CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 18, 2008

iskandar journal

Dah bertimbun email yang aku terima untuk aku update blog. Firstly aku minta maaf banyak-banyak. Aku sekarang bertambah sibuk sejak ambil alih tugas boss aku buat sementara ni (dalam hati aku harap cepatlah sampai bulan Ogos. Sebab bulan Ogos dia dah masuk kerja semula dan dah tamat study, harap lepaslah siksa aku sekarang ni). Sejak aku ambil alih ni, Big Boss aku lihat pentadbiran makin bertambah lancar dan bertambah baik. Setiap hari Big Boss aku tersenyum sebab semua paperwork disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Dan yang penting ianya berkualiti dan memenuhi citarasa dia. Siap dia canangkan jabatan aku sebagai 'The best department' kepada pengarah walaupun staf kurang. Yang mangsanya aku lah. Ramai nak belajar buat paperwork dengan aku. Bertambah lagilah kerja aku.

Kalau ada masa lapang pun, kebanyakan masa aku akan rehat. Cover tido yang tertunggak. Bawah mata aku dah gelap. Memang tak cukup tido. Kalau nak update blog bermakna keringlah mata aku mengadap PC dari pagi hingga ke malam.

Kalau nak cerita apa yang berlaku berminggu-minggu aku tak update blog ni, memang banyak gila. Banyaknya yang best. Yang best dan buat aku kembang semangkuk sebab kena puji secara terbuka dalam perhimpunan bulanan tempat kerja aku sebagai staf yang teliti dan sensitif terhadap persekitaran. Peka terhadap keperluan pelanggan, berhemah dan berbudi bahasa. Satu tempat kerja aku bercerita tentang pujian tu. Aku pulak rasa segan pun ada. Mana-mana pergi orang dah kenal aku (walhal aku tak kenal pun depa). Last-last nak pi cafe pun segan, kirim ajelah dengan budak-budak aku tolong belikan.

Sejak kebelakangan ni pun perancangan untuk menjadikan jabatan aku sebagai sebuah jabatan yang cemerlang dah bermula. Banyak aktiviti dah dirangka. Seminar dan kursus jangan ceritalah, boleh dikatakan 2 minggu sekali akan berlangsung. Itulah sebabnya kertas kerja aku berlonggok. Kalau korang datang tengok kat meja kerja aku, pasti tak nampak meja dah. Bersepah dan bertimbun dengan fail-fail.

Sekarang ni pun aku tengah usahakan untuk dapatkan line internet. Dalam masa terdekat ni aku dah beli Laptop dan handset baru. Nantilah kalau aku free aku upload gambarnya. Oklah line tak clearlah, aku blah dulu. Nanti ada masa aku story lagi.

0 orang telah bersuara: