Lepas pukul 12am tadi bertalu-talu msg masuk kat hset aku. Orang pertama yang ucapkan birthday wish ialah adik aku. Lepas tu sampai ke pagi msg berbunyi. Rajin gila diaorang hantar msg. Terima kasih yang teramat sebab korang berjaya buat aku tak tido malam semalam. Bila nak terlelap aje, hset aku menjerit sebab msg masuk. Sabor ajelah...
Rupa-rupanya masih ramai yang ingat birthday aku hari ni. Aku sendiri pun melalui hari istimewa ni dengan biasa. Cuma tahun ni cukup istimewa sikit sebab ia jatuh pada hari jumaat, sama hari aku dilahirkan. Semoga hari-hari aku yang mendatang akan diberkati, insyallah.
Email tadi aku buka bersepah dengan ucapan birthday. Thanks guys. Koranglah sahabat sejati. Really love you all. Balik dari kerja aku rehatkan diri. Layan TV dan macam biasa aje. Tiada sambutan apa-apa pun. Macam tahun yang lalu-lalu. Habiskan masa dengan kerja aje.
Aku ni bukan kaki clubbing, nak sosial jauh sekali. Jadi tiada sambutan bersama teman-teman rapat. Kan aku dah kata aku tak sambut, jadi kalau wish pun dah ok. Pukul 8am tadi E call aku, nak ajak keluar. Nak ajak aku ke Melaka. Apa ke hal nya jauh gila nak pi sana. Baru tadi pulak dia call semula kata tak jadi. Dah malam sangat katanya. Oklah.
Sebenarnya dalam kehidupan aku cuma 4 kali aku sambut birthday dengan kawan-kawan dan bekas bf aku. Semuanya surprise party. Aku tak suka surprise party sebenarnya. Entah kenapa. Sebenarnya setiap kali menjelang 12am pada tahun-tahun tu aku akan melarikan diri. Dengan harapan party tu akan dibatalkan. Tapi taktik aku selalunya kantoi. Diaorang lagi hebat nak kenakan aku.
Kalau taktik bekas bf aku masa tu senang aje. Siangnya (maksud aku 14hb) dia akan cari pasal dengan aku. Gaduh bagai nak rak. Pernah aku menangis sepanjang hari tu, roomate aku ynag tolong pujukkan, last-last malam tu bila aku balik, diaorang buat surprise kat aku. Rupanya bf aku dah berpakat nak kenakan aku. Tahun berikutnya pun depa dok buat plan macam-macam. Tapi setiap 14hb aku rasakan macam ada aje yang tak kena. Aku tahu dah taktik kotor depa. Tapi bila ingat balik seronok dan romantis time tu. Orang yang kita sayang ada disekeliling kita.
Aku dari kecil tak sambut birthday. Keluarga aku bukanya jenis orang berada. Sekadar ucapan birthday sudah cukup dari ahli keluarga aku. Aku tahu mak dan ayah aku tak mampu nak belikan sesuatu untuk aku. Jadi sebab tulah aku tak nak menyusahkan kawan-kawan atau ahli keluarga aku bila sampai birthday aku. Tak payah sambut-sambut, cukup dengan ucapan. Ianya lebih besar maknanya bagi aku.
Ok thanks sekali lagi kepada kawan-kawan. Aku pun doakan korang semua dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta hidup dengan kebahagiaan sentiasa.
7 orang telah bersuara:
Happy Birthday. Semoga anda diberkati Allah selalu.
salamz...
happy belated birthday....moga ceria2 slalu....
Happy belated birthday to u Is.... semoga dimurahkan rezeki... dipanjangkan usia, dan ditambahkan kebahagiaan.....
happy belated birthday
happy blogging
eh...lahir hari jumaat?wah sama la kita tp next yr baru hari lahir aku jatuh hari jumaat.mcm x sabar nk tunggu next yr.last sekali was way back in 1998...
Hai Iskandar....biasanyer birthday boy 2 kena belanja kotaorang taw wakakakka..ya aku saja prpmpt blong hang kat my blog 2..aku tak sekuat hang untuk memperkatakan dunia kita ne dengan lebih detail lagi..fahamkan maksud aku huhu,atleast aku minta depa masuk sekali blog hang kan...but perkara kecil jer...
thanks guys
Post a Comment