CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 20, 2008

iskandar journal

Hari ni boleh tahan juga kepenatannya. Lepas ni aku nak tidolah. Dahlah oncall minggu ni. Tahap cipan dah rasanya badan ni. Tak larat dah. Tadi kes boleh kira banyak juga. Tapi bila selesaikan sikit-sikit akhirnya selesai juga. Ditambah pulak kerja tambahan yang diberikan (sebenarnya bukan kerja aku pun, aku juga yang kena buat sebab member aku bercuti minggu ni) bolehlah tahan kepenatannya. Mana aku nak layan kes oncall, mana pulak nak selesaikan kerja pejabat. Aku jugalah kena, hari ni Big Boss aku ada jadi banyak kerja pulak diarahkannya. Kenalah selesaikan walaupun kena curi masa. Time rehat pun tak ada hari ni. Nak makan pun kena berkejar ke sana sini, makan pun tak sempat habis.
Petangnya line clear sikit lepas pukul 6pm. Aku ingat nak tido pejabat sebab dah janji dengan Mirol malam ni nak ehem-ehem dengan dia. Dalam 6.30pm tu E call aku minta tolong ambil dia kat Komuter Serdang sebab dia ada masalah sikit dengan bini dia (bab bergaduh lagilah ni, bini dia tak nak ambik dia balik). Kesian punya pasal, aku ok aje lah. Janji dalam pukul 7pm aku akan ambil dia, sebab komuter sampai pukul 7pm. Aku ni pulak entah apa yang difikirkan tersalah masuk jalan. Jauh pulak nak U Turn, aduhhh...buang masa aku aje. Tu lah khayal lagi.
Lepas aku ambik dia, dia pun berceritalah sebab bini dia mengamuk hari ni. Anak dia demam, langsung tak nak duduk dengan bini dia. Disebabkan angin anak dia asyik menangis aje, bini dia terus bad mood. Mangsanya E lah juga. Dah bini dia pun satu, bawaklah budak tu ke klinik. Ini ikut angin dia aje, angin kus-kus betullah perempuan ni.
Malamnya lepas aku hantar dia balik, ingat nak ke pejabat semula. Tapi dalam setengah jam dia call aku suruh teman pi hantar anak dia ke klinik. Katanya bini dia dah gila, sebab dia nak hantar anak ke klinik pun dia kata E nak pi dating. Kereta dia tak bagi pakai. Apalah punya tur perempuan ni, tak logik langsung. Selamat aku masih ada kat rumah. Aku pun pi lah rumah dia ambik E dengan anaknya ke klinik. Bini dia dok bising dalam rumah. Apa dibisingkan pun aku tak faham sepatah haram perkataan dia.
Lama juga tunggu kat klinik, Mirol dah call aku. Katanya dia dah ada depan pejabat aku. Kesian juga dia menunggu. Aku pun suruh dia balik aje lah. Aku pun tak pasti mulanya sampai bila nak tunggu untuk dapatkan rawatan untuk anak E. Kesian aku tengok anak E, lemah aje. Tapi dia diam aje bila dalam pelukan E. Aku pegang dia pun lemah aje. Aku tengok muka E tenang aje tapi dalam hati dia aku tahu dia tengah bengang dengan bini dia lagi. Aku pun saja nak tenangkan hati E. Berbual macam-macam dengan dia. Biar dia lupakan masalah rumahtangga dia seketika.
Lepas anak E diperiksa, kitaorang balik. Lepas tu E ajak pi teman dia minum. Aku faham sangat perangai dia, kalau dia bengang dengan bini dia pasti dia akan ajak aku minum dan lepak kedai mamak lama-lama. Selamatlah kita ni Islam, kalau tak pasti aku rasa dia akan minum arak nak tenangkan perasaan. Kesian juga aku tengok E. Masa kitaorang nak keluar tadi pun bini dia dok bising-bising lagi. Haiiiiii...apalah. Dah nasib dia macam tu, nak buat macam mana. Aku nak nasihat lebih-lebih pun aku bukan ada pengalaman. Aku cuba tenangkan hati dia dengan cerita-cerita aku. Sekurang-kurangnya dia tak fikir sangat masalah dia untuk seketika.
Malam ni kesimpulannya ada halangan untuk aku bersama Mirol. Mungkin belum masanya lagi. Tak apalah lain kali mungkin berkesempatan. Tapi aku dah tolong E. Ok lah ngantuk gila ni. Baik aku tido dulu. Esok kena pi kerja awal. Pagi dan petang ada mesyuarat.

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

alahai..
keciannye u is..
xpe,next time try dgn i la plak..
ok?
just lemme know whenever u r so damn HOT!!!

-miki-

zaman said...

wah... baiknya hang....
boleh jadi kawan nih...