CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 21, 2008

iskandar journal

Pagi ni aku bangun awal. 6.30am dah bangun (awal ke?). Mandinya pukul 7am lebih, bertolak ke tempat kerja tepat 7.30am. Jalan tak jem pulak pagi ni. Pelik?
Jadi dalam 15 minit aku dah terpacak depan pejabat. Lepas aku buat kerja dalam 5 minit terus aku bersiap naik ke Pejabat Pengarah. Meeting lah apa lagi. Opsss...lupa pulak aku nak cerita sikit pasal pas kerja aku yang hilang dari Isnin lepas. Aku tak cerita kat korang kot pasal ni. Aku dah putus asa sebenarnya nak mencari pas kerja aku tu. Kalau nak buat baru RM60 tu. Ruginya. Masa pagi tadi di bilik persalinan tengah aku pakai kasut tetiba mata aku ternampak satu tali dan pas yang macam aku pernah lihat sebelum ni. Tangan aku pun capai cepat-cepat benda tu. Rupanya pas kerja aku tercicir kat sini. Tersorok pulak tempat tu. Macam manalah pas tu boleh berada kat situ. Dah hampir naik gila aku selongkar rumah aku. Sampai sampah-sampah aku selongkar balik. Rupa-rupanya dia bersembunyi di tempat yang cukup aku tak sangka. Sakit otak mencari. Kebetulan pulak pagi ni aku dah nekat nak buat pas baru. Selamat dah jumpa. Alhamdulillah.
Pagi ni mesyuarat sampai pukul 10am. Bosanlah juga. Tapi last-last meeting baru segar sikit. Ada lawak dari tuan pengerusi. Lepas mesyuarat aku sambung oncall. Ada kes, aku layan dulu. Sekejap aje sebenarnya layan kes. Lepas tu aku lepak sakan. Hajat nak tido, jadi aku tunaikan permintaan mata aku. Sampai pukul 2pm aku bangun. Pasal 2.30pm ada meeting lagi sekali. Big Boss dah suruh aku pergi. Berkaitan sistem IT kat jabatan aku. Cisss...aku juga mangsanya. Malas sebenarnya nak pi mesyuarat benda yang membosankan. sakit mata tengok data. Boleh ngantuk dibuatnya.
Masa meeting tu tak banyak sangat data yang ditunjukkan. Sebab bab data dah bincang dalam mesyuarat lepas. Kali ni aku dok dengar perang mulut antara vendor yang buat sistem tu dengan end user. Sakit telinga ada, bosan pun ada. Nak tertido aku dibuatnya, tapi nak tido tak boleh pulak, aku betul-betul dok sebelah Datin. Alah tahan aje lah telinga dengar depa dok bising. Habis mesyuarat nak dekat jam 5pm. Lepas minum petang tu aku pun turun semula ke pejabat. Dalam 5pm lebih tadi aku terus balik. Malas nak lepak-lepak lagi. Otak aku dah pusing, berdenyut. Jalan pulak jem, biasalah time-time macam ni. Semua baru balik kerja.
Jomlah aku nak rehat dulu. Penatlah...

0 orang telah bersuara: