak kata sedap tu subjektif sangat. Marah awek aku bila aku kata tak sedap. Dah lidah kita lain-lain, bagi aku makanan kat pasar ramadhan lagi sedap sikit dari situ. Bukan nak kutuk tapi dah lidah kita pernah rasa yang sedap tetiba rasa makanan yang dimasak macam biasa, jadi korang fahamlah apa yang cuba aku nak komen.
Aku tak pasti bilalah pulak bebudak kat jabatan aku nak bebuka sekali. Rancang punya rancang masih tak menjadi juga. Tahun lepas kami berbuka kat Nim Cafe Bangi. Big Boss aku dah cadangkan sabtu ni untuk berbuka kat rumah dia. Macam tahun lepas mesti ada terawih sekali. Makan best juga.
Hari ni aku berbuka seorang diri. Plan mulanya nak beli baju raya dengan awek aku. Jadi mungkin berbuka kat luar atau rumah dia. Last-last tak jadi. Aku pi bantai tido seharian hari ni. Selangor kan cuti Nuzul Quran hari ni. Kiranya balas dendam tido yang minggu lepas punya lah ni. Pukul 530pm baru aku bangun. Tido lepas zohor tadi, ingat nak baring-baring aje, last-last terlelap terus. Aku beli makanan untuk berbuka hari ni kat pasar ramadhan Taman Equine aje. Aku beli nasi putih, sotong dengan ikan pari bakar, sotong pedas, ikan keli masak asam pedas, murtabak, sayur kacang panjang goreng, murtabak dan air ABC. Banyak lauk, aku gatah aje. Nasik makan separuh aje. Tak larat hari ni nak habiskan. Jawabnya sahurlah aku bedal sekali lagi.
Tadi aku keluar minum dengan E. Tak berkesempatan lagi nak berbuka puasa dengan dia sepanjang ramadhan ni. Kalau aku free dia sibuk, kalau dia free aku pulak sibuk. Keluar minum lepak kedai mamak tadi pun dah ok. Banyak benda juga kami borakkan. Tadi juga aku singgah beli DVD. Bosan kat rumah, sekarang ni Astro pun tak ada cerita best. Nak beli DVD pun tak ada yang best. Jadi aku belilah DVD yang aku tak sempat tengok. Yang penting dah lama aku cari cerita hantu cina lompat-lompat, baru jumpa (yang berkualiti maksud aku, biar pun yang cetak rompak punya tapi gambar mau terang maaa...). Teringat masa bebudak dulu. Kat TV selalu main cerita hantu cina lompat-lompat ni. Sekarang dah tak ada, dan susah aku nak cari DVD nya sekitar sini. Aku beli cerita Korea dua set, 6 lagi aku beli cerita biasa.
Oklah aku nak lepak dulu layan DVD. Korang layan lah buka blog aku ni hari-hari lepas ni. Blog yang lagi satu akan aku hidden kan selepas ni. Mungkin sampai sabtu ni. Jadi kepada 100 orang yang memohon awal dan aktif sahaja akan aku invite untuk blog tu. Jangan risau sebab kali ni aku tak perlukan biodata korang macam dulu, tapi korang kena sumbangkan gambar atau video xxx setiap bulan untuk blog tu. Kalau siapa tak hantar pada bulan tu, amaran selama 10 hari akan diberi sebelum aku kick korang dari blog tu. Jadi yang tak dapat masuk pada mulanya dalam 100 orang pertama jangan risau, korang tunggu ajelah kekosongan kerusi yang akan ada, aku akan maklumkan (macam SPR pulak rasanya). Syarat-syarat penyertaan akan aku keluarkan kepada siapa yang nak memohon. Email aje kat aku.
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:55:00 PM 2 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 3:35:00 AM 0 orang telah bersuara
Hari ni aku jumpa Sumar. Secara kebetulan. Dah lama aku tak jumpa dia. Lama juga dia dok lepak ngan aku. Sejak kali terakhir jumpa dengan dia, dia masih macam dulu. Malu-malu time jumpa aku. Dia pun banyak story nak cerita. Aku layan aje. Sempat dia usap rambut aku. Aikkk...apa kes? Kemudian perbualan kami terbehenti sebab member-member aku datang. Tak puas rasanya berbual dengan dia. Mungkin di lain masa dapat jumpa dia lagi. Bila? Aku tak tahu.
Petang tadi aku kena cover member aku oncall. Dahlah plan asalnya lepas kerja, nak makan ngan awek aku. Terpaksalah dia tunggu. Dalam 6pm lebih baru selesai kerja aku. Aku ambik awek aku, kami pergi makan. Mulanya nak makan stik. Dah masing-masing kenyang, kami pergi Sungai Ramal Dalam kat area Kajang untuk makan sate. Kat sana ada satu kedai sate yang sedap. Kalau lambat, jawabnya habis nanti. Kalau korang kata Sate Kajang, mungkin bukan. Bagi aku yang dah biasa makan Sate kajang rasa dia dah tak best macam dulu.
Disebabkan aku penat, jadi aku tak banyak cakap sangat. Awek aku pulak banyak cakap. Aku dengar ajelah. Masa nilah dia boleh banyak cakap, dan aku boleh jadi pendengar yang baik. Kalau tak aku banyak komen setiap isu dia. Tu yang selalu gaduh. Kali ni aku bagi dia bercakap. Cakap ajelah, selagi dia nak bercakap, padahal kadang-kadang fikiran aku melayang juga. Jadi blur, ialah penat sangat.
Aku sampai rumah dalam jam 8pm. Baring-baring terlelap, letih sangat. Sakit juga badan ni. Kalau kena urut sedap juga. Letihlah bangun ni pun tak selesa sangat. Tido tadi tersalah leher. Sakit leher aku. Tapi aku buka PC chat ngan member-member. Korang kalau nak chat ngan aku, online aje YM nanti insyallah aku ada kat sana. Ada cerita tentang Aku Seorang Lelaki lagi malam ni. Korang pi blog baru aku nanti.
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 4:15:00 AM 0 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 7:28:00 AM 4 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 10:33:00 AM 0 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 10:00:00 PM 0 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:25:00 PM 0 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:30:00 PM 2 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:29:00 PM 1 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 10:59:00 AM 1 orang telah bersuara
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 8:00:00 PM 0 orang telah bersuara

Jam 830am tepat kami memulakan perjalanan. Pemandu pelancong kami cukup menepati masa. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan sekitar jalan. Banyak perusahaan mengukir batu, ukiran kayu dan kedai cenderahati serta hotel dan peniaga-peniaga kecil menjaja barangan. Destinasi kami ialah Batubulan. Jam lebih kurang 9am kami tiba di sana.
Untuk berkongsi sedikit perjalanan cerita tu aku coretkan kat sini berdasarkan pengamatan aku dan risalah yang diedarkan (kalau ada penari-penari dan mereka yang tahu tentang Tarian Barongan ni, kalau aku tersalah cerita tolong betulkan aku ye). Cerita ni terbahagi kepada 5 babak utama tidak termasuk babak pembukaan. Kesimpulan dari cerita ni adalah pertarungan antara kebaikan melawan kejahatan. Barong (lebih ibarat seperti harimau) adalah binatang purbakala yang mewakili kebaikan dan Rangda pula adalah binatang purbakala yang menggambarkan kejahatan. Ada unsur-unsur lucu dan bahasa Inggeris serta Indonesia diselitkan dalam persembahan ni. Ada babak-babak yang diubah sedikit supaya penonton terhibur.

Barong serta kera putih sedang berada di dalam hutan (dalam babak ni kera putih yang mengganggu Barong sedang tidur amat melucukan, ada perbuatan kera putih yang nakal mengacah Barong. Kera putih mempermainkan Barong bila dia sengaja mengacah semasa memberi makan pisang. Kiranya dia dok tipu Barong lah, padahal dia yang makan pisang tu). Kemudian muncul tiga orang yang bertopeng (menggambarkan tiga orang yang sedang membuat tuak di tengah-tengah hutan, yang mana anaknya telah dimakan oleh si Barong) yang sangat marah lalu menyerang Barong. Dalam perkelahian tu hidung salah seorang dari ketiga orang itu digigit oleh kera putih (dalam persembahan tu bukan hidung yang digigit tapi konek orang tu yang digigit, tu yang kami gelak sakan tu, nakal monyet tu. Jangan monyet, aku kata jangan).
Dua orang penari muncul (mereka ni pengikut Rangda yang sedang mencari pengikut Dewi Kunti yang sedang dalam perjalanan untuk menemui Patihnya (Perdana Menteri). Tarian Bali ni cukup menarik dengan lirikan mata, pergerakan jari, pergerakan kepala serta badan memukau penonton).
Pengikut-pengikut Dewi Kunti tiba. Salah seorang dari pengikut Rangda (penari tadi) berubah rupa menjadi syaitan dan memasukkan roh jahat kepada pengikut Dewi Kunti (yang menyebabkan mereka boleh menjadi marah). Keduanya menemui Patih dan bersama-sama mengadap Dewi Kunti. (Dalam babak ni syaitan yang muncul membuatkan penonton gamat dengan hilai tawa, sebab tetek syaitan tu layut dan kukunya panjang serta berwajah hodoh mempermainkan tukang karut).
Muncul Dewi Kunti dan anaknya Sadewa. Dewi Kunti telah berjanji kepada Rangda untuk menyerahkan Sadewa sebagai korban (sebenarnya Dewi Kunti tidak sampai hati mengorbankan anaknya kepada Rangda tatapi syaitan memasukkan roh jahat kepadanya yang menyebabkan Dewi Kunti bisa menjadi marah dan tetap berniat mengorbankan anaknya). Dewi Kunti mengarahkan Patihnya membuang Sadewa ke dalam hutan dan Patih (yang telah di hasut roh jahat oleh syaitan juga) itu pun dengan tiada perasaan kemanusiaan mengiring Sadewa ke dalam hutan dan mengikatnya di hadapan istana sang Rangda.



Turunlah Dewa Siva (dewa kayangan) memberikan keabadian hidup kepada Sadewa dan kejadian ini tidak diketahui oleh Rangda. Kemudian datang sang Rangda untuk mengoyak-ngoyak dan membunuh Sadewa tetapi tidak dapat dibunuhnya kerana kekebalan yang dianugerahkan oleh Dewa Siva. Rangda menyerah kalah kepada Sadewa dan memohon untuk diselamatkan agar dengan demikian dia boleh masuk ke syurga, permintaan ini dipenuhi oleh Sadewa. Sang Rangda pun masuk syurga.
Kalika (salah seorang pengikut Rangda) mengadap Sadewa untuk diselamatkan juga tetapi ditolak oleh Sadewa. Penolakan itu menimbulkan perkelahian dan Kalika berubah menjadi babi hutan. Dalam pertarungan antara Sadewa dan babi hutan, Sadewa mendapat kemenangan (yang lawaknya selepas babi hutan tu tewas, tukang karut menyembelih dan memotong dada babi hutan tersebut, dan tidak ketinggalan konek babi hutan tu pun kena kerat sekali, panjang pulak konek babi tu. Penonton gelak gamat time tu) .
Kemudian Kalika berubah dari babi hutan menjadi burung garuda, tetapi tetap dikalahkan.


Akhirnya Kalika berubah dari burung garuda kepada Rangda. Oleh kerana saktinya Rangda maka Sadewa tidak dapat membunuhnya. Sadewa terpaksa berubah menjadi Barong kerana sama saktinya, maka pertarungan antara Barong dan Rangda ini tiada yang menang. Dan dengan itu pertarungan dan perkelahian ini berlangsung terus abadi tiada kesudahannya. Kebaikan melawan kejahatan. Kemudian muncullah pengikut-pengikut Barong, masing-masing dengan kerisnya hendak membantu Barong dalam pertarungan melawan Rangda. Mereka ini pun semuanya tidak berhasil melumpuhkan kesaktian sang Rangda.
Lebih kurang jam 1130am kami bertolak ke Kintamani untuk makan tengahari. Dalam perjalanan tu kami singgah si sebuah kedai menjual cenderahati Bali. Dekat kedai ni mata aku jadi berpinor sebab banyak sangat cenderahatinya. Rasa nak beli semua. Yang penting semua barangan yang akan dibeli semuanya di diskaun 50%. Kalau ikutkan lebih Rp1,000,000 aku belanjakan, selamat ada diskaun jadinya lebih kurang RM170 aje aku kena bayar. Ini antara barang yang aku beli masa kat sana. Kucing adalah cenderahati wajib setiap kali aku keluar melancong.





Selepas puas shopping kami bertolak ke tempat makan yang telah dirancangkan. Disebabkan perayaan bulan penuh dan hari jumaat maka jalan menjadi sesak (machet) sedikit. Aku tak jumpa masjid di sepanjang perjalanan. Jadi kenalah jamak solat aku kali ni. Memang betul sebab di Bali kepadatan penganut hindunya hampir 90%. Yang 10% lagi adalah orang Islam. Sepanjang perjalanan kami sering melihat mereka yang berpakaian putih lengkap berpakaian upacara Bali menaiki motor (speda motor) atau kereta (mobil).

Lepas bergambar barulah kami menjamu selera. Aku makan hampir kesemua masakan buffet yang disediakan. Nak kata sedap, biasa-biasa aje. Masakan tempatan Bali, tak kena dengan selera aku.
Sambil makan tu aku dengan Arip bergosip tentang pasangan ni. Rasanya macam tak padan pulakkan? Macam-macam kami speku kan pasangan ni. Kami jumpa pertama kali pasangan ni semasa persembahan Barongan paginya. Jantan tu boleh tahan juga, aweknya hampeh. Boleh?
Selepas solat jamak kami bertolak ke sebuah tempat pemprosesan kopi Bali. Kami sampai dalam jam 325pm. Nak masuk ke kawasan tu ada ala-ala garden yang dijaga rapi. Ibarat kebun tanaman dan penternakan kampung. Di sini kami berpeluang mencuba proses menggoreng biji kopi dan melihat kopi diproses. Aku ni jarang minum kopi, kalau minum rasa macam orang tua lah pulak. Hehehe… Kami juga berpeluang menikmati kopi segar sambil menikmati pemandangan kampung (padahal kat kampung aku pun sama aje pemandangannya). Baru aku tahu kopi yang dicampur koko dipanggil mocha. Selama ni aku dok minum aje tapi tak tahu apa kandungannya. Lepas minum kami singgah ke gerai menjual pelbagai barangan berasaskan kopi dan tanaman lain.
Adik ni cutekan? Motif? Comel pulak aku tengok dia, tak segan silu aku nak tangkap gambar dia. Kat tangan dia adalah astrak pati vanilla asli. Kuat bau wanginya. Aku beli dua botol sebab nak bagi awek aku. Lagi satu sebab adik tu promote kat aku, sebab tu aku beli. Hahaha… Aku nak beli batang vanilla yang telah dikeringkan, tapi aku takut tak boleh simpan lama pulak.
Aku beli juga bekas ni untuk simpan kopi. Padahal bukan nak simpan kopi pun cuma tertarik pada ukirannya aje. Sebelum balik tu aku diberi cuba menghisap rokok daun tembakau. 100% daun tembakau, murah tapi aku pulak yang mabuk. Pekat sangat rasanya.
Selepas itu kami menuju ke sebuah galeri lukisan di Ubud. Kami sampai sekitar jam 445pm. Pertamanya kami diceritakan secara ringkas tentang penghasilan sesuatu lukisan. Walau pun secara kasarnya setiap motif lukisan tu sama tetapi tetap ada sedikit perbezaannya jika diamati betul-betul. Har pulak gila lukisan, habis dia borong setiap lukisan. Aku juga memerhatikan sahaja. Bukan tak minat tapi tak cukup duit sebab hari tu aku bawa Rp2,000,000 aje. Dan aku rasa tak payah beli sebab korang tengok ajelah kehebatan lensa kamera aku. Layan…


Dan sekali lagi motif gambar anak ikan Bali? Korang jawablah sendiri.
Lepas sessi membeli hasil seni, kami terus menuju ke Restoran Natrabu Masakan Minang sekitar Sanur. Kami tiba sekitar jam 6pm. Aku rasa kat Malaysia ada satu kan restoran ni (kalau aku tak silaplah) kat KL Sentral? Masakan Minang aku pernah rasa pertama kalinya semasa di Jakarta. Jadi tak ada banyak beza rasanya di sini. Disebabkan kami antara group terawal jadi dapatlah kami mengabadikan gambar-gambar dalam restoran ni. Cantik, mewah dengan adat dan suasanannya cukup santai. Ada 5 jenis lauk dalam 3 kelompok hidangan kat atas meja. Kami ni berlima aje, banyak lauk yang tak habis digatah oleh bebudak ni. Masa yang diberi cukup banyak jadi kami berbual. Yang paling best Har dan Wan buat cerita lawak. Kami ketawa terbahak-bahak, selamat dah selesai makan. Kalau tak, boleh tercekik dibuatnya. Aku sendiri ketawa sampai tak cukup nafas. Korang memang lawak bro.


Lebih kurang jam 730pm kami bergegas pergi ke Pantai Kuta. Destinasi yang tiada dalam list ialah Hard Rock Café Bali. Kalau keluar negara destinasi ni antara yang wajib aku disinggahi (kalau destinasi tu ada Hard Rock Café lah). Disebabkan destinasi ni tiada dalam perancangan awal dan duit aku banyak dah habis untuk shopping dari pagi sampai ke petang.
Selamatlah mamat-mamat ni tolong belikan dulu sementara aku bayar semula di bilik nanti duit depa. Aku beli teddy bear yang comel ni, dua shot glass (bear dan shot glass ni memang jadi koleksi aku) dan sehelai baju T untuk member aku. Lepas tu kami bergegas balik ke hotel. Penat wooo…journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 10:23:00 PM 0 orang telah bersuara