CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 05, 2009

iskandar journal

Pagi ni aku bangun jam 6am. Malas rasanya nak bangun seawal masa ni. Rasanya kalau dapat tido lagi kan best. Tapi sebab ada majlis perhimpunan bulanan pagi ni, terpaksa jugalah aku bangun awal. Aku jadi tak risau lagi sebab semuanyanya aku dah rombak semalam, jadi pagi ni lapang sikit dada aku. Persembahan multimedia ni cukup penting, kalau tak ada benda ni juruacara mesti terkial-kial nak bercakap. Hadirin pun pasti terkebil-kebil biji mata nak tengok skrin yang kosong aje. Dah jadi tradisi kami kat sini macam tu.
Jadi jam 7.30am aku dah berada di auditorium. Jam 7.45am Tuan Pengarah dah sampai. Awalnya. Ini adalah acara pertama Pengarah baru aku. Sebelum ni dia dari tempat lain, baru bertukar ke mari. Kalau Pengarah-Pengarah sebelum ni jam 8am lebih baru dia sampai. Pengarah ni menepati masa aku dengar cerita. Pagi ni dah terbukti. Big Boss aku pun tak sampai lagi, Pengarah dah terpacak kat depan auditorium. Pengarah baru aku kacak juga orangnya. Tinggi kurus, segak. Dia terus ambil tempatnya dalam dewan. Yang ada dalam dewan cuma beberapa orang aje. Tak sampai pun 15 orang selain staf koir dan ahli jawatankuasa lain.
5 minit kemudia baru Big Boss aku sampai. Pasti dia pun tak sangka Pengarah dah datang awal. Sementara tu dewan sedikit demi sedikit mulai penuh sebelum jam 8am. Lepas 8am acara pun bermula. Semuanya berjalan lancar. Selepas perhimpunan kami AJK multimedia dapat pujian dari Pengarah. Puas hati aku, dan persembahan kami akan menjadi kayu pengukur kepada persembahan untuk perhimpunan bulan hadapan oleh jabatan lain sebagai hos nya.
Lepas perhimpunan, kami balik ke jabatan. Student hensem kat jabatan aku tu dah tunggu untuk lakukan persembahan ceramah. Dah jadi tradisi siapa yang buat latihan kat jabatan aku ni, setiap jumaat diaorang akan buat ceramah. Ceramahnya tentang kes yang diaorang pilih dari berpuluh-puluh kes dalam 5 hari ni dan bentangkan kepada kami. Disebabkan Big Boss aku pun sukakan budak ni. Ceramah dia dapat pujian. Tapi kalau ikut penilaian aku, biasa aje ceramahnya. Lepas ceramah tu kami di jamu makan oleh student hensem tu. Makan nasi kerabu. Dah lama tak makan. Sempat juga aku ambil gambar dengan dia pagi ni. Eeee...bestnya.
Hari ni tetiba pulak aku rasa macam sedih sebab dia nak habis posting kat tempat aku. Nanti rasa rindu pulak dengan dia (hehehe...gedik). Lepas jumaat tadi aku ke bank untuk bayar kereta. Nak bayar insuran pulak ada masalah. Isnin ni terpaksa aku ke Kajang untuk selesaikannya. Menyusahkan aku aje tunggu lama-lama. Selamat staf bank tu peramah semuanya. Terubat sikitlah hati aku ni yang terpaksa menunggu lama.
Petang tadi lepas jam 5pm aku lepak hisap rokok kat luar sorang-sorang. Tetiba student hensem tu datang jumpa aku nak ucap terima kasih. First time dia bersalam dengan aku. Bergetar jantung ni. Dia macam nak cakap sesuatu tetapi tersekat sebab tetiba ada orang datang join aku hisap rokok. Mungkin kalau ada rezeki lain kalilah kami berjumpa lagi. Aku tak menaruh apa-apa harapan kat dia sebab aku sendiri tak tahu apa statusnya. Baik aku biarkan aje. Mungkin bukan rezeki aku nak mengenalinya dengan lebih dalam. Itulah kali terakhir aku dapat tengok muka dia. Ahhhh...rindunya.
Petang tadi juga Agus ada datang jumpa aku. Dia nampak aku keluar dari toilet terus dia jumpa aku. Aku pulak terus masuk semula toilet tadi. Saja nak berbual dengan dia. Dah makin mesra dia dengan aku. Rasa terubat hati ni sikit bila jumpa dia. Saja memendam rindu.
Oklah aku nak tido dulu. Rasanya hari ni aku banyak gunakan otak dari tenaga badan. Jadi aku rasa penat sangat. Ok jumpa nanti.

0 orang telah bersuara: