Hari ni dalam pukul 9.30am aku dikejutkan oleh bunyi telefon. E call. Banyak kali dia miscall aku dari jam 7.30am lagi, aku boleh tido mati. Ada dekat 15 miscall. Nyenyak gila aku tido malam tadi. Bila tersedar tu terus aku angkat call dia, dia kata dah ada depan rumah aku. Cepat-cepat aku bangun.
Dia nak ajak aku ikut dia pi Sunway Lagoon. Semalam anak dia dari kampung dah datang. Jadi kiranya teman dia pi jalan-jalan lah. Aku pun mandi cepat-cepat dengan kepala mai-mai lagi. Lepas tu aku pi ke rumah dia. Kat rumah dia kami berbincang semula samada nak pi Sunway Lagoon atau tidak. Bincang punya bincang last-last keputusannya kitaorang nak ke Port Dickson. Terus kitaorang bertolak ke sana.
Sampai kat sana kitaorang pi cari kedai makan untuk makan tengahari dulu. Kononnya bila sampai kat sana ingat nak makan makanan laut. Memang hampeh. Tak sedap langsung. Nasi aku minta separuh pun makan dalam 5 suap aje. Lauk dia jangan cakaplah. Tapi yang peliknya ramai betul pelanggan kat kedai tu. Apa yang sedap? Mungkin selera aku tak sama dengan orang PD.
Lepas makan kami terus ke Telok Kemang. Tempat ni aje yang aku tahu boleh mandi best sikit sambil mencuci mata. Aku dengan E terus salin baju. Apa lagi terjun terus laut. Aku tak pandai berenang. Dah lama tak mandi laut, terpaksa ambil masa nak apungkan diri dalam air. Itu aje yang aku pandai. Sedap bila terapung dalam air, terasa hanyut dan relek gila time tu. Semua masalah rasa seperti hilang. Ringan aje badan. Bini dan adik E tak mandi. Aku dengan E ajar anak dia main air. Kemain seronok budak kecik ni main air. Sampai ke tengah laut kitaorang bawa dia. Makin suka pulak dia.
Sambil mandi-mandi tu mata aku melilau juga cari jantan dan awek-awek cun. Hampeh. Langsung tak ada. Ada pun yang biasa-biasa aje. Bosan aku. Tu lah pasal aku banyak apungkan diri dalam air aje. Layan blues sendiri dalam air. Jantan paling seksi kat PD pada waktu tu ialah budak cina mungkin dalam lingkungan 9 tahun. Sebab apa aku kata dia seksi? Sebab dia dan adik-adik dia aje yang berani pakai seluar dalam masa kat situ. Yang lain semuanya pakai seluar. Mana jantan-jantan PD yang seksi ni? Menyesal aku ikut idea nak ke PD, kalau ke Sunway wajib mata aku dapat tengok orang separuh bogel. Hehehe...
Adalah 2 jam aku berendam dalam air. Syok wooo... dapat mandi laut. Dah lama aku tak mandi laut. Kiranya edisi lepas gianlah ni. Kalau ikutkan hati aku belum puas lagi nak mandi. E dah panggil aku naik. Segan aku nak naik bila seluar aku basah. Dahlah tak pakai seluar dalam masa mandi. Lantaklah. Aku dan E pi mandi bersihkan diri dulu. Lama juga aku mandi. Ialah hilangkan segala lekit-lekit air masin kat badan.
Lepas aku mandi kitaorang jalan-jalan sekitar pantai sebelum ke dataran yang tempatkan banyak gerai. Aku adalah beli barang sikit, untuk kenangan. E pula beli makanan ringan. Kuat makan mamat ni. Badan tak naik-naik juga. Macam tu lah E, kalau pi jalan-jalan bukan barang atau cenderahati yang dia beli, makanan ringan juga lah yang dicarinya. Dah masak dengan perangai dia. Macam-macam makanan ringan dia beli masa kat PD. Aku tumpang makan sekali. Bukan nak makan sangat pun, saja ambil hati.
Lepas penat berjalan tu ingat dia nak balik terus. Boleh E ajak pi makan pulak. Alamak mamat ni, tak paham aku. Bilalah perut dia nak kenyang? Layan aje lah. Dia order nasi goreng kampung, aku dengan bini dia pulak nak try makan laksa PD. Bolehlah, tapi kuah dia tak kick lah. Makan ajelah labu. Kenyang juga.
Lepas makan kitaorang balik. Boleh dah setengah perjalanan atas highway, baru aku teringat yang barang aku beli tertinggal kat kedai makan. Kenalah patah balik. Selamat E setuju nak patah balik. Harga tak seberapa sangat barang tu.
Masa sebelum patah balik tu ada lah sorang mamat ni nak tunjuk jaguh atas highway. Dia api-api kan E. Apa lagi E pun ajaklah dia buat drift atas jalan. Naik berasap kereta dia dok gara-gara nak berlumba dengan kereta aku. E memang pantang kalau ada kereta lain dok bakar dia. Mesti dia kejar balik. Seronok juga main kejar-kejar. Tapi selamat jalan clear. Ingat nak lumba sampai KL tapi disebabkan barang aku tertinggal kenalah patah balik juga. Selamat masa sampai kedai tu, barang aku tuan kedai tu tolong simpankan.
Dalam pukul 9pm tadi kami sampai. Singgah pi pasar borong sekejap. Ingat nak beli ketam sebab E nak masak. Tapi ketam tak ada. Alah tak bestnya. Tak dapat aku nak makan ketam malam ni. E pulak belilah benda lain, dia nak memasak juga. Dalam pukul 10pm tadi aku ke rumah dia untuk makan selepas aku balik rumah mandi sekejap. Lepas makan terus aku nak balik. Penat badan sebenarnya. Lepas ni aku nak tidolah. Esok dah mula oncall.
5 orang telah bersuara:
bestnye dpt mandi laut...dh lama x mandi laut..nanti kalau nk g lagi..ajak la i...x penah pn smapi pd...bole ek is....
iskandar, seronok jugak ye sekali sekala gi piknik. Tp kalo aku la, pelik sikit nk gi piknik dgn member yg bawak sekali wife & anak dia... hehehe... rasa lain mcm laks :)
aku pun mesti best kalu g picnic.... lagi best g ngan member2 yg ganteng2 hehe...
betul kata lelakimelayuterakhir, cam rasa ganjal bila bawak anak bini... tp nak cover la tu kot...
hehe...
Aku ni jenis tak kisah nak pi ngan sapa pun. Asalkan ada geng.
Sebenarnya pun aku malas nak pi, tapi E punya pasal, aku ok aje. Bini dia pun dah jadi kawan aku, tak ada hal punya.
Kalau korang nak pi ngan aku pun ok. Tak ada hal, selagi kita kawan aku tak kisah.
haha
aku pun suke n slalu g pd terutama telok kemang n jgk blue lagoon..setiap kali aku g mandi sane mmg aku mandi pakai thong je (spender yg nampak bntot blakang tu)..walaupun ade orang..sbb aku rase puas n njoy hehe
then mase mandi bilas kt open shower kt bilik mandi tu aku just mandi bogel je
len kali nk g jom la hehe cari fb aku haikalhalimi520@yahoo.com
Post a Comment